Dec 31, 2023

PULANG DARI PULAU SINGGAH DI KAMPUNG HULU

 

Ahad, 31 Disember 2023.

Sambungan dari ziarah Pulau Besar di SINI.

Langsung ke Kampung Hulu.
Pekena cendol jagung.
Dan nasi lemak ikan talapia goreng.

Kemudian berjalan kaki ke dataran Stadhuys.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MEMOHON HAJAT BESAR DI PULAU BESAR TAPI BATU BELAH BATU BERTANGKUP PUN TAK DITEMUI

Plus Highway near Bandar Seri Putera @2024


Ahad, 31 Disember 2023.

Ini adalah kali kedua wak tiba di pulau Besar ini. Link 2014.

==========================================

Informasi Pulau Besar.
Pulau Besar terletak di Selat Melaka kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Dec 30, 2023

CARA BAGI KUCING MAKAN YANG BETUL DI KEDAI MAKAN

Warung Bunian @2023

 

Sabtu, 30 Disember 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Warung Bunian.
Wak pesan nasi lemak telur bungkus dengan roti canai.

Masa solat Asar berjemaah di surau tadi.
Ada jemaah dari Arab, yakni dari Yaman dan sekitarnya.
Selepas solat Isyak berjemaah pula.
Wak layan bayan dari pak Arab itu.
Imam sengau pun turut jadi penterjemah.
Sebab pak imam sengau tahu bahasa Arab.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 29, 2023

THE INDRIVE CHAEFFUER MISTAKENLY TOLD ME THE FARE IS RM13 INSTEAD OF RM12

 

Jumaat, 29 Disember 2023.

Pagi tadi bersarapan di kedai mamak NZ sahaja.

Tengahari berlarian dengan inDrive ke Chow Kit.
Boleh pula mat sopir itu minta rm13.
Padahal harga rm12 sahaja.
Sebab apps sudah terima pesanan terbaru.
Tidak mengapalah.

Kemudian berjalan kaki ke Masjid Kampong Bharu.
Sepoh minit sahaja.
Singgah dulu di kedai Murah Meriah Nasi Campur.

Pulang dari mesjid tadi.
Belanja ais-krim pada rakan2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2023

CARA SAYA MAKAN MEE KOLOK DENGAN TUMPAHKAN SEMUA KUAH KEDALAMNYA

A sunset full moon on the left side @2023


Khamis malam Jumaat, 28 Disember 2023.

Pagi2 tadi terbangun awal jam 4.13am.
Buat kerja potong rumput Batam sehingga ke waktu Subuh.
Azan berkumandang jam 6.05am.

Petang pula singgah di Jalan Diplomatik.
Teringin mahu menjamah mee kolok Sarawak. rm8.50


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 27, 2023

PENGALAMAN NAIK MRT DARI KAJANG KE KLCC 2023

Pintasan Saloma Sunrise @2023


Rabu, 27 Disember 2023.

Pagi wak sudah berlarian ke KLCC dari stesen MRT Kajang. RM3.90

Singgah dulu di warong Mak Long Itik Salai Mashtar.
Wak beli nasi lemak lauk sambal sotong dan telor goreng.
Menu yg sama seperti bulan lepas tapi harga sudah naik 50sen.

Sampai di kantor pun sudah lewat tidak seperti biasa. 

Petang pula berlarian ke Kajang dari Kg Bharu. RM3.90
Dan sempat singgah beli burger ayam double special. rm7
Wak perhatikan harga setiap burger pun sudah beberapa kali tertampal.
Akibat inflasi negara gamaknya.

Movie lalat.
Boogie Nights 1997.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 26, 2023

PENGALAMAN NAIK MRT DARI KLCC KE KAJANG 2023

KLCC View This Evening @2023


Selasa, 26 Disember 2023.

Cerita pagi tadi.
Wak tertinggal henfon cap ayam wak ini.
Boleh pula tengahari baru berjaya mendapatkannya kembali.
Gara2 yg empunya mobil sibuk potong rumput juga.

Olehkerana wak tertinggal henfon.
Henfon kedua wak pula tiada data internet.
Dan kantor baru wak ini pun tiada kemudahan wifi.
Habis wak merayu teman2 sekantor guna hotspot mereka.
Tapi lepas waktu tengahari, admin baru sampai dan berikan wak nombor sandri (password).

