WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY 1 PART 1

4.03am in the morning at Surabaya terminal @2022

 Sabtu, 19 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Perjalanan 15jam menaiki keretapi yg jauh dan lama dari Jakarta - Cirebon - Surabaya - Lawang - Malang. Hujan sepanjang malam hingga ke pagi. Hajat untuk melihat sunrise di puncak Bromo mungkin tidak kesampaian.

Tiba di Malang jam 6.30am pagi. 

Harus mencari musholla dan toilet dahulu.

Keluar ke pintu timur. Beli roti o dan black tea panas dan tawar. Takut juga kalau mamat indon tu bancuh dgn gula.

Tanya cewek dipintu masuk terminal pasal van Damri ke Wonokitri. Cewek pun tidak pasti. Disuruhnya ke patung 3 Singa. Wak jadi bingung.

Tanya pada bapak porter baju kuning baru yakin untuk keluar ke pintu sebelah Barat. Didepan patung tiga singa juga.

Di pintu keluar barat tercari2 juga van atau bis Damri. Sampai tanya makcik dalam kedai senang dan mudah itu. Barulah wak ternampak van putih dgn tulisan Damri sedang parkir disebelah patung 3 singa. Patung singa ditutup dgn kain rentang demo.

Tanya pak supir Damri akan berangkat jam 8.00am. Lagi 10menit. Disuruhnya masuk dalam van dahulu. Ada seorang sahaja cewek gendut.

Bila pak supir tiba dan masuk. 30ribu jawabnya bila wak tanya pasal tarif harga ke Wonokitri. Mulalah perdebatan untuk hantar wak ke Cemorolawang. Sampai dia call kawan jeep dia yg minta 350rb untuk hantar wak. Waduh, sakitnya tuh disini.

Pak Aziz nama supir Damri ini masih muda dalam lingkungan 30an. Pak Aziz mati2 suruh wak sewa sahaja homestay yg lg murahan di Wonokitri. Padahal wak sudah tempah guesthouse di Cemorolawang. Wak tahu dia akan serahkan pada konco2nya di Wonokitri supaya dia pun dapat komisen juga. Lahabau betullah.

Buat masa ni wak masih stet mahu turun dulu di Wonokitri. Mungkin wak akan cari motor sahaja. Tapi melihatkan keadaan hujan yg masih turun.

Dua jam perjalanan dari Malang tadi dan keluar di simpang pekan Lawang dan singgah di pekan Tosari untuk ke Wonokitri ini masih belum sampai2. Jam sekarang menunjukkan pukul 10.00am pagi.

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Patung 3 Singa at Terminal Kampung Baru Malang @2022




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Demo apalah tu ya, siap gelar anjing negara...mungkin wak sorang saja, supir ngak mau ke cemorolawang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dorg tau wak sorg je dan pertama kali pi ke situ, jd dorg cuba takut2kan kata xde pengangkotan kesana.. mmg keji kannns

      Padam
  2. Ish ish sampei hati Pak Aziz nak scam wak

    BalasPadam
  3. sy byg kan kalau wak tak tahu apa2 mesti si aziz tu sengih smpi ke telinga... ishhh geramnya!!

    BalasPadam
  4. Depa kuat scam le. Cuba wak cakap jawa agak-agak dapat diskaun tak. Tapi kadang geram je asyik nak scam je.

    BalasPadam

Comment at your own risk.