Dec 31, 2019

END OF THE YEAR



Hanyalah gambar-gambar rawak dipenghujung tahun 2019.
Esok sudah tahun 2020.

Movie lalat. 1. Swimming Pool 2003.
2. A-X-L 2018.
3. 12 Feet Deep 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 30, 2019

TODAY'S



Hari ini (Ahad) hari pendaftaran sekolah menengah anak lanang bocah cilik.

Terimakasih pada kakaknya yg bekerja keras dan bertungkus lumus mengendalikan urusan aktiviti pendaftaran.
Penulis cuma tukang bayar sahaja.
Dan tukang bawa dan pikul buku-buku.

Sampai awal balik pun awal.

Nota lalat. Sekolah di negara J akan bermula pada hati Rabu 1hb Januari 2020 ya kawan2.

Movie lalat. 1. Spider-Man: Into the Spider-Verse 2018.
2. Puzzle 2018.
3. Import Export 2007.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






Dec 29, 2019

NASI KRAPOW



Makan malam di restoran siam Boat Noodle Midvalley Southkey sudah.

Nota lalat. Nasi ayam Krapow atau Krapow Chicken rice adalah isi ayam yg dipotong hancur.

Movie lalat. Burn Your Maps 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2019

THE PEAK



Pagi Sabtu penulis sudah berlarian ke taman tasek Tun Jeanne Abdullah itu.
Ini adalah perjalanan yg keempat.
Yg pertama mendaki ke puncak bukit itu.

Penulis cuma ikut jejak dan pendaki lain yg ramai.
Turun dari bukit, penulis guna trek yg satu lagi.
Dan terjumpa tasik hijau.

Statistik lalat. 6 kilometer dalamasa 2jam 0 min.

Movie lalat. Snabba Cash (Easy Money, 2010).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Dec 27, 2019

HUNGRY & SOLAR ECLIPSE



Sudah beberapa hari isteri penulis itu tidak buang air besar.
Jadi siang tadi penulis sudah belikan buah prune.
Juga penulis sedang mencari tempat duduk toilet untuk mencuci punggung yg baharu dibedah.

Hari ini 26 Disember sepatutnya ada gerhana matahari tengahari tadi.
Tapi di Masai seperti tidak kelihatan gerhana tersebut.
Tapi anak lanang penulis yg sedang bertugas di Sibu Sarawak ada menghantar gambar cincin gerhana dari sana.

Nota lalat. Gambar penghantar makanan 'Hungry' diatas tiada kaitan. Cuma selepas penulis tangkap gambar diatas ada sebuah motor tiba2 berhenti tertera dgn sticker 'Kulaifornia'.

Movie lalat. 1. The Way of the Dragon 1972.
2. The Mountain II 2016.
3. The Karate Kid 2010.
4. The Color of Money 1986.
5. San Andreas 2015.
6. The Vanishing 2018.
7. 22 Chaser 2018.
8. Ratatouille 2007.
9. Blue Is The Warmest Color 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 26, 2019

GOOD MORNING MASAI



Tengahari tadi isteri penulis (yg itu) sudah diizinkan keluar dari hospital pakar.
Untuk terus pulang kerumah.
Alhamdulillah.

Nota. Gambar2 semalam - hari Krismas di Masai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2019

IKEA AND TOPPEN JB



Semalam sore penulis sempat berlarian ke pusat belibelah Toppen yg baharu.
Bangunan yg disambung ke pusat perabot antarabangsa Ikea.

Mula-mula makan di medan selera tingkat 3.
Tidak beli apa-apa sekadar belibelah tingkap (baca, window shopping).

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Dec 24, 2019

A VIEW FROM THE HOSPITAL BED



Hari ketiga di hospital, tapi anak wedok seng cilik yg menemani bondanya tidur dihospital.
Doktor kata esok boleh pulang ke rumah.

Movie lalat. Gran Torino 2008.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2019

TONIGHT SHE SLEEPS HERE



Semoga dipermudahkan pembedahan isteri penulis (yg itu) esok pagi.
Amin ya robbal alamin.

Nota link lalat. Rectal bleeding.

Kemaskini lalat. Alhamdulillah. Urusan pembedahan berjalan lancar jam 10am tadi. Gambar dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2019

MATA KACANG



Sudah lebih 13 tahun penulis bersama cikputih yg sudah berkarat tubuh badannya.
Cermin lampu hadapan pun sudah menjadi kuning dan lesu dan layu.

Dua pekan lepas penulis sudah menghantar cikputih ke bengkel cat.
Cat dengan warna yg sama seperti asal.
Sambil itu, cermin lampu hadapan juga sudah digosok bersih dengan cecair alkohol.

Pagi tadi penulis sudah ambil kembali cikputih yg bercat baharu.

Selepas itu penulis membuat nombor plat pendaftaran yg baharu.
Sambil menunggu, penulis pekena cendol md salleh depan maybank masai itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2019

SENALING



Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke Kuala Pilah.
Untuk menjemput anak wedok penulis yg sedang belajar di kolej matrikulasi disitu.

Sebelum itu, sempat penulis bersolat jemuah di masjid Kariah Senaling.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 20, 2019

Dec 19, 2019

AUTOMATIC GEARBOX TRANSMISSION PROBLEM RECOVERY



Kereta anak lanang nampaknya sudah tiada masalah tersentak (jerking) lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 18, 2019

FLEXI RED



Henfon cap aiyam penulis ada bekas untuk 2 kad sim.
Kad sim utama penulis pakai pasca bayar pelan data Celcom.
Kad sim kedua penulis pakai prabayar Maxis hotlink.

