KECUNDANG JUGA AKHIRNYA

Hospital RSPP after the x-ray @2022

Rabu, 16 November 2022.

Sepatutnya ada mesyuarat jam 9am. Tapi kesakitan buku lali makin menjadi2. Buku lali pun semakin membesar bengkaknya. Rakan2 sekantor pun ramai yg datang ziarah di lantai 5.

Wak dihantar ke rumah sakit (hospital) bersebelahan. Ada driver hospital datang dan bro NIZam temankan wak dengan bawa uang juta2. Petty cash atau kas kecil adalah dana khusus yang dicadangkan perusahaan untuk pembayaran pengeluaran rutin dan jumlahnya relatif kecil. Mana tahu kena masuk wad.

Tiba di lobi kecemasan, daftar dan periksa covid yg negatif. Tunggu untuk di xray. 

Keputusan xray tiada keretakan tulang. Tapi ada sedikit asam urat aka gout. Huhuhu. 

Selepas mendapatkan surat MC untuk 3 hari. Wak mengesot2 diri ke kaunter pembayaran - 1,2juta. Kalau di hospital Ampang bil baru seringgit kakros yg bayar. Huhuhu. Usai urusan pembayaran bil sakit. Wak pesan Grabcar untuk terus pulang ke kost. Singgah di kantor bersebelahan untuk ambil kunci kamar kost dari bro razMAN dan ambil duit petty cash dari bro NIZam.

Petang tadi wak bayar laundry tambahan untuk 9 helai pakaian - 77rb. Sebab harga mengikut barang, bukan mengikut kiraan timbang per kilogram. Tapi sekarang ini wak sudah tahu cara memanipulasi laundry gratis itu. Sekurang2nya dapat meminimize (mengurangkan) harga laundry.

Nota Bromo lalat.
Baru tadi wak cuba pesan kamar di Good Karma Guesthouse - 214rb.
Peliknya homestay itu tiada dalam Traveloka.com.
Tapi ada di Booking.com.
Tambang keretapi yg sudah dibayar dari Jakarta ke Malang - 1,366juta.
Bromo, wak will walk there. Aminn.
*Lupa pasal kaki tercedera pula. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. smoga dipermudahkan segala urusan dan cpt baik

    BalasPadam
  2. Kaki sakit pun ingat jalan lagi ye. Get well soon

    BalasPadam
  3. Syafakallah Wak 🤲
    Kok sakit-sakit pun mau gi jalan-jalan ya Wak :p

    BalasPadam
  4. moga cepat sembuh ye wak...nak jenjalan tu

    BalasPadam
  5. GWS wak...dah kena pantang makan tu..

    BalasPadam
  6. Macamana boleh tercedera tu Wak? Semoga cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  7. gout dah tak boleh makan seafood wak kena pantang makan ye..take care wak

    BalasPadam
  8. gout tak boleh makan seafood..makan kena pantang ye wak..take care wak

    BalasPadam
  9. kena jaga pemakanan dan hati2 ya wak

    BalasPadam
  10. dana baru tahu asam urat tu sakit gout .... ingatkan sakit urat hhhahahah

    BalasPadam

Comment at your own risk.