Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023 |
Rabu, 22 Mac 2023.
Petang sudah berlarian mengejar sunset.
MELAWAT ISTANA BANDAR
Sepatutnya istana ditutup jam 5.30pm.
Tapi wak tiba sudah jam 5.47pm.
Makguard kata dia boleh tunggu.
Mula2 mahu ditulis juga di buku pendaftaran.
Tapi makguard jadi malas sebab dia pun sudah mahu pulang.
Tidak lama didalam istana lama ini.
Dan muka pakguard pun sudah tidak selesa menunggu disitu.
ISTANA BANDAR ATAU ISTANA ALAEDDIN
Istana Alaeddin, dikenali juga dgn nama Istana Bandar telah dibina oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor kelima pada tahun 1905. Sultan Alaeddin telah mereka bentuk bangunan ini sendiri mengikut ciri2 seni bina Islam dari India dan Timur Tengah dan juga membiayai kos pembinaannya. Terdapat juga pengaruh seni bina Cina pada Istana ini kerana tukang2 Cina juga turut membina Istana ini. Istana ini mempunya lima belas buah bilik. Bahan2 binaan yg digunakan antaranya ialah kayu cengal dan batu marmar. Istana ini mempunyai landskap yg menarik lengkap dgn kolam yg terletak di bahagian tengah Istana. Sultan Alaeddin telah bersemayam di Istana ini selama lebih kurang 33 tahun sehingga baginda mangkat pada tahun 1938. Di Istana ini juga, pada tahun 1926 telah diputerakan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan ke tujuh yg memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan. Selepas kemerdekaan, istana ini ditinggalkan berikutan dgn pemindahan pusat pentadbiran ke Kuala Lumpur. Istana ini kemudian dijadikan sebagai pusat kraft tangan daerah dan selepas itu dijadikan sebagai pusat tahfiz Al-Quran (1997-1998).BUKIT JUGRA DIDAKI
Kali terakhir wak tiba di Bukit Jugra ini ialah pada 15 Oktober 2020.
Hari pertama CMCO di Lembah Klang.
Link lama - JJCM Bukit Jugra.
JERAT CINA BUKIT JUGRA
Satu peraturan mudah menurut fengshui cina.Satu jenis tempat yang ideal untuk memilih kubur cina.
- di lereng selatan bukit,
- menghadap ke selatan,
- dengan sungai mengalir di hadapan kubur.
Semoga dipermudahkan semua urusan kita.
Aminn ya robbal alamein.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023 |
Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023 |
Istana Bandar, Kampung Sungai Ingat, Banting, Selangor @2023 |
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023 |
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023 |
Bukit Jugra is located in Jugra, a historical town in Kuala Langat that exudes an old-world charm with its stately buildings, bridges and roads. @2023 |
Salam Ramadhan Wak..
ReplyDeletesalam ramadhan wak....selamat berpuasa
ReplyDeletewah..cantiks nya..
Salam Ramadan wak...cantik senibina istana bandar...
ReplyDeleteTengok gambar atas sekali macam kecil je istana tu tapi bila tengok gambar dalam dia luas memanjang kebelakang rupanya. Seram jugak istana lama gini ye wak patut sampai pukul 5.30 je dah tutup. Cantiknya pemandangan dari bukit Jurga tu. Patut la kebanyakan jirat cina yang kawasan besar memang atas bukit macam di nilai dan cheras tu
ReplyDeleteLuas dalam istana.
ReplyDeleteCantik pemandangan atas Bukit Jugra.
Selamat berpuasa Wak...
ReplyDeleteSalam Ramadan. Istana tu kosong je wak. Takde banyak barang pun
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem Wak...
ReplyDeleteSalam Ramadhan wak...
ReplyDeleteBila tanya chinese fren kenapa nak kubur menghadap semua tu. Katanya nanti roh2 tu akan tenang/ralit tengok benda tu semua so tak kan ganggu family lain yang masih hidup...itu kata dia la..bukan kata teman..
selamat berpuasa wak...moga sentiasa sihat sepanjang ramadhan
ReplyDeleteSelamat berpuasa wak!
ReplyDeleteSelamat puasa Wak..eh bentar lagi magrib mau tiba 😀
ReplyDeleteAlhamdulillah Wak berpuasa di Malaysia. Lama cuti?
ReplyDeleteTak sempat teroka tempat bersejarah di negeri Selangor. Ada nama Sultan Hishamuddin tu Wak. Dulu saya sekolah di Klang, nama sekolah ada Sultan Hishamuddinnya.
ReplyDelete