Aug 31, 2023

HOW TO BLOW UP A PIPELINE

Today's exchange rate at SGD1 = RM3.26 @2023

 

Khamis, 31 Ogos 2023.

Hari Merdeka 2023.

Malam sahaja ke pasaraya Lotus's Masai itu.

Movie lalat.
How to Blow Up a Pipeline 2022.
The Flash 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Buying for Charity @2023
Yaasir @2023

DRAFT: KENANGAN JAKARTA & BATAM 2023

 



Gambar2 kenangan dalam whatsapp dari bro ASY.
E3D Team in Jakarta & Batam 2022 - 2023.




Aug 30, 2023

THE LAST SUPER BLUE MOON RISES TONIGHT THEN UNTIL 2037

Shell at Jalan Masai - Kong Kong @2023

 

Rabu, 30 Ogos 2023.

Tadi malam wak keluar sebentar.
Ngeteh di kedai mamak Taman Cendana.

Sambil tunggu anak lanang pulang dari KL.
Dengan kereta baharunya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Shell at Jalan Masai - Kong Kong @2023

Aug 29, 2023

NASI GORENG AYAM YANG TERSEDAP

 

Nasgor Ayam Goreng Sambal Taman Rinting @2023

Selasa, 29 Ogos 2023.

Seharian kerja potong rumput atas talian.

Petang tadi kelaparan.
Wak pun berlarian ke Taman Rinting.
Singgah di rumah makan Mee Rebus Haji Wahid.
Pesan nasi goreng ayam.
Air limau ais.

Movie lalat.
Bank Job 2008

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 28, 2023

WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING TO BACKUP ON A SMARTPHONE

Huawei P40 Pro @2023

 

Isnin, 28 Ogos 2023.

Sudah 3 tahun wak pakai henfon Huawei.
Walaupun pada mulanya memang tiada apps Google dan Play Store.
Dengan kamera yg ohsem dan padu.

Tapi kelmarin wak cuba install apps Lighthouse.
Konon mahu install Google selepas itu.
Tapi ada masalah perisian pula.
Terpaksa wak buang semua Google apps yg sedia ada.

Untuk pembersihan, terpaksa reset ke pangkal jalan.

Sebelum reset.

  1. Buat backup dahulu - ke laptop dan google akaun gmail.
  2. Apps dan data apps;
  3. Contacts yg paling penting (whatsapp & whatsapp Business);
  4. Messaging;
  5. Files (pdf, jpg, mp3);
  6. Photos & videos;
  7. Install HiSuite (PC) > C:\Users\M_DT001\Documents\Hisuite\backup
Apps yg sering dipakai:
Google Maps, Waze, Maybank2u, MAE, Camscanner, Linkedin, Tiktok, Facebook, Youtube, Chrome, Whatsapp, Whatsapp Business, FaceApp, Snapseed, Muslim Pro, Litmatch, Omi, Tantan, Badoo, PDF Reader.

Rasa teringin mahu tukar henfon Huawei yg baharu.
Huawei P60 Pro itu pun nampak lebih ganteng lagi jeliterr.

Movie lalat.
Rogue Agent 2022
Crazy Heart 2009

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 27, 2023

PULAU UBIN JAUH DIMATA JOHOR

Restoran Zarahman @2023

 

Ahad, 27 Ogos 2023.

Pagi hantar anak wedok ke terminal bas.
Sempat makan lontong Masai.

Aug 26, 2023

JENGKAUT TANAH - IS IT CALLED A DIGGER OR EXCAVATOR

On the way to Pasir Gudang Highway @2023

 

Sabtu, 26 Ogos 2023.

Pagi tadi jam 10 sudah berlarian ke Kipmart.
Beli barang2 pasar yg basah.

Movie lalat.
Nightcrawler 2014.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kipmart Masai @2023

Aug 25, 2023

I ALMOST HIT FROM BEHIND AT THE SEREMBAN HIGHWAY

 

Jumaat, 25 Ogos 2023.

Petang tadi sudah tiba di Suria KLCC.
Dengan istri wak yg baru sampai dari Masai.
Kena ambil di TBS.