Selepas ambil henfon.
Wak terus ke Ampang Point.

Petang berlarian ke MRT Kajang pula.
Kali ini wak tidak mahu naik LRT dari KLCC.
Sebab jarak yg sama, wak berjalan kaki ke stesen LRT Kampong Bharu. 

Kemudian transit di stesen Pasar Seni untuk ke stesen MRT Kajang. 
Tiba di Kajang jam 6.20pm.

Dari stesen MRT, wak singgah di Bangi Square.
Wak terasa mahu makan Nasi Lemak Wak Kentut itu. RM11

Ooh.
Semasa menjamu selera nasi lemak Wak Kentut tadi.
Tiba2 wak didatangi seorang gadis muda remaja.
Ada aktiviti usahawan menjual cokelat dalam balang plastik.
Tapi disebabkan harga sebalang itu dua poh hinggit.
Wak pun kasi sahaja sepoh hinggit.
Kerana harga dua poh hinggit untuk sebalang cokelat agak mahal.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 25, 2023

REMEMBERING PAST CHRISTMAS IS NOT OUR CULTURE

Lotus's Ampang @2023

Isnin, 25 Disember 2023.
Hari Natal atau Krismas di tahun 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Ampang.

Ooh.
Gambar2 rawak setiap bulan.
Dari bulan Januari sehingga Disember.
Untuk kenang2an.

Movie lalat.
Three Kings 1999.
Two Lovers 2008.
The Fighter 2010.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 24, 2023

JEMPUTAN TAHLIL ARWAH STAIL KAMPUNG

 

Tahlil arwah @2023
Kampung Sungai Haji Dorani, Sg Besar Selangor

Ahad, 24 Disember 2023.

Tengahari sertai majlis kecil kenduri tahlil arwah.


Movie lalat.
Four Brothers 2005. Mark Wahlberg
The Family Plan 2023. Mark Wahlberg

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2023

KETIKA MAJLIS KHATAM SILAT SELEWAH JATI DI SUNGAI HAJI DORANI

 

Silat Selewah Jati @2023

Sabtu, 23 Disember 2023.

Siang tidak kemana-mana.
Buat kerja potong rumput didalam bilik yg panas berdeting.

Malam baru keluar sebab lapar mahu makan burger.

Kemudian tonton majlis khatam silat.
Persatuan Seni Silat Selewah Jati Kampung Sungai Haji Dorani.

Movie lalat.
Arrival 2016.
Train to Busan 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2023

SOMEONE PAID FOR MY BREAKFAST THIS MORNING WITHOUT ME EXPECTING IT

KLCC this evening @2023

 

Jumaat, 22 Disember 2023.

Pagi2 tadi sudah antri (beratur) lagi di depan kubur P. Ramlee.
Wak pesan mihun lauk sardin dan telur goreng.
Bila mahu bayar, suami makcik nasi lemak kata.
"Dah ada orang bayar, wak" 

Terkezot juga wak.
Tiba2 ada orang tolong bayarkan sarapan.
Memang wak perasan mamat depan antri tadi.
Dia cuma pesan 1 nasi lemak.
Tapi makcik sudah bungkuskan dua.
Jadi dia pulangkan nasi lemak yg satu lagi.
Mungkin sudah terbayar gitu.
Tapi tak mungkin dia juga.

Tengahari sudah berlarian ke Masjid Kampong Bharu.
Singgah makan nasi briyani. RM20 
Kedai Nasi Briyani Gam Annur  

Petang sudah berlarian ke Batang Berjuntai.

Movie lalat.
Taken 3 (2014).
The Real Thing (2020) Japanese

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2023

FOREIGNERS WILL BE CHARGED RM1 FOR GOKL BUS SERVICE BEGINNING JANUARY 1 2024

KLCC Park @2023


Khamis malam Jumaat, 21 Disember 2023. 

Pagi berjalan kaki lagi dari Platinum Park ke Selangor Dredging. 
Petang pun sama.

Dec 20, 2023

MELIHAT SALOMA DARI KEJAUHAN 2023

KLCC @2023


Rabu, 20 Disember 2023.

