Nov 6, 2022

MUSEUM PENGKHIANATAN KOMUNIS (PKI)

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi wak sudah rencana mahu ke Monumen Pancasila Sakti.
Terletak di Lubang Buaya, Jakarta Timur.

Dari kost wak jalan kaki ke halte bis no 7B Transjakarta Jalan Gunawarman.
Tiba di halte bis itu, ramai pula orang berjogging dan naik sepeda (basikal).
Yg naik motorsikal dan vespa juga ada.

Agak lama wak tunggu hampir setengah jam.
Bayang bis pun tiada.
"Mungkin bis tiada pagi Ahad ini sebab beri laluan orang berjogging dijalanraya," getus hati wak.

Tergesa2 wak pesan Grabbike.
Sepantas kilat pak supir datang.

Tapi apalah malang nasib wak korang ini.
Bila pak supir tiba di halte bis itu.
Tiba2 bis no 7B yg wak tunggu2 dari tadi pun tiba.
HaramJ betullah kann.

Nak batalkan Grabbike pun tidak boleh.
Jadi wak pasrahkan sahaja.
Sudah jadi rejeki pak supir itu.
Maka terbanglah duit 77rb (RM24).
Kalau naik bis Transjakarta tadi baru 3,5rb (RM1.10).

====================================

Malaslah pula mahu bercerita pasal kunjungan ke monumen Pancasila Sakti tadi.
Ada museum Pengkhianatan Komunis (PKI).
Banyak betul diorama2 didalam museum ini.

Gambar pun banyak wak tangkap tadi.
Tapi malas mahu paparkan disini.
Takut ada orang komplen, "jenuh dan letih baca cerita merapu wak."
Huhuhu.

Bila wak keluar dari museum.
Terus wak ke pintu gerbang utama (keluar masuk) tadi.
Agak jauh juga.
Dan diluar pintu gerbang baru wak ternampak. 

Ada poster tunjuk kawasan2 asal tragedi tersebut.
Siap dengan kawasan sumur (telaga) buta yg asal.
Mahu masuk kedalam semula terasa malasnya sebab jauh.

Mungkin wak akan repeat lagi.
Mungkin.
Mungkin tidak.

Kemudian wak pesan Grabbike ke Taman Mini Indonesia Indah.
Dulu wak pernah sampai ke taman mini ini. [+ Link: 2013]
Semasa datang ke Bandung.
Tetapi apalah malang juga.
Taman mini masih ditutup.

"Wak datang tanggal 20 nanti baru dibuka," kata mamat yg jaga di pintu masuk taman.

Tidak tahu kemana.
Wak singgah di restoran A&W.
Baru wak tahu, Mozza burger itu tidak halal.

Kamus lalat.
Museum = muzium.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022
Taman Mini Indonesia Indah is Closed @2022
Monumen Patung Dirgantara Jalan Gatot Subroto @2022

12 comments:

  1. Nama musium pun lain macam je ye Wak..

    ReplyDelete
  2. Ada yang komplen jenuh baca ke Wak? Alaa..tulis je wak untuk catatan kita sendiri.

    Saya pernah sekali ke Jakarta, banyak sungguh monumen patung di sana. Patung gorila pun ada 😄

    ReplyDelete
  3. Seram tengok gambar yang nak masukkan orang dalam lobang tu!

    ReplyDelete
  4. wah menarik tu wak museumnya. Ala wak biorle orang nak kata apa kadang lihat gambar je dah rasa macam kat situ. Gambar yang wak letak semuanya cantik2 gitu sayang sih tak letak dalam blog. Beza sungguh harga naik bis dgn grabbike.

    ReplyDelete
  5. beza betul naik grab dengan naik bas ye wak... huhuhui
    wak moza burger tu tak halal sebab ada babi ke? abis status anw mereka tu camne ek kalau gitu?

    ReplyDelete
  6. Faham sangat perasaan wak tang dah terorder grabike baru bis sampai tu. Haruuu

    Menarik muzium camni. Tapi sedih memikirkan orang awam, tentera yg terkorban di tangan penjajah.

    ReplyDelete
  7. mulut tempayan boleh ditutup..mulut manusia..bior jer lerrr...

    ReplyDelete
  8. Ala Wak nape takde gambar. Bukan semua orang berpeluang ke Jakarta

    ReplyDelete
  9. Tak apa Wak, tulis aja seharusnya. Museum PKI ini didirikan utk mengingat kekejaman yg pernah dilakukan mereka kepada beberapa putra bangsa Indonesia yg dibunuh secara brutal. Krn itu Komunis dilarang utk berdiri lagi di sini.

    Kalo Wak ada waktu datang ke museum Ahmad Yani dan museum Nasution di Menteng. Ahmad Yani salah satu jendral yg dibunuh oleh PKI, kalo Nasution lolos dari maut. Tapi ajudannya dan anak bungsunya dibunuh oleh PKI. Mungkin Krn saya pernah menonton filmnya, saya selaku sedih masuk kesana..ingat lagi kekejaman mereka menyiksa para jenderal 😭

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.