WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - THE POSTMORTEM

Bromo @2022

Rabu, 23 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Alhamdulillah.
Projek ke Gunung Bromo berjaya wak tantangi. Walaupun Selasa minggu lepas, 5 hari sebelum keberangkatan, wak tercedera, yakni buku lali wak tiba2 terkena asam urat aka gout. Aduhai. Ingatkan memang sudah tidak boleh berjalan jauh, apatah lagi mendaki gunung Bromo yg tinggi sangatlah itu.

Petang Jumaat dihari keberangkatan. Naik bis Transjakarta (3,5rb) ke stasiun Pasar Senen. Naik keretapi yg berangkat jam 16.00 (4.00pm) langsung terus ke kota Malang, Jawa Timur.

Hari pertama di Malang. Tiba di kota Malang jam 6.30am pagi. Hujan lebat hampir disepanjang perjalanan keretapi dari Jakarta ke Surabaya ke Malang. Tidak yakin samada boleh melihat matahari terbit (Bromo sunrise) esok pagi pula. Tapi kalau sudah rezeki tidak akan kemana.

Dari terminal Malang (Kotabaru), cabaran mencari van Damri ke Wonokitri. Mendapat informasi ini dari internet. Pak supir, Ajiz, cuba memanipulasi wak. Katanya susah mahu mencari angkotan ke Cemorolawang. Dia seperti orang dungu sahaja bila wak sebut Cemorolawang. Dari percakapannya, wak tahu bahawa dia mahu menjadikan wak mangsa kerana dia tahu wak ni warga negara asing (WNA). 30rb.

Perjalanan dari Stasiun Malang ke Wonokitri via Lawang selama 2 jam setengah. Terus dihantar wak kepada kawan dia, pak Rende. Pak Rende cuba memanipulasi wak juga tentang payahnya mahu ke Cemorolawang. Memang jilake mereka ini. Sebenarnya 10 minit sahaja sudah kelihatan Gunung Bromo. Dipatok naik jeep 325rb. Bayar tiket masuk taman negara Bromo - 44rb.

Nota. Beberapa hari sebelum itu, wak ada tanya beberapa ejen Bromo tour. Bila mereka tahu wak ini warga negara asing di patoknya harga pakej pelancongan sebanyak dua kali lipat. Biasa 325rb akan menjadi 625rb. Memang cekik darah lah mereka2 ini.

Tiba di Good Karma Guesthouse pada jam 12.20pm. 

Keluar dengan mas Imam pada jam 1.03pm untuk mendaki Gunung Bromo. 150rb pepe (PP - Pulang Pergi). Tiba kembali di guesthouse pada jam 3.44pm. Wak repeat lagi ke Cemara Indah hotel untuk tangkap gambar sunset pula.

Malam hari pertama di Cemorolawang, makan di restoran nenek. Nasi goreng jawa - 20rb. Beli sikit cenderahati - keychain, snowcap (Ijen) dan beberapa baju tshirt tulisan Bromo. Ooh, pasal snowcap Ijen itu wak perasan dan lebih baik beli di bukit Penanjakan 2 semasa Bromo sunrise. Sebab disitu harga pun sama (20rb) dan ada tulisan Bromo. Wak kira kalau beli dikedai lagi mahal.

Malam itu ada perbincangan dengan mas Imam yg mahu hantar wak untuk Bromo sunrise. Dia suruh keluar jam 2.30am. Pagi sangat, kata wak. Takkanlah nak nongkrong diatas bukit dengan kesejukan sampai kecut telor pula selama 2 jam? Wak suruh hantar jam 3.30am. Dia setuju.

Hari kedua di Cemorolawang. Berangkat naik motor scrambler jam 3.30am pagi. Tidaklah jauh mana - 2.8km sahaja. Ramai bule (mat salleh) yg jalan kaki. Wak dipatok lagi dengan si mas Imam sebanyak 100rb.

Tiba dipuncak Seruni (Penanjakan 2) jam 4.22am. Tunggu sehingga jam 5.15am baru turun semula ke bawah. Terus pulang naik motor scrambler dengan mas Imam. Singgah sekali lagi di Cemara Indah Hotel untuk ambil gambiran.

CABARAN PULANG KE MALANG.

Mas Imam kata ada rakan dia mahu ke kota Probolinggo. Tapi dia hanya berangkat jam 10.00am. Takkanlah wak mahu buang masa selama 3 jam tanpa buat apa2. Wak terus ketengah perkampungan itu mencari angkotan tapi sama juga akan berangkat jam 10.00am. Tapi itupun tergantung menunggu penumpang lain. Silap2 jam 1 atau 2 sore baru bertolak ke Probolinggo.

Masalahnya dari kota Probolinggo ke Malang akan mengambil masa 3 jam kalau menaiki bis. Risiko tertinggal keretapi adalah amat tinggi.