Pagi2 sudah berjalan kaki.
Dari Platinum Park ke Wisma Selangor Dredging Jalan Ampang.
20 minit sahaja. 

Dec 19, 2023

TUESDAY TO PEKELILING AGAIN

KLCC Jalan Ampang @2023

 

Selasa, 19 Disember 2023.

Pagi tadi sudah antri (beratur) depan kubur P. Ramlee.
Makcik nasi lemak pun sudah mula berniaga.
Sudah seminggu tidak kelihatan.
Wak beli mihun lauk sardin dengan telur goreng.
Sambal lebih.
Semua RM8 termasuk kuih-muih.

Dec 18, 2023

WARUNG MAK LEHA KAMPONG BHARU YANG LUMAYAN SEDAP

Belakang kampong ada KLCC @2023


Isnin, 18 Disember 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Kampong Baru.
Singgah di warung Mak Leha. 
Makan nasi goreng, mee goreng dengan baked beans (kacang panggang).
Dan 2 biji telur setengah masak.
Maaf - tiada gambar makanan.
Updated. Gambar makanan warung Mak Leha di SINI (8/1/24).

Dec 17, 2023

SUDDENLY SHE LOST HER PASSPORT WHILE RIDING THE BUS

Terminal Bas & Teksi Masai @2023


Ahad, 17 Disember 2023.

Pagi berlarian ke pekan koboi Masai.
Makan lontong. 

Tengahari berlarian ke pasaraya besar Lotus's.
Makan mee rojak.

Dec 16, 2023

JEMPUTAN KAHWIN PERSANDINGAN ANAK SAUDARA PEREMPUAN DI KAMPUNG 2023

Toll Plaza Skudai heading north @2023

 

Sabtu, 16 Disember 2023.

Tengahari sudah tiba di rumah adinda di kampung.
Majlis persandingan keponakan wak.
Keponakan yakni anak perempuan adinda lelaki.
Sekejap sahaja sudah dewasa dan kahwin.

Dec 15, 2023

IF YOUR BUS IS DELAYED FOR TWO LONG HOURS AND THEY ARE NOT APOLOGIZING


Jumaat, 15 Disember 2023.

Malam tadi bergadang sampai jam 12.30am.

Terbangun jam 2.30am.
Gak bisa tidur.
Harus urusan kerja potong rumput di Batam diperbuat juga.
Sehingga ke dinihari. 

Terkebil2 dan terhangguk2 di kantor pula.

Dec 14, 2023

KENAPA KUAH KACANG DHAL ROTI CANAI KEDAI MAMAK LAGI SEDAP

Jalan Ampang KLCC @2023


Khamis malam Jumaat, 14 Disember 2023.

Makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee pun sudah seminggu tidak kelihatan.
Mahu beli sarapan dengan kakak depan hentian bas pun tidak jadi.
Kemudian sarapan sahaja di kedai mamak NZ di pojok itu.

Timbul pertanyaan kenapa kuah kacang dal kedai mamak lagi sedap?
Walaupun roti canai sudah dingin kerana sudah lama di masak.

Movie lalat,
The Hunger Games 2012.
Silver Lining Playboy 2012.
Paranormal Activity: Tokyo Night 2010.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 13, 2023

HOW DOES A GROUP SPLIT BOWLING WINNING HAMPER

KLCC Sunrise this morning @2023


Rabu, 13 Disember 2023.

Hari Jumaat yg lepas. LINK
Kami kan sudah menang acara bowling.
Dapat hadiah juara nombor ke tiga.
Tapi kami ada empat orang.

Jadi tadi wak sudah buat kumpulan whatsapp.
Semua setuju ambil mana2 pilihan masing2.
Orang yg tiada kena mengena pun mahu tumpang sekaki.

Tapi wak nampak juga.
Juara nombor kedua.
Dengan hadiah hampers masih berbungkus diatas meja itu.
Mungkin mereka juga bermasalah mahu berbahagi hadiah.
Lagipun mereka ada 5 peserta.

Movie lalat.
Dumb Money 2023.
No Hard Feelings 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Left: Kedai mamak NZ; 
Right: The 3rd winner hamper @2023


KLCC during dusk @2023

Dec 12, 2023

BIARKAN JDT MENANG DENGAN LABU2 NYA

Petronas Twin Towers during Blue Hour @2023


Selasa, 12 Disember 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Chow Kit.
Susahnya mahu panggil Grabcar atau InDriver.
Agak lama baru sampai.
Itu pun pak supir kena hantar orang lain dahulu.

