Mar 31, 2023

THE BIG 4 MOVIE

Bersahur jam 3 pagi @2023
Alone matcham biasa

Jumaat, 31 Mac 2023.

Seharian di rumah hinggap sahaja.
WFH - kerja dari rumah.

Tengahari bersolat jumaat berjemaah di masjid besar jamek itu. Bandar Seri Alam

Petang pergi ke param (pasar ramadhan) jalan Tasek.

Movie lalat.
The Big 4 (2022) - Indonesia (unfinished yet).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 30, 2023

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KANTOR CYBERJAYA

Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023

 

Khamis, 30 Mac 2023.

Tiba2 tiada bekalan air di bilik air di kantor hari ini.
Dan bila ada bekalan air kembali.
Warna air pula menjadi kuning.

Petang sudah berlarian ke selatan.
Dengan anak lanang yg sudah bekerja di menara kembar Petronas itu.

Movie lalat.
Hidden Figures 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023

Mar 29, 2023

MASJID BESI PUTRAJAYA ITU ADA PASAR RAMADHAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023

 

Rabu, 29 Mac 2023.

Petang balik dari kantor Cyberjaya.
Singgah di Masjid Besi Putrajaya pula.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Maaf ya kawan2.
Wak tidak sempat mahu tangkap gambiran pasar ramadhan ittewww.

Movie lalat.
Philadelphia 1993 - starring Tom Hanks & Denzel Washington.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A view from Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023

Mar 28, 2023

YA AZIZ YA JABBAR YA MUTAKABBIR

RapidKL halte Bukit Indah Ampang @2023

 Selasa, 28 Mac 2023.

Kenapa bas RapidKL tidak berhenti di hentian bas itu?
Musykil.

"Laa kenapa tak berhenti?" tanya wak dengan kepelikan.
"Biar aku akan update twitter kasi viral," kata awek bertutup masker itu dengan berang sambil menaip di henfon pintarnya.

Teringat wak semasa menunggu bas di halte Jakarta dulu.
Lebih kurang sama situasinya. Huhu.

Pagi tadi sudah berlarian ke kantor di Cyberjaya.
Buat kerja sedikit.

Petang sudah berlarian ke Pandan Perdana.

Ooh.
Pertama kali dalam sejarah kehidupan di bulan ramadhan.
Wak berbuka dan bersahur dengan air suam sahaja.
Tidak ada selera mahu makan.

Ya Aziz:
Ya Jabbar:
Ya Mutakabbiru.

Movie lalat.
Black Adam 2022 (RT 39%)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MKN Parkir @2023
MEX Highway near Bukit Jalil @2023

Mar 26, 2023

JALAN CENTRAL SPLINE NEW HIGHWAY BYPASSING BENTONG TOWN

Masjid Razaleigh Fox Cave @2023 Gua Musang

 

Ahad, 26 Mac 2023.

Perjalanan 10 jam setengah dari tengahari hingga ke malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Old trunk road @2023
Gua Musang - Kuala Lipis

Mar 25, 2023

JALAN-JALAN TANPA TUJUAN KE TAKBAI

Star gazing in the morning @2023
Salor Kota Bharu

 Sabtu, 25 Mac 2023.

Sawadeekap.  Sabai di mai? 

Nota lalat.
Ada 3 checkpoint ke Siam - Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Dari negeri jajahan utara ini.

Ini adalah projek terjah2 membawa diri.
Selama ini tidak pasti ada jambatan melintasi Sungai Golok dari Tumpat ke Takbai.
Kalau masuk ikut Rantau Panjang akan mengambil masa lebih sejam ke Narathiwat

Ada blogger suruh parkir kereta di Pengkalan Kubor.
Dan akan naik sampan ke seberang.

Tapi kan wak suka tantangan dan cabaran. 