Tujuan utama istri wak mahu beli beg silang Kiplingnya.
Suka sangat beg kiplingnya.
Sebab tahan lama.
Dari mula wak beli di Melbourne.
Kemudian dia beli di Aeon Tebrau City mall.

Tapi kelmarin wak ada belikan beg silang Kipling murahan di Jakarta.
Tak suka pula sebab "tiruan" katanya.
Nasib baik anak wedok mahu terima.

Jam 5.30 petang tunggu anak lanang (ada workshop).
Kemudian kami lepak dulu di restoran Chilis (Lantai 3).

Jam 6.30 petang baru anak wedok tiba (kerja intern).

Usai makan, langsung pulang ke Masai.
Wak, istri wak dan anak wedok.

Anak lanang mahu pulang Selasa depan.
Dengan kereta baharunya.

Sampai di Masai pun sudah tengah malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Aug 24, 2023

CALLING BROTHER IN LAW FOR A NEW JOB OPPORTUNITY

 

Khamis malam Jumaat, 24 Ogos 2023.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum kontrak kerja potong rumput berakhir.

Masih menunggu surat dari syarikat yg ejen janjikan.

Tiba2 dapat mesej dari abang ipar wak.
Ada tawaran kerja di luar negara.
"Super urgent," tulisannya.

Movie lalat.
The Battle at Lake Changjin 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 23, 2023

PAK ANAS BOUGHT US NASI LEMAK THIS MORNING BUT I PREFER EATING MCDONALD'S

 

Rabu, 23 Ogos 2023.

Pagi tadi pak Anas ada mesej dalam kumpulan whatsapp.
Katanya dia ada belanja nasi lemak dan kueteow.
Diletak di pantri kantor.
Tapi wak sudah otw (dalam perjalanan) ke mekdi Cyberjaya.
Pesan paket sausage mcmuffin scrambled eggs.

Bila wak sampai di kantor.
Nasi lemak itu pun sudah habis.

Petang pulang awal sedikit daripada biasa.
Singgah di jalan perdagangan Seri Kembangan.

Movie lalat.
The Wave (Norwegian: Bølgen) 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 22, 2023

NO FOOD PHOTO BEFORE THE SUNSET

 

Selasa, 22 Ogos 2023.

Petang sudah berlarian ke restoran tomyam.
Wak pesan nasi putih, paprik campur dengan telur dadar.
Tiada gambar makanan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2023

SAY GOODBYE TO THOSE AWFUL JPJ ROADTAX STICKERS

 

Isnin, 21 Ogos 2023.

Hari ini berlarian ke kantor potong rumput.

Movie lalat.
Fukushima 50 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 20, 2023

SIMPLE SALAD DRESSING TO EAT AT HOME

Everyday salad dressing @2023

Ahad, 20 Ogos 2023.

Hari ini masih terlantar di katil sahaja.
Makan ubat selsema dan sirap batuk.

Kepala masih tingtong.
Atas dan bawah.

Movie lalat.
La Ceremonie 1995 (French crime drama)
Good Luck to You, Leo Grande 2022 (sex comedy drama)
About Schmidt 2002

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 19, 2023

THE DANGER OF ANTIBIOTIC OVERUSE

 

Cough-en Linctus @2023

Sabtu, 19 Ogos 2023.

Demam selsema.
Beli ubat selsema (chloramine), panadol dan ubat sirap batuk.
Ubat antibiotik mesti ada preskripsi dari doktor.

Movie lalat.
Tell Momma Not To Worry 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Aug 18, 2023

UBAT SELSEMA POLARAX UNTUK RUNNY NOSE DAN MENGANTUK

 

Gloomh sky at Jalan Bukit Serdang, Seri Kembangan @2023

Jumaat, 18 Ogos 2023.

Hari ini kerja potong rumput sekerat hari.
Solat jumaat berjemaah di Masjid Riyadhus Solihin, Serdang Jaya.

Hari ini juga kepala rasa tidak selesa.
Mahu demam selesema pula.
Telan pil paracetamol dan polaraX yg mengantuk.