Bila sudah tiba di Chow Kit.
Boleh pula wak ingat sudah bayar tambang guna kad kredit.
Ini inDriver lah wak.
Punya tajam pandangan mata pak supir ingatkan wak tidak mahu bayar tambang.
Aiyah. 

Petang balik agak lambat selepas solat maghrib. Sempat merasai suasana kemenangan JDT mengalahkan team Siam BG Pathum United 4-1. Itupun dengar je dari henfon bro SHA di kedai mamak NZ. 

Movie lalat.
Paranormal Activity 2.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 11, 2023

THE REASON WHY I LIKE TO WATCH PARANORMAL ACTIVITY MOVIES

KLCC Sunrise this morning @2023


Isnin, 11 Disember 2023.

Pagi tadi ada pertemuan dgn mgr AYU.
Tentang hala tuju proyek potong rumput di Batam.
Nongkrong di kedai mamak NZ depan KLCC sudah.

Tengahari pula dapat berita ada rakan sekerja yg kene virus Covid.
Rakan yg duduk bersebelahan dengan wak.
Rakan yg juga bermain bowling hari Jumaat kelmarin.

Petang jam 5.30 waktu mahu pulang.
Hujan turun dgn lebat anjing dan kucing pula. 

Movie lalat.
Paranormal Activity 2007.
Leave the World Behind 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 10, 2023

KERAJAAN DULU SENANG BAGI DUIT JE KAMI TERUS BELI

Between Batang Berjuntai and Latar Highway @2023


Ahad, 10 Disember 2023.

Pagi2 subuh sepie sudah berlarian ke Shah Alam. 

Mula2 ingatkan acara akan diadakan di SACC (Shah Alam Convention Center).
Tapi sebenarnya di IDCC (Ideal Convention Center).
Tidaklah jauh sangat.
Cuma kena patah balik di Lebuhraya Persekutuan.

Tengahari berlarian ke Batang Berjuntai pula. unisel

Cerita lain lalat.
Permohonan emadani sehatus hinggit melalui MAE wak tidak diluluskan.
Kemudian wak cuba guna Touchngo e-wallet pun tidak berjaya.
Huhu.

Movie lalat.
Fast Charlie 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 



Dec 9, 2023

DEMAM PUN HARUS NYETIR MOBIL SAAT DI JALAN YG MACET

 

Normal traffic condition near McD Bangi @2023

Sabtu, 9 Disember 2023.

Wak masih demam.
Kepala pun masih tingtong.
Makan ubat pun masih belum kebah.

Teringat kata2 doktor perempuan India muda itu kelmarin.
"Wak kena periksa covid kalau tiga hari tak baik lagi,"

Tengahari sempat lagi ke Laman Sendayan.

Movie lalat.
Paranormal Activity 3 (2011).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 8, 2023

HUGIN A SRU TEAM BUILDING: BOWLING AT AMPANG POINT

A Crescent moon on top of Petronas Twin Towers @2023

 

Jumaat, 8 Disember 2023. Fredag ​​8. desember 2023

Tengahari wak berlarian ke masjid Jalan Damai. Ettermiddag dro jeg til moskeen pĂĄ Jalan Damai.
Makan nasi campur dulu. Jeg spiste lokal ris.

Dec 7, 2023

EPOK-EPOK INI PANGGILAN ORANG-ORANG DI JOHOR DAN BATAM

The time is 10.28am @2023

 

Khamis malam Jumaat, 7 Disember 2023.

Pagi tadi wak tidak nampak makcik jual nasi lemak depan kubur P Ramlee.
Asyik takde je.
Huhu.

Jadi teringin pula mencuba nasi lemak kakak depan bus stop itu pula.
Wak pesan nasi lemak lauk kerang dan telur mata. rm7
Dan 2 biji epok-epok (karipap) berharga 60 sen sebiji (atau sekeping? seketul?) Agak mahal kann. 

Tapi orang kampung wak panggil curry puff
Hehe.