Jam 11.04am sudah gerak dan tiba di jeti.
Rupanya ada laluan kereta ke terminal feri.
Mengecop pasport.
Bayar tambang feri utk cikputih. rm6.20.

Lebih setengah jam menunggu diatas feri sebelum bergerak.
Bila bergerak (11.39am) tidak sampai 10 minit pun sudah tiba di kompleks seberang Siam

Ada kekeliruan di pejabat imigresen Takbai.
Harus isi borang putih untuk pasport peribadi.
Untuk bawa kereta masuk harus isi borang yg ditulis oleh penulis bertauliah.
Tapi penulis bertauliah itu jadi kelam kabut sebab wak tidak bawa geran asli.
Disuruhnya wak ke kaunter imigresen diluar sono untuk bertanya pada pegawai. 
Berjalan kaki yg tidak berapa jauh.
Ada 2 orang tentera siam yg mahu periksa beg silang.

Tanya pegawai imigresen untuk bawa cikputih masuk.
Disuruhnya pandu cikputih ke kompleks.
Patah balik untuk isi borang bawa kenderaan dan upah rm4 (duit Malaysia).
Mengecop pasport.
Upah "overtime fee" sebanyak rm4 lagi.

Nota lalat.
Overtime fee = duit kopi.

Bawa cikputih ke kompleks.
Lega bila dibenarkan masuk tanpa geran asli.

"ไปไหน"
"?? I dont understand"
"Where u going?"
"err.. Narathiwat"

12.20pm sudah boleh pandu masuk menuju bandar Narathiwat.

1.00pm tiba di bandar Narathiwat.
Mahu beli kad sim.
4GB berharga 200 baht (rm26).
Tapi kena tukar duit siam dahulu.
Disuruh ke kedai emas bersebelahan 7 eleven yg agak jauh di sinun.
Wak tukar rm100, dapat 702 baht.
Bayar sim kad tadi, tinggal 502 baht.

Nota rujukan lalat.
Nilai duit siam pada tahun 2012 ialah rm100 = rm1000 baht.
Panggilan tempatan ialah "kok" untuk duit baht. Rujukan.
2 riyal = 20 baht (bersamaan nilai rm2 duit lama).

Tidak tahu kemana.
Sebab tiada yg menarik di sini.
Lagipun hari ini kan sudah bulan puasa.
Biasanya akan mencari tempat makan yg sedap2 sangat.
Langsung ke masjid tua yg sudah berusia 300 tahun.

2.02pm tiba di perkarangan masjid tua.
Solat jamak qasar.

2.28pm gerak ke bandar Narathiwat semula.
3.02pm tiba di bandar, langsung ke pantai Narathiwat Beach.
Pusing2 bandar dan masuk beberapa kedai 7 eleven disitu.

4.15pm tiba di param (Ramadan Street Food).
4.57pm tiba di Floating market yg tiada penghuni.
5.25pm meninggalkan bandar Narathiwat menuju Sungai Kolok (Sungai Golok).
6.39pm tiba di Sungai Kolok dan mencari beberapa kedai 7 eleven.

7.03pm lepak2 di taman pancuran Sungai Kolok.
7.23pm waktu berbuka puasa di taman Sungai Kolok.
Tiada yg menarik disini.

7.38pm gerak ke ICQS Rantau Panjang.
Setengah jam urusan di imigresen Thailand.

Ada kekeliruan juga di pintu keluar imigresen Thailand.
Harus kembalikan borang2 putih yg diisi ketika masuk pagi tadi.
Setelah bayar duit "overtime fee" untuk cikputih 25 Baht (RM6).
Penumpang harus turun dan cop pasport di dalam bangunan.

Beratur memasuki imigresen Malaysia.

8.28pm masih beratur di imigresen & kastam Malaysia.
Urusan imigresen (2 kaunter) pantas tapii.
Kastam (sorg makguard) yg terlampau membuang masa. (malas nak komen).

Ringkasan lawatan Thai 2023.

