Apr 15, 2024

WHEN YOU ORDER ROTI CANAI BUT GETTING ROTI THOSAI INSTEAD

 

Restoran NZ KLCC @2024

Isnin, 15 April 2024.

Pagi2 tadi dari kantor.
Turun ke kedai mamak NZ dibawah itu.
Alone matcham biasa.

Wak sudah pesan roti canai, telur setengah masak 2 biji.
Dan teh o panas kurang manis.

Matcha yg ambil pesanan ulang semula.
Tapi dengan kadar percakapan yg laju dan tidak jelas.
Wak iyakan sahaja.

Mula2 tiba air teh o panas.
Kemudian telur setengah masak 2 biji.

Agak lamalah juga wak tunggu roti canai tadi.
Risau juga kalau tidak ada roti canai.
Bila matcha yg sorang lagi sampai.
Dibawanya roti thosai.
Terkezot juga wak.
Tapi wak kata ok sahaja.
Walaupun roti thosai bukan kegemaran.

Dan matcha yg ambil pesanan tadi datang juga.
Minta maaf sebab salah dengar.

Hafazan lalat.
Surah al-Kahf ayat 26 da 27.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3 comments:

  1. Hhaahaha ini kelakar order canai dapat tosei... Kalau boleh makan masam tak apa juga. :D

    ReplyDelete
  2. Pekena thosei pun enak juga wak. Perghhh peberet saya tu telur separuh masak.

    ReplyDelete
  3. Saya masih penasaran dengan tosai Wak. Krn tiap ke kedai mamak tak pernah pesan ini. Inilah nak ke KL lagi, saya mau coba pesan tosai 😄

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.