Sejarah lalat.
Kesultanan Johor Riau (1511 - 1824). Sebuah empayar yang luas, menguasai pulau-pulau sekitar Lingga, Batam dan Bintan (sekarang Provinsi Kepulauan Riau), menakluk Singapura dan separuh Semenanjung sampai kepulauan Natuna (sekarang termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau), meluaskan pemerintahan ke sebahagian kecil timur Sumatera, pernah menakluk Jambi (sekarang Provinsi Jambi) dan Aru (sekarang di Sumatera Utara),

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Karipap aka Epok-Epok @2023

Dec 6, 2023

YANG MANA JANTAN DAN YANG MANA BETINA

Jalan Ampang this morning @2023


Rabu, 6 Disember 2023.

BUNGA CENGKIH REDAKAN BATUK KERING

Semalam wak rasa tidak sihat badan.
Mahu tidur pun masih batuk.
Ada orang suruh rebus air bunga cengkih.
Lepas minum air bunga cengkih baru batuk pun lega.
Dan dapat tidur hingga ke pagi.

DOKTOR MAHU BUAT SWAB TEST COVID TAPI

Tapi bila tiba di kantor potong rumput.
Kepala masih tingtong.
Hidung pun tersumbat rasanya.
Segera wak ke klinik di bawah kantor.

Awek pembantu klinik buat pendaftaran.
Diperiksa tekanan darah wak.
Normal, katanya.

Kemudian doktor muda perempuan India periksa pula.
Tengok kerongkong, anak tekak ada merah sedikit.
Tiba2 mahu di buat ujian covid pula.
Terkejutlah juga wak.
"Is is necessary doc?" wahh speaking wak dengan muka agak ketat.
"Kalau wak taknak, kita tunggu 3 hari lagi," katanya.

Diberinya wak ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk (sirap).
Dan ada ubat sembur hidung.
Semuanya rm160.

YANG MANA JANTAN YANG MANA BETINA SOALAN NUJUM PAK BELALANG

Cerita lain.
Pagi tadi juga wak bawa monitor lama ke kantor.
Tujuan untuk jadikan monitor kedua.
Agar kerja potong rumput lebih mudah dan mulus.
Bila tiba di meja.
Tidak boleh pula sambungkan monitor.
Kerana monitor lama guna VGA port dan HDMI (male connector).
Manakala desktop PC pula guna DP port (female connector).
Aiyah.

Nampaknya kenalah wak beli DP port yg baharu.

Jadi malam tadi wak sudah pesan atas talian (shopee).
Murah DP port itu - rm10.90 sahaja.
Harap2 bisa digunakan nanti.

APALAH NASIB HIGHLIGHTER KUNING

Masa wak mula datang bertugas potong rumput.
Kerja2 wak seharusnya diatas kertas lukisan (drawing).
Segala komen2 harus dicatat diatas lukisan2 itu.

Tapi alat2 tulis tidak mencukupi.
Sudah ambil sendiri di almari jabatan Sumber Manusia.
Kecuali highlighter warna kuning tinggal kosong (habis stock).

Jadi keesokkannya wak beli set highlighter di kedai DIY.
Satu set murah sahaja - rm2.90.

Tapi beberapa hari kemudian.
Wak sudah cadangkan pada ketua jabatan.
Tidak perlu conteng2 secara tangan (manual) diatas kertas lukisan.
Sekarang kan zaman digital, haruslah komen2 sahaja di dalam komputer.
Mula2 ketua jabatan agak keberatan.
Dikhuatiri ada petugas2 baru yg tidak mahir.
Tapi dia setuju untuk dibuat percubaan dahulu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.


Highlighters of the day @2023
After visiting clinic doctor @2023
 Team Building t-shirt for the Bowling event @2023
Ubat pengering desiccant dalam makanan @2023
DP and HDMI ports for my old VGA monitor @2023

Dec 5, 2023

RANDOM THINGS ON MY BIRTHDAY

Jalan Raja Abdullah KL @2023

 

Selasa, 5 Disember 2023.