  • Jalanraya yg luas (2 lorong) walaupun pekan kecil
  • Kurangnya kenderaan
  • Orang tempatan berbahasa Melayu Kelate
  • Pegawai berbahasa Siam
  • Jamban cangkung yg tinggi
  • Minyak petrol kereta yg mahal (spt Indonesia)
  • Harga makanan yg murah
  • Tidak perlu geran kereta yg asli (tertakluk budi bicara pegawai imigresen)
  • Waktu tempatan lambat sejam (spt Indonesia)
  • Penunggang motosikal tanpa helmet
  • Kawasan yg bersih, kurangnya sampah2 
  • Air laut pantai yg jernih dan menghijau
  • Wayar tiang elektrik yg berserabut (spt Indonesia)
  • Orang Kelantan sendiri ramai tidak tahu ada checkpoint dan feri di Pengkalan Kubor kerana selalunya mereka akan masuk ke Siam melalui Rantau Panjang.
Secara peribadi dan pengalaman wak, berikut tahap kebersihan tandas awam mengikut 3 negara:
  1. Indonesia
  2. Thailand
  3. Malaysia
  4. Arab Saudi (bonus)

Khop khun khrap. Terimakasih Thailand. 

Updated. Amaran dan peringatan untuk mengecop pasport semasa keluar Thailand kerana kalau terlupa maka akan didenda RM2,600 bila mahu masuk pada masa akan datang! Yakni, denda 500 Baht sehari dan maksima 20,000 Baht! Juga akan di larang masuk dan disenarai hitam ke siam untuk 3 tahun. Jangan cakap wak tak payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Google maps of Southern Thailand @2023
At Pengkalan Kubor @2023
Pengkalan Kubor to Takbai Immigration Checkpoints @2023
 Narathiwat Thailand @2023
 Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Masjid 300 Tahun at Narathiwat Thailand @2023
Jambatan Saphan Predanaratasana (สะพานปรีดานราทัศน์) Narathiwat Thailand @2023
Jambatan Saphan Predanaratasana (สะพานปรีดานราทัศน์) Narathiwat Thailand @2023
Junk food of Thailand at 7-eleven @2023
Around Narathiwat town @2023
Narathiwat Thailand @2023
Sungai Kolok ghost town @2023
Ramadan Street Food Narathiwat @2023
Kompleks Imigresen Sungai Golok & ICQS Rantau Panjang @2023
Sungai Kolok border town @2023
Kompleks ICQS Rantau Panjang @2023


WARNING. Whoever not getting the exit stamp at the Thailand's Immigration will be fined 20,000 Baht (RM2,600 at Baht 7.63:RM1) when they visit the country again in the future! In addition, they will be banned from entering the Kingdom for 3 years.

FENOMENA PENGHIJABAN PLANET ZUHRAH OLEH BULAN PADA 2 RAMADAN

Fenomena Bulan Bintang di Kuala Krai @2023

 Jumaat, 25 Mac 2023.
2 Ramadhan 1444 Hijrah.

Tengahari sudah berlarian ke Newcastle. Kota Bharu Kelantan

Sambil menguji cikputih yg baru dibedah.
Tukar gearbox dan sistem hawa pendingin.
Dan tayar baharu.

Sedang merencana untuk masuk ke siam esok.

Semoga dipermudahkan urusan. 
Aminn ya robbal alamein.

Ooh.
Petang tadi usai berbuka puasa di medan selera Kuala Krai.
Ternampak bulan sabit ada bintang Zuhrah (Venus) diatasnya.
Sungguh mempersonakan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 23, 2023

SO FINALLY HE WORKED WITH PETRONAS AFTER MY INABILITY TO DO THE SAME VERY LONG LONG TIME AGO

 

Please ignore the top group messages ;p

Khamis, 23 Mac 2023.
Entri kedua hari ini.