Pasal kad sim utama dengan Celcom penulis tiada masalah.
Dan penulis baru saja ambil iphone 11 baharu dgn bayaran ansuran selama 2 tahun.

Pasal kad sim kedua dengan Maxis penulis sudah pakai bertahun-tahun.
Dalam akaun ada baki duit rm400 lebih.
Daripada tidak digunakan, baik penulis naiktaraf ke pasca bayar Maxis.

Jadi semalam penulis sudah naiktaraf kad sim Maxis hotlink.
Ambil pelan yg paling murah iaitu rm30 sebulan sahaja.
Data pun ciput 1GB sahaja.

Sebenarnya penulis ada kad sim yg ketiga. Nombor ada seperti dlm gambar diatas. Tapi disebabkan lama tidak ditambahnilai jadinya kad sim itu sudah tamat tempoh. Tidak boleh dibuat panggilan atau sms. Hanya whatsapp sahaja tapi guna wifi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 17, 2019

BONNE NUIT AND SOME FRENCH MOVIES

Ampang Lookout Point @2019

Bonne nuit dan selamat malam.

Beberapa minggu ini penulis melayan dan berjaya menonton beberapa filem wayang Perancis atas talian.
Alone matcham biasa.

1. Two Days, One Night (French: Deux jours, une nuit) wayang tahun 2014. Filem ini mengisahkan Sandra, seorang wanita muda yang dibantu oleh suaminya, yang hanya mempunyai satu hujung minggu untuk meyakinkan rakan sekerjanya untuk melepaskan bonus mereka supaya dia dapat meneruskan tugasnya.

2. Blue Is the Warmest Colour (French: La Vie d'Adèle) wayang tahun 2013. Seorang remaja Perancis (Adèle Exarchopoulos) membentuk hubungan emosi dan seksual yang mendalam dengan pelajar seni yang lebih tua (Léa Seydoux) yang bertemu di bar lesbian. Amaran: LGBT 18SX

3. A Prophet (French: Un prophète) wayang tahun 2009. Drama jenayah yang diiktiraf ini mengisahkan Malik El Djebena (Tahar Rahim), seorang lelaki muslim muda yang nakal, yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan diri di penjara Perancis. Apabila dia diambil di bawah sayap bos mafia Corsica yang kuat, Cesar Luciani (Niels Arestrup), dia mula melaksanakan tugasan biasa yg diberi untuknya, membuktikan dirinya amat berharga kepada penjenayah yang memaksanya. Ketika Malik bangkit dlm komplot mafia, dia memperoleh lebih banyak kekuatan dan kuasa, tetapi juga lebih banyak musuh, situasi yang akhirnya membawa konflik dengan mentornya.

4. Ratatouille (2007). Remy, si tikus, bercita-cita untuk menjadi seorang chef Perancis yang terkenal. Dia tidak menyedari bahawa manusia membenci tikus dan tidak akan menikmati hidangan yang dimasak olehnya.

Au revoir.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2019

DAYANG SARAWAK CORNER CAFE AMPANG



Petang tadi penulis pun berlarian ke Ampang Point.

Sebab penulis ternampak ada restoran baharu dibuka menggantikan kedai jual kereta Toyota.
Dulu pernah penulis beli kereta Toyota Unser ditempat yg sama.

Mula2 penulis teringin mencuba mee kolok.
Sudah lama tidak merasa mee kolok.
Tapi disebabkan penulis sudah makan maggie kari ditengahari tadi, makanya penulis pesan fish and chips pula.

Nota lalat. Sempat juga penulis dipau dgn abg baju melayu tu. Mula2 dia nak rm2 tp penulis tak layan. Kemudian bila penulis sedang menjamu selera, dia dtg lagi dan dimintanya rm5 pula. Jilake.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Kemaskini lalat. Pasal mee kolok, penulis masih teringin hendak merasa. Jadi, tengahari Isnin tadi penulis pun berlarian ke restoran Dapur Sarawak Jalan Sarikei di belakang Hospital Tawakal (bukan Hospital Pusrawi ya), berdekatan bulatan Pahang.

Dec 15, 2019

ATAS BAWAH ATAS BAWAH



Sekarang hujung tahun sudah musim tengkujuh dengan cuaca mendung sepanjang hari kan.

Pagi2 Ahad penulis sudah berlarian ke Bukit Telekom aka Bukit Dinding aka Bukit Setiawangsa itu.
Tapi sampai dikaki bukit, hujan renyai mulailah turun.
Ramai yg baru turun membawa payung dan ada yg baru memakai baju hujan plastik lima hinggit.
Jadi penulis batalkan niat mendaki.

Penulis terus berlarian ke tasik Ampang Hiliran pula.
Walaupun hujan masih renyai tapi tidaklah lebat.
Maka penulis pun berjalan saja ditepian tasik.
Ada sekumpulan ahkak2 dan makcik2 yg sedang bersenam robik.
Lagu dangdut sampah "atas bawah atas bawah janji sama sama basah" yg lucah itu juga dimainkan.

Usai seround ditepian tasik, penulis kembali ke kaki bukit telekom aka bukit Dinding aka bukit Setiawangsa itu lagi.

Blog bukanlah hakmilik.





PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...