Berjumpa dengan pak skuter itu yg mencarikan ojek ke perkampungan Gubukklakah, dari situ terus ke pekan Toempang untuk ke kota Malang. Dia minta 250rb, akhirnya dapat 100rb ke Gubukklakah. Kemudian menawarkan 150rb ke pekan Toempang (Tumpang).

Bertolak dari Cemorolawang jam 7.40am, melintasi Gunung Bromo dan Bukit Teletubbies. Melewati Desa Ngadas, pekan Gubukklakah dan tiba di pekan Tumpang pada jam 9.06am pagi. Perjalanan menunggang motorsikal selama sejam setengah. Tapi perjalanan yg agak nyaman kerana jalan yg lurus tidak banyak lubang dan mulus. Yg penting tidak menyiksa pantat (punggung ya).

9.18am selepas menongkrong dalam angkotan selama 20 minit. Perjalanan dari pekan Toempang (Tumpang) ke kota Malang pun bermula. Turun di jalanan kota Malang jam 10.05am untuk ke MOG (Mall Olympic Garden) dengan memesan Grabbike. Makan siang didalam mall - nasi ayam penyet di restoran Nasgor 69.

Dari mall, berjalan kaki pusing keliling stadium Gajayana. Kemudian naik beca ke Masjid Jami' - 20rb. 

Usai solat dan tidur dalam masjid, berjalan kaki ke Stasiun Malang (Kotabaru).

Keretapi berangkat jam 16.00 (4pm sore) tajam ke Stasiun Gambir Jakarta. Melayan mimpi bersama ahkakJ yg chuantek tapii.

Tammat disini kisah perjalanan solo traveller Wak Lat dari Jakarta - Malang - Wonokitri - Cemorolawang - Gubukklakah - Tumpang - Malang - Jakarta 2022 dalam satu weekend.

=====================================

Perbelanjaan secara backpacking tahun 2022 (utk rujukan masadepan).

Tiket keretapi (Jakarta - Malang) PP = 1,366,200
Transjakarta (Blok M - Pasar Senen) = 7rb
Van Damri (Malang - Wonokitri) = 30rb
Jeep (Wonokitri - Cemorolawang) = 325rb
Motor scrambler mas Imam (kawah Gunung Bromo) = 150rb
Motor scrambler mas Imam (Bromo Sunrise) = 100rb
Motor ojek (Cemorolawang - Toempang) = 200rb
Angkotan (Toempang) = 10rb
Grabbike (Malang ke MOG) = 17,5rb
Transjakarta bis (Gambir 1 - Blok M) = 3,5rb

Good Karma Guesthouse = 215,8rb

Meals = 100rb

Subtotal.
Transportation = 2,2juta
Guesthouse = 215,8rb
Meals = 100rb

Total = 2,525juta (RM750)

=====================================

SUMPAHAN BROMO 

Tidak lupa juga, terimakasih wak kepada blogger2 berikut yg memberi informasi dan penerangan serba sedikit berkenaan pengembaraan ke Gunung Bromo. Tapi malangnya kesemua blogger2 tersebut tidak lagi aktif mengemaskini blog masing2. Adakah masing2 sudah terkena sumpahan Bromo yg angker itu? Atau wak sendiri yg sudah ketinggalan zaman medsos, yakni Facebook, Instagram dan Tiktok? πŸ˜… πŸ˜… 

1. Jea Mohamed - 2014
2. Supermeng Malaya - 2014
3. Syed Agar Aku Tidak Lupa - 2016
4. Ellynadira - 2017
5. N-hafizah - 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 ;p
6. Notie 2014 (Satu2nya blogger yg masih aktif)
7. Wanderlust DJ 2014 (ni pun masih aktif agaknya)
8. Wak Lat - 2022 (simpan disini)

NO MORE BIG DSLR CAMERA AND LONELY PLANET BOOK!

Jamni tak perlu lagi bawa kamera DSLR yg besar gedabak itu. Henfon cap aiyam wak ini pun bisa menangkap gambiran2 yg ohsem. Begitu juga tak perlu bawa buku travel Lonely Planet yg harus dibeli beratus2 hinggit dikedai2 buku. Semua informasi boleh didapati dihujung jari sahaja. Dan sinyal internet pun boleh didapati hatta di puncak Gunung Bromo, tapi tidak di pekan Wonokitri yg dekat setapak sahaja itu. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see which one is Mount Bromo.


Dream Off @2022


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Serius la Wak, ada Bukit Teletubbies?

    BalasPadam
  2. Belom pernah ke sana,pa daya udh ga kuat kalo nanjak

    BalasPadam
  3. hebat Wak. walaupun asyik dipatuk sahaja tapi tekad nak melihat Bromo yang memang cantik dan femes itu

    BalasPadam
  4. satu pengalaman yang tiada nilainya walaupun asyik nak kena scam.

    BalasPadam
  5. wah tak pernah dengar sumpahan bromo...ye ke wak. Atau orang sekarang tak main blog2 lagi terus tiktok le instagram le lagi femes gitu....huhu kita old fashin punya orang masih nak baca blog

    BalasPadam

Comment at your own risk.