Link lama - Mei 2022 (His First Job)

Anak lanang wak yg sudah hampir setahun menjalani latihan amali (intern) di Petronas.
Bulan lepas sudah menghadiri temuduga penyerapan ke jawatan tetap.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn ya robbal alamein.

"Dah keje tetap hari Rabu minggu lepas bah,"
"Kat Tower 2."

Dan tadi wak terima juga mesej tawaran dari rakan yg sama.
Mencari pelatih yg baharu.

Nota whatsapp lalat.
Ada tak anak2 atau saudara mara yg tengah cari internship placement.. ada opening kat petronas.. nak 6 - 8 bulan.. tolong sharekan link ni ye.. #sharingiscaring LINK

Intern for Enterprise Architecture PDSB in Tower 2 KLCC - PETRONAS Internship Careers (oraclecloud.com)

Movie lalat.
Supercell 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


HOW OFTEN TO CHANGE TYRES AND TO DETERMINE THE MANUFACTURING DATE

 

Hankook tyre manufactured on the 43rd week of 2022 @2023
Continental, Jalan Industri Putra 1

Khamis, 23 Mac 2023.
Hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan.

Tengahari tadi wak sudah berlarian ke bengkel tayar kereta.
Hantar cikputih yg keempat2 tayarnya sudah kehausan. 

Kali terakhir tukar tayar berjenama Michelin sudah 6 tahun yg lepas (2017).

Antara jenama Hankook dan Toyo, wak pilih Hankook.
Walaupun mamat cina itu sarankan pakai Toyo yg lebih rm10 sebutir.

Kod tayar kereta.
195/65/R15 91T rm210
195 - saiz kelebaran tayar
65 - nisbah ketinggian dinding tayar
R - radial
15 - diameter saiz rim
91 - berat yg mampu ditanggung setiap tayar
T - kelajuan maksimum (190km/j) tayar mampu meluncur

Kod 4322.
Ianya diperbuat di minggu ke 43 di tahun 2022, yakni baru beberapa bulan. Yg penting tidak lebih 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 22, 2023

WHAT DIRECTION DO CHINESE GRAVES FACE FOR GOOD FENGSHUI

Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023

 Rabu, 22 Mac 2023.

Petang sudah berlarian mengejar sunset.

MELAWAT ISTANA BANDAR

Sepatutnya istana ditutup jam 5.30pm.
Tapi wak tiba sudah jam 5.47pm.
Makguard kata dia boleh tunggu.
Mula2 mahu ditulis juga di buku pendaftaran.
Tapi makguard jadi malas sebab dia pun sudah mahu pulang.

Tidak lama didalam istana lama ini.
Dan muka pakguard pun sudah tidak selesa menunggu disitu.

ISTANA BANDAR ATAU ISTANA ALAEDDIN

Istana Alaeddin, dikenali juga dgn nama Istana Bandar telah dibina oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor kelima pada tahun 1905. Sultan Alaeddin telah mereka bentuk bangunan ini sendiri mengikut ciri2 seni bina Islam dari India dan Timur Tengah dan juga membiayai kos pembinaannya. Terdapat juga pengaruh seni bina Cina pada Istana ini kerana tukang2 Cina juga turut membina Istana ini. Istana ini mempunya lima belas buah bilik. Bahan2 binaan yg digunakan antaranya ialah kayu cengal dan batu marmar. Istana ini mempunyai landskap yg menarik lengkap dgn kolam yg terletak di bahagian tengah Istana. Sultan Alaeddin telah bersemayam di Istana ini selama lebih kurang 33 tahun sehingga baginda mangkat pada tahun 1938. Di Istana ini juga, pada tahun 1926 telah diputerakan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan ke tujuh yg memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan. Selepas kemerdekaan, istana ini ditinggalkan berikutan dgn pemindahan pusat pentadbiran ke Kuala Lumpur. Istana ini kemudian dijadikan sebagai pusat kraft tangan daerah dan selepas itu dijadikan sebagai pusat tahfiz Al-Quran (1997-1998).

