Nov 21, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY2 PART 3

On the angkotan Toempang to Malang @2022

 Ahad, 20 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Turun dari van angkotan 10rb pun ada drama sikit. Recehan wak ada 9rb dgn duit siling. Wak bagi atok supir 100rb. Boleh dia kata tiada duit Recehan juga. Terpaksa lah wak bagi kesemua 9rb dan seribu dgn siling.

Sebenarnya wak turun di tempat inspector van angkotan itu. Bapak inspector van siap offer suruh wak duduk di kerusi kayu panjangnya. Tapi wak berdiri je sambil tunggu grabbike untuk ke mall MOG - 17,5rb.

Di mall tadi wak cuma singgah di restoran Nasgor 69. Pesan ayam dada tauhu temple goreng dengan nasi. Teh tawar satu. Total 52,5rb termasuk cukai. Wak bayar pakai uang 100rb tapi mbak kasir minta duit kecil lagi. Aduhai. Wak kata tiada uang kecil. Dengan muka masam dia kembalikanlah uang tadi. Dan bila wak periksa kemudian ada uang 20rb yg sudah koyak dan bertampal.

Keluar dari mall MOG wak berjalan kaki ke stadium bersebelahan. Sebab tadi nampak macam2 poster demo bergantungan. Terutama di bundaran adanya memorial tugu itu. Ya, baru wak teringat kejadian di stadium Kejuhuran Malang, bukan stadium Gajayana yg ini. Peristiwa hitam dan malang bila 135 penonton bolasepak maut didalam stadium kerana di sembur dgn air anti rusuhan oleh pihak polisi. 

Oleh kerana banyak lagi masa, wak mahu ke masjid Jami' depan alun2 (Taman). Wak kasihan dgn bapak beca yg tgh mengular atas becanya. Wak pun ambil beca dia dan suruh bawa ke masjid. 20rb.

Usai solat dalam masjid, wak panjat ke lantai 2 untuk tidur seketika. Sebab mengantuk sangat bangun jam 3.15am pagi tadi. Oh, didalam mesjid ada di sediakan tempat titipan kasut dan beg. Bayar suka hati. 

Keluar dari masjid wak terus berjalan menuju terminal keretapi Kampung Baru. Tiba di terminal pun baru jam 2.00pm sore. Tak apalah. Biar cepat asal tak tertinggal. 

Wak kemas kini blog ini dahulu guna henfon cap aiyam ini dalam masa ssjam agaknya.

Dalam terminal wak singgah di roti-O. wak pesan roti croissant dgn Black tea. 

Wak masuk ke dalam kabin keretapi jam3. 19pm.

4.00pm keretapi pun meluncur membelah bumi pulau Jawa untuk selama 14jam. Aminn. 

PULANG DARI BROMO DALAM DAKAPAN AHKAKJ YG CHUANTEK

Ooh. Mimpi rupanya tapi. Sibbaik tak mimpi jumpa PM tepi. Kihkih2.


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

She's looking at me inside angkotan @2022
From Toempang (Tumpang) to Kota Malang @2022
Around Kota Malang @2022
Stadium Gajayana Kota Malang @2022
The becak I chose to ride with @2022
Masjid Agung Jami Kota Malang @2022
Masjid Agung Jami Kota Malang @2022
Walking around Kota Malang @2022
Dream On @2022


8 comments:

  1. wak kalau mimpi PM tepi pun apa salahnya kan...hehe

    ReplyDelete
  2. maish pagi lg kot, semuanya belum ada wang recehan..

    ReplyDelete
  3. macam-macam cara ye mereka nak dapat duit. Wak pun lainklai bawakla duit kecik banyak sikit wak. Dekat sana tiap hari ke ada demo ye wak? asyik berdemo je mereka ni ek

    ReplyDelete
  4. Sama pengalaman semasa saya ke masjid di Pekanbaru, ada tempat simpan kasut dan bayaran seikhlas hati masuk tabung masjid. Bagus.

    ReplyDelete
  5. Amboi Wak, cewek mana tu? hati-hati takut tak balik nanti

    ReplyDelete
  6. wah udah ada cewek yang jeling ni wak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...