Ini adalah entri kedua hari ini.
Harijadi wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Half moon this morning @2023
The hairy hand of a Grabcar Driver @2023
Greens at Jalan Pekeliling KL @2023
Ablution (Wuduk) area @2023
Selangor Dredging
Beef Sirloin at Me'nate Bangi @2023
Beef Sirloin at Me'nate Bangi @2023

WHY CELEBRATE YOUR OWN BIRTHDAY

Would it be my birthday if I didn't take a selfie?
KLCC Jalan Ampang @2023


Selasa, 5 Disember 2023.

Hari ini harijadi wak.
Happy birthday to me. 

Previous years:
My previous birthday in Jakarta, Indonesia - 2022.
My previous birthday in Doha, Qatar - 2021.
My previous birthday in Seri Alam, Masai - 2020.
My previous birthday in Shah Alam - 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC Jalan Ampang @2023
Selangor Dredging


Dec 4, 2023

HOW TO FIX WINDOWS BLUE SCREEN OF DEATH (BSOD)

Petronas Twin Towers KLCC view from Kampung Baru @2023

 

Isnin, 4 Disember 2023.

Tiba2 laptop yg wak pakai tergantung.
Mula2 kata mahu update software.
Bila wak tekan ya untuk restart.
Boleh pula terpusing2 roda ditengah2 skrin biru itu.

Wak sudah pelbagai posisi.
Masih tidak mahu mati juga.
Atas bawah kiri kanan.
Tonggeng terbalik pun masih tidak berjaya. 

Kena tekan butang power lama2.
Kata bro ASY yg jauh di sono.

So, I quit the job in Batam for good today.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The weird thing about this latest Dell laptop is no power button @2023

Dec 3, 2023

HARGA SEKEPING APAM BALIK DI JB SEKARANG SUDAH NAIK RM5

 

Jalan Persiaran Seri Alam Masai @2023
Pulang dari beli apam balik Permas Jaya

Ahad, 3 Disember 2023.

Nota. Tiada gambar apam balik ya.
Tapi dulu wak ada cerita juga di SINI

Pagi2 sudah terbangun sebelum Subuh.
Buat kerja potong rumput dulu.

Jam 7.30pagi sambung tidur.
Dan bangun jam 10 pagi.

Mandi dan terus berangkat ke pasaraya besar Lotus's.
Beli barang2 dapur bersama mQ (my Queen) dan anak wedok.

Pulang dari berbelanja.
Sambung potong rumput atas talian.
Ada masalah di galangan kapal di Batam.
Agak lama juga untuk menyelesaikan masalah.
Akhirnya berjaya.
Alhamdulillah.

Petang berlarian ke Permas Jaya.
Beli apam balik (murtabak manis).

"Waduh, sekarang sudah lima hinggit sekeping," ngomel wak.
"Baru bulan lepas harga masih bertahan rm3.50 untuk bertahun2 lamanya,"
"gara2 kerajaan madani sekarang ni kann,"

Tapi ada je apam balik masih harga 50 sen sekeping kann. Di SINI.

Malam pula sudah menaiki bas ekspres ke ibukota.
Bagus dah servis sekarang sebab wak dah beli tiket online.
Siap abang kaunter telefon wak setengah jam sebelum bas berangkat.
Tidak perlu tunjuk tiket pon. 

Cuma di stesen bas Larkin tudak mudah untuk ke tandas sebab agak jauh.
"Wak nanti leh pakai tandas kat Taman Tun Aminah," kata macha drebar itu. 

Tiba di TBS pun sudah hampir jam 2 pagi.
Nak guna tandas yg dekat arrival itu penuh pula.
Dan tandas di kawasan tengah sedang di cuci dgn makcik muka ketat.
Terpaksa guna tandas di hujung sono. 

Mula2 tadi wak sudah pesan Grabcar harga rm21 tapi agak jauh dan ambil masa 11 minit.
Drebar suruh wak kensel le tu.
Kalau inDriver pula harga tambang agak lebih mahal, yakni rm27.
Drebar grabcar kedua sudah tiba ketika wak dalam tandas dihujung sono.
Terkejar2 wak ke pintu Gate C. 

Movie lalat.
The Roundup 2022 (Korea)
Hostage: Missing Celebrity 2021 (Korea)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From Masai Bus Terminal to Terminal Bersepadu Selatan TBS @2023
Kg Bakar Batu JB @2023
Traffic Jam new Hentian Sebelah Nilai @2023

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.