BUKIT JUGRA DIDAKI

Kali terakhir wak tiba di Bukit Jugra ini ialah pada 15 Oktober 2020.
Hari pertama CMCO di Lembah Klang.

Link lama - JJCM Bukit Jugra.

JERAT CINA BUKIT JUGRA

Satu peraturan mudah menurut fengshui cina.
Satu jenis tempat yang ideal untuk memilih kubur cina.
  • di lereng selatan bukit,
  • menghadap ke selatan,
  • dengan sungai mengalir di hadapan kubur.
SALAM RAMADHAN 

Dikesempatan ini wak mahu mengucapkan selamat menyambut bulan puasa.
Semoga dipermudahkan semua urusan kita.
Aminn ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023
Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023
Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023
One simple rule according to fengshui, one ideal type of places for choosing a chinese grave is on the south slope of a hill, facing south, with rivers flowing in front of the grave and to the south of the hill a plus. @2023

Mar 21, 2023

WHY IS MY TYRE WOBBLING

Carwash at Kipmall Bangi @2023

Selasa, 21 Mac 2023.

Pagi semalam wak sudah berlarian ke bengkel kereta cikputih.
Pomen sudah baiki kerosakan gearbox dan sistem hawa pendingin.

"Smlm sy dh drive kete wak,"
"Rasanye wak kena tukar tayar cikputih,"
"Keempat2 tayar tu dah botak,"
"Dah lama betul tayar tu kan dari tahun 2016"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 20, 2023

ANOTHER STORMING DAY

Somewhere near Batang Berjuntai @2023

 Isnin, 20 Mac 2023.

Sekolah Ampang Campuran.
University Selangor Batang Berjuntai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Somewhere near Batang Berjuntai @2023


Mar 19, 2023

VERDICT THE MOVIE

Going north @2023

Ahad, 19 Mac 2023.

Pagi2 hantar anak lanang seng Ragil ke sekolah. 

Sarapan kedai mamak tasek curry.
Roti kosong, telur setengah masak.
Air teh o panas. 

Kemudian dgn anak wedok hantar cik maibee dan cik bibah pepel untuk dicuci luar dan dalam.
Tapi tempat carwash pertama kata mesin penyembur air salji rosak pula. 

Singgah farmasi beli ubat and kolesterol 20mg. 

Berlarian ke Ibukota. 

Movie lalat.
Verdict 2019 - Filipino.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 18, 2023

BACK TO SCHOOL

Yaasir at his school today @2023

Sabtu, 18 Mac 2023.

Pagi sudah ke sekolah anak ragil.
Sekarang markah pun guna tahap kecerdasan sahaja.
Tiada penggunaan gred seperti dulu2.

Link: 2014 - his first school.

Ooh.
Tengahari wak sudah berlarian ke bandar koboi.
Membaiki pembuka tangki minyak petrol yg tersangkut.
Senang saja mamat cina tu buat.
Kemudian mencari pemegang sabuk pengaman (seat belt) untuk cikpuan Jnulekasnova itu.
Sebab ada besi penyucuknya yg tidak boleh dipegang baik.
Hampir kesemua kedai peralatan tambahan kereta wak tanya.
Kesemuanya tidak menjual atau memasang sabuk pengaman kerusi.
Tapi akhirnya wak jadi SD - sedar diri.
Seharusnya tali silang tengah hanya untuk pemegang di tengah.
Ada tulisan CENTER dikedua2 set pemegang itu. ;p

Movie lalat.
The Whale 2022.
Coccaine Bear 2023 (unfinished)
Triangle of Sadness 2022

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 17, 2023

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT DI TENGAH HIGHWAY

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) @2023


 Jumaat, 17 Mac 2023.

Perjalanan ke selatan tanahair petang tadi.
Tapi tidak menaiki bas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.