Nov 13, 2022

NASI LEMAK MALAYSIA DAN TANAH ABANG KALI KE EMPAT

Nota larangan di kost Jalan Panglima Polim @2022

 Ahad, 13 November 2022.

Pagi sudah berlarian ke Tanah Abang mall.
Terpaksa berlarian naik bis alone matcham biasa.
Kerana teman2 semua masih belum bangun lagi.

Dari kost baharu ini, wak jalan kaki ke stasiun MRT Blok M.
Naik MRT dan turun di stasiun Setiabudi.

Singgah di gerai nasi lemak Malaysia hari minggu sahaja.
Wak pesan nasi lemak telur.
Dan roti canai bawang.
Teh tarik potong kaki juga.

Kemudian bro farHAN tiba dengan berpeluhnya.
Dia jogging dari kost lama.

Kemudian rakan2 berjogging yg lain pun tiba.

Usai makan wak pun beredar.
Mula2 wak ingat gedung Tanah Abang itu dekat sahaja.
Tapi rupanya ditipu juga dengan gps.

Terpaksa wak pesan Grabbike - 13,5rb.

Tiba di gedung Tanah Abang jam 8.19am.
Wak beli 3 baju putih lengan pendek - 50rb sehelai.
Kemudian di gerai lain wak beli kopiah - 25rb untuk 2 lai.
Itu sahajalah.

Dan kemudian wak cuba naik bis ke Monas.
Sebab di Monas ada baju t-shirt dengan perkataan Jakarta.

Dari Tanah Abang, wak naik bis nomor 1H.
Turun di stasiun Tanah Abang.
Ada kekeliruan disini.
Cewek indon (co-pilot) itu pun tak pasti mahu turun dimana.
Sehingga bapak supir bis kata wak boleh turun di halte perpustakaan.

Sebenarnya halte perpustakaan ini terletak didepan sahaja dari Monas.

Di gerai yg panas berdeting itu wak pesan air kelapa sebiji - 20rb.
Teringat wak masa beli air kelapa muda di pulau Batam.
Siap kopek masuk plastik ikat tepi baru 13rb.
Link: Batam Day 2 (Julai 2022)

Kemudian barulah wak pusing keliling gerai2 yg jualan cenderamata.
Wak beli baju T-shirt Jakarta - 6 keping 100rb.
Dan baju yg berkualiti sedikit - 40rb selai.

Dan wak pun pulang ke kost.
Mula2 naik ke halte mahu ke stasiun Monas depan Museum Nasional.
Tapi tiba2 wak ternampak ada bis nomor 1P yg selalu wak naik untuk ke Blok M.
Wak pun keluar ke halte tepi longkang diluar.

Tiba di terminal Blok M sudah jam 10.40am.
Berjalan kaki sahaja wak pulang ke kost dengan selamat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


From mrt Blok M to Setiabudi and having nasi lemak Malaysia @2022
Shirts I bought at Tanah Abang @2022
From Tanah Abang to Blik M bus terminal @2022
Kopitiam with chinese building @2022
Random images this morning @2022
Older me and farHan @2022
Quiet shophouses at Blok M Square terminal @2022

7 comments:

  1. gps memang suka begitu ya wak :-p
    kalau melihat menu nasibditambah lauk pauknya sih mbul jadi kepingin icip. Blok M ini aku sering banget cari komik komik dan buku bekas wak...senang aku keliling blok M..kalau tanah abang mah belanja baju hehhe

    ReplyDelete
  2. wah ada nasi lemak malaysia. INdon ada nasi lemak juga ke wak.

    ReplyDelete
  3. nasi lemak tu yang buat memang orang malaysia ke wak? ke cuma resepi je dr malaysia tpi yang buat nya orang indonesia?

    ReplyDelete
  4. Rasa nasi lemak tu sama tak dgn di Malaysia Wak?

    ReplyDelete
  5. Memang ada beza ek wak nasi lemak Malaysia dan Indonesia?

    ReplyDelete
  6. Wak tak jogging sekali ke? Eh beli Tshirt banyak-banyak, dah nak balik ke?

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...