Jarir Bookstore Doha @2021 |
Isnin.
Doha, Qatar.
Tengahari tadi wak berlarian menaiki LRT.
Dari DECC terus ke stesen al-Doha al-Jadeda.
Ada 2 tujuan utama.
1 - mencari kedai buku, ie al-Quran, jenis majeed.
2 - mencari henfon murahan tapi berkuasa tinggi, ie Poco F3.
Ada rakyat Malaysians in Qatar mencadangkan.
1 - pergi ke Jarir Bookstore.
2 - pergi ke al-Watan Center.
Dua2 kedai itu berdekatan stesen LRT al-Doha al-Jadeda.
Walaupun berlawanan arah dari stesen.
Tapi tidaklah jauh sangat kalau berjalan kaki.
Kedai Jarir bookstore menjual peralatan komputer, gadget dan juga buku2.
Tapi wak tidak berjumpa pula al-Quran yg dicari.
Di kedai al Watan Center pula.
Tidaklah secanggih Plaza Lowyat.
Hanya setingkat saja.
Itupun tidak banyak kedai yg dibuka.
Selepas beberapa kedai ditanya pasal henfon Poco F3 baru berjumpa.
Tapi wak tak beli apa2 pun.
Ondway balik, wak singgah Carrefour.
Beli bekalan barang2 dapur sikit.
Blog bukanlah hakmilik kekal.