Apr 11, 2024

MENZIARAHI KUBUR NENEKNDA DI RAYA KEDUA

 

Traffic jam after Senai Toll Plaza heading to Kulai exit @2024


Khamis malam Jumaat, 11 April 2024.

Tengahari tadi berlarian ke kampung.
Terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya dari Senai ke Kulai.
Singgah di kubur ayahanda (24/10/14) dan bonda (24/6/10).

Kemudian ke rumah adinda AZI.
Ada adinda IDA dan JUM.
Mahu tunggu kekanda YUS dan MAT lambat pula sampai.

Ooh.
Borak2 dengan orang kampung ini.
Anak dia sudah 6 tahun tinggal di Australia.
Kena scam dengan ejen petik buah.
Cerita biasa kita dengar.
Tapi masih berlaku hingga sekarang.
Dan cerita lain berkaitan dengan orang kampung ini.
Sekarang terpaksa menjaga anak2 adik ipar yg masih kecil.
Sebab suami (adik dia) baru meninggal minggu lepas.
Akibat sakit jantung.
Muda lagi, baru 30an.
"Kuat isap rokok," kata doktornya selepas post mortem.
Cerita lain juga (rajin pula dia berbual).
Kisah kakaknya, arwah IZA (sekelas wak).
Eksiden motor dengan budak cina.
Menyesal dia tak saman cina itu yg kaya raya.

Pulang dari kampung.
Ikut laluan Pekan Nenas ke Gelang Patah.

Singgah di Aeon Tebrau City.
Anakanda mahu traktir (belanja) makan katanya. aQi

Hafazan lalat.
Surah al-Kahf ayat 20/110.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

(Top) pusara Kg Kubor @2024 Melayu Raya;
(Bottom) Vivo Pizza restaurant Tebrau city 

Crescent moon of 2nd Ramadan 1445H

1 comment:

  1. Adat menziarah kubur mmg bagus mengingatkan pada yg hidup terutama yg masih muda..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...