Movie lalat.
The Postman Always Rings Twice 1981.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 17, 2023

THE ONLY PHOTO I SNAPPED TODAY

 


Khamis, 17 Ogos 2023.

Semalam kan wak dengan mgr AYU sahaja berbincang pasal hala tuju syarikat.
Petang tadi, kami satu kumpulan dengan mgr AYU juga berbincang.

Masa hadapan yg masih samar2.

Latest tragedy news.
The plane crash involving a Beechcraft 390 aircraft in Persiaran Elmina Shah Alam. Bernama.
Chronologi event.

Movie lalat.
Moka 2016 (French Swiss)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 16, 2023

TALKING ABOUT FUTURE CAREER WITHOUT BLACK AND WHITE

Conezion Commercial Management Office @2023

 

Rabu, 16 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan Dengkil.
Sebelum meneruskan hala tuju ke kantor potong rumput.

Tengahari jam 2 baru mgr AYU panggil untuk perbincangan hala tuju syarikat.
Masih adakah cahaya dihujung terowong ini?

Petang pula berlarian ke Conezion Putrajaya.
Tujuan berborak dan bertemu blogger cikpuan Fuzzy Krabat Keramat yg vogue ittewww. ;p
Bincang dan minta pandangan tentang tanah pusaka di kampung nun jauh di sono.

Movie lalat.
In The Name of The Father 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cempedak Goreng @2023
Cempedak Goreng @2023
Under the canopy @2023

Aug 15, 2023

MELANTAK NASI PUTIH TOMYAM CAMPUR DI CAWAN EMAS

Plus Highway Kampung Semerbok Negeri Sembilan @2023


Selasa, 15 Ogos 2023.

Pagi tadi ada temuduga atas talian dgn syarikat di KL.
Ada ejen yg uruskan. 

Dulu pernah di temuduga oleh syarikat yg sama.
Tapi beza jawatan dan ketua jurutera yg lain. 

Temuduga ringkas.
Tiada pertanyaan teknikal.
13 minit selesai.

Petang sempat ke pasaraya Lotus's.
Dengan isteri wak dan anak lanang seng ragil. 
Sebelum itu singgah di pasaraya Today's Market Masai.
Wak pesan nasi putih, tomyam campur.
Lupa nak pesan telur dadar pula.
Yo wes lah.

Tapi mgr AYU kerahkan wak ke kantor potong rumput esok.
Ada perbincangan hala tuju syarikat yg masih bercelaru.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Cawan Mas Kopitiam @2023

Aug 14, 2023

MANA NAK CARI BUAH NANAS DENGAN TAPAI DI TANJUNG LANGSAT

 

Isnin, 14 Ogos 2023.

Hari ini negeri Selangor Darul Ehsan cuti.
Sempena hari peristiwa kejayaan PH-BN.

Pagi2 tadi subuh sepi-e.
Wak pun berlarian ke Tanjung Langsat.

Kali terakhir ke pantai ini pada tahun lepas, Ogos 2022.
Juga pada tahun 2020, 2017, 2012, 2011.

Matahari terbit yg malu2 dibalik awan tebal di ufuk timur.

Petang pula wak sudah perbaharui insuran dan cukai jalan.
Untuk kereta yg diguna anak wedok.
Urusan pembaharuan yg amat mudah.
Cuma sekarang kan sudah tidak perlu guna cukai jalan yg kertas dan bertampal di cermin kereta.
Jadi wak cuba pasang apps myJPJ.
Masalah juga.
Sebab apps tidak terima nombor siri dalam mykad wak.
Aduhai.

Terpaksa wak berlarian ke UTC Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Tiada orang lain.
Urusan agak mencabar juga.
Dipendek cerita.
Akhirnya berjaya juga abam JPJ kaunter itu mulakan apps wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 13, 2023

JALAN2 PETALING STREET DAN PASAR KARAT KL TAPI DI KEDAI MAMAK JUGA MELANTAK

Jalan Petaling (Petaling Street) @2023


Ahad, 13 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian jalan2 ke Jalan Petaling Street. 
Beli baju yg ada tulisan Kuala Lumpur. rm50
Dan baju tshirt yg murahan lainnya.
Rm60 utk 5 helai.

