Apr 2, 2024

NASIB BAIK SEMPAT TUKAR DUIT RAYA DI HQ BSN KUALA LUMPUR

 

Queuing Up for New Raya Notes at BSN HQ Jalan Ampang KLCC @2024

Selasa, 2 April 2024.


Sebenarnya pagi tadi bro AMR sudah ke sono.
Tanpa mengajak wak.
Dia beritahu kemudian di kantor.
Bahawa tukaran wang raya baharu sehingga jam 2pm.

Jadi tengahari jam 1pm.
Wak sudah berlarian ke kaunter ibu pejabat BSN.
Seberang jalan sahaja.

Wak kira adalah belasan orang didepan antri (beratur).
Takut juga jika tidak sempat sehingga jam 2pm.

Alhamdulillah.
Jam 1.40pm sudah tiba di kaunter.
Wak tukar RM1 x 200, RM5 x 100 dan RM20 x 200.
Mulanya mahu tukar duit RM10 tapi bukan duit baharu pula.

Wak ada terbaca.
Ada mesin ATM yg boleh tukar duit baharu juga.
Tidak perlu antri (beratur).
Cuma wang RM10 dan RM50 sahaja.
Siapa yg pernah cuba?

Cerita lain berkaitan duit raya baharu.
Bulan lepas lagi sebenarnya ada rakan boleh tolong tukarkan.
Sebab sepupu dia bekerja di bank.
Janji esok boleh dapat wang tersebut.
Tapi baru tadi kata tukar rancangan.
Pihak bank negara ada salah faham.
Hari jumaat mungkin baru boleh mendapat.
Tapi esok (Khamis) dia akan pulang ke kampung.
Maksudnya dapat duit baharu itu selepas hariraya lah.

Tapi dia ada rakan akan beratur di bank lain utk tukar wang baharu. 

Ooh. Bro AMR ada bertanya pada Bank al-Rajhi di bawah bangunan ini.
Tapi staff bank kata tukaran hanya utk yg ada akaun bank di situ.
Yo wes lah. 

Ooh lagi.
Tiada gambar duit baharu ya. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

1 comment:

  1. Sama seperti ikan baung masak kari, saya masih boleh membayangkan duit-duit baharu itu Wak.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.