Jan 31, 2015
SUP TULANG
SELAMAT berhujung minggu semua kawan-kawan. Orang key ell (baca: Kuala Lumpur) bercuti panjang empat hari empat malam lamanya hingga hari Selasa sempena hari cuti am Hari Wilayah dan Hari Thaipusam.
Jan 30, 2015
SEBAB GATAL NAK KAHWIN
Jan 29, 2015
WHY WORKING HARD
Jan 28, 2015
JLO MOVIE
Jan 27, 2015
TEFAL
ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.
[+ Beraya Bersama Revive ]
Jan 26, 2015
ORANGE THINGS I BOUGHT RECENTLY
SUDAH banyak saya terbeli kabel sambungan telefon bimbit saya yang tidak berfungsi dengan elok. Saya amat kecewa.
Cerita lain, peraduan Shell sekarang yang saya sertai sebab membeli minyak di stesen itu. Dan saya perhatikan juga minyak jenis Ron 97 sudah tidak dijual dikebanyakan stesen minyak.
Cerita lain juga. Kelmarin saya sudah temankan anak lelaki saya untuk membeli rumah pertama beliau. Tetapi harga rumah paling murah di Taman Molek pun sudah menjangkau RM660,000.
Jan 25, 2015
CHINESE OPERA
PENGALAMAN menaiki bas ting ting (baca: bas berhenti-henti) dari Taman Cendana ke Masai untuk pertama kalinya juga saya lalui sementara menunggu kereta diservis di Perodua. Walaupun banyak juga teksi kosong berulang alik tetapi saya tetap menunggu bas yang lebih murah tambangnya dan saya juga tidak mengejar masa. Tambang ialah RM1.50.
Di pekan koboi Masai sempat lagi saya menonton wayang cina (baca: chinese opera) yang klasik itu.
Jan 24, 2015
PENGALAMAN MENAIKI BAS DARI AMPANG PARK KE BUKIT BELACAN
Jan 23, 2015
ON WISMA GENTING
Jan 22, 2015
BINGO, SCRABBLE
Jan 21, 2015
NINA RICCI PREMIER JUOR
Jan 19, 2015
AIR PARAS KETING
MINGGU lepas saya mula-mula bercadang hendak ke Temerloh, saja mahu jalan-jalan melihat keadaan selepas banjir. Tapi keinginan saya juga meluap-luap untuk menziarah masjid usang misteri di tepian Sungai Perak yang pernah diceritakan oleh blogger Si Merah Silu, juga tuan punya blog Berpetualang ke Aceh dan Art Melayu. Selepas bertanya kepada seorang pakcik di kampung yang berdekatan, saya pun tiba di Kampung Teluk Memali yang sedang dilanda banjir. Jadi hajat saya untuk ke masjid misteri itu tidak kesampaian juga. Gambar diatas saya ambil di hentian bas ditepi
Sekarang ini saya tahu mengapa masjid usang (misteri lah sangat) dan kampung (bandar kah?) sekitarnya telah ditinggalkan tanpa penduduk. Dan kampung tersusun yang baru dibina itu juga tetap ditenggelami banjir juga selagi mereka tidak dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.
Masa musim banjir baru-baru ini juga, tajuk 'air paras keting' itu saya baru mengetahui maksud dan makna 'keting' iaitu bahagian kaki dibelakang buku lali. Dan kawan saya itu juga memberitahu bahawa urat keting lembu memang sedap kalau dibuat sup. Contoh ayat lain, keting lembu Dogol ditakik orang.
ZERO CHANCES TO WIN
Jan 18, 2015
TBS, KLIA2
Jan 17, 2015
MAMAK ROJAK TASIK TITIWANGSA
Jan 16, 2015
Jan 15, 2015
Jan 13, 2015
GADIS MELAYU, K-POP
URUSAN DI MENARA ANSAR
HARI Ahad adalah hari bekerja untuk jabatan kerajaan termasuk SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Menara Ansar.
Walaupun pada mulanya mendapat nombor giliran 60 orang didepan saya dan menunggu tidak sampai sejam tetapi malangnya nasib saya sebab salah pemahaman dan komunikasi maka proses mendapatkan sijil memakan masa lebih 2 jam. Tetapi saya bersyukur juga kerana urusan dapat diselesaikan hari itu juga.
Jan 12, 2015
MINUM REVIVE DAN MENANG
SAKI baki hadiah peraduan dari tahun lepas dapat juga dikecapi walaupun nama saya tidak tersenarai dan tidak memenangi apa-apa hadiah. Peraduan Revive 'Minum dan Menang' yang mendapat 2 jeket flis, 2 beg besar dan baucer sukan Nike manakala Kimberly Clark 'Detik Bahagia Keluarga' mendapat baucer beli belah RM300 saja.
Jan 11, 2015
ANGRY BIRD, TAK3N
AKTIVITI hujung minggu bersama keluarga yang biasa-biasa saja.
Saya bepergian ke Galleria Kotaraya mencari pejabat SSM tetapi tidak berjumpa di UTC tingkat atas itu. Bila saya bertanya kepada abang sekuriti telah berkata ada di Menara Ansar bersebelahan sahaja. Tetapi bila saya ke Menara Ansar, pejabat tutuplah pula sebab hari itu hari Sabtu. Kebetulan di Kotaraya itu saya terus membuat salinan kunci rumah 5 set. Dan melayan tapak permainan kanak-kanak Angry Bird Activity Park mini yang tidaklah sebesar seperti di plaza baru Komtar.
Malamnya pula, saya melayan cerita wayang Tak3n yang saya telah di'pau' untuk menonton cerita berbintang 9/100 (Rotten Tomatoes). Menyesal saya tidak membaca ulasan terlebih dahulu dan terus membeli tiket Imax 2D yang mahal itu juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI
Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...