Kemudian lepak di kedai mamak.
Pesan roti kosong dan roti telur.
Juga telur setengah masak 2 biji untuk wak.

Kemudian sebelum bertolak ke selatan tanahair.
Wak singgah sekali lagi ke Bukit Bintang.
Beli kebab sawarmah di restoran Turki itu.

Wak bukanlah peminat makanan arab sawarmah ini.
Dulu pernah cuba di Doha Qatar pun tidaklah sesedap mana pun.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Jalan Petaling (Petaling Street) @2023
Pasar Karat at Petaling Street @2023
Pasar Karat at Petaling Street @2023
Menara 118 Tower from Pudu Sentral @2023
Damascus Bukit Bintang selling shawarma @2023
Universal Sambal at Pasir Gudang @2023

Aug 12, 2023

THE REASONS WHY MOST LORRY DRIVERS HAVE MORE THAN ONE WIFE

McD at Bukit Bintang @2023

 Sabtu, 12 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Mcd Bukit Bintang.
Mgr AYU sudah kerahkan untuk kerja potong rumput.
"Hantar 2 report itu harini," kerahnya. 

Kemudian berpindah randah ke Pudu raya.
Keadaan bekas terminal bas ibukota kini sepi.
Makan di lantai 4 di stesen pudu raya yg lama.
Wak makan nasi goreng kampung dengan telur dadar. 
Dan sambung perhabiskan report2 di situ.

Sore (petang) tadi wak teringin mahu memanjat menara KH Jalan Sultan Ismail itu.
Tujuan mahu nongkrong (lepak2) diatas helipad sewaktu matahari terbenam.
Tapi bila sudah tiba ditingkat 34 (dibawah helipad).
Ramai pula penyambut tetamu berpakaian uniform seperti pilot kapal.
"Wak kalau nak naik atas kena bayar sehatus hinggit," kata mamat disitu.
"Dan wak mahu order wine?" pelawanya sambil tunjuk menu jenis2 wain.
Membuatkan wak terduduk sebentar dan berfikir.
Kali terakhir wak datang ke sini - link (2016).
Tiada bayaran masuk, cuma terpaksa beli air minuman sahaja.
Yo wes lah - tak jadi.

Turun ke bawah dan pesan Grabcar.
Untuk ke Bazar Street Food Sri Rampai pula.
Wak makan mee rebus sahaja. 

Ooh.
Semasa ke Taman Sri Rampai tadi.
Wak pesan Grabcar.
Pakcik supir pemandu separuh masa dari Shah Alam katanya.
Dia tak suka masuk ke kawasan KL disebabkan kesesakan jalanraya yg luarbiasa.
Tapi hari ini dikecualikan.
Kerana hari ini kan KL jadi sepi.
Kerana ramai pulang ke kampung untuk mengundi.

Agak banyak yg kami borakkan.
Kerja utama bawa lori barang2 pejabat pos ke JB dan Butterworth.
Sabtu dan Ahad dia bawa Grab.

"Isteri kedua sy suka ke bazar street food," katanya tiba2.
"Ye wak, sy ada 2 isteri dan 1 skandal," katanya lagi tanpa segan silu.
"Sy nak tinggalkan skandal sy tu, tapi sbb lawa sangat sampai sekarang dah lebih 10 tahun masih bersama. Sayang pula nk tinggalkan sebab cantik wak... " 😅

Kamus lalat. 

Boker maksudnya buang air besar (BAB), berak.
Pipis maksudnya buang air kecil (BAK), kencing
Ngebut maksudnya laju, terburu2. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Opposite view of McD Bukit Bintang @2023


Zaitoun's Spaghetti Ice Cream viral at Lot 10 Bukit Bintang @2023
Suddenly got this mini yaasin at Lot 10 Bukit Bintang @2023
Pavilion at Bukit Bintang @2023
KL view from 34th floor of Menara KH @2023
The handsome grab/ lorry driver said he has 2 wives and 1 scandal @2023

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...