Jalan Ampang near Great Eastern @2024 |
Rabu, 31 Januari 2024.
Hari ini tidak ke Kg. Ampang Campuran.
Maka wak merempit ke Pekeliling pula.
Di tengahari yg panas berdenting (sizzling hot).
Petronas Twin Towers sunrise this morning @2024 |
Selasa, 30 Januari 2024.
Sebenarnya isian minyak yg kedua.
Isian pertama dulu kan sudah dibayar dgn jurujual mat FIS. Link
Setelah genap hampir 100km perjalanan mat Fatariss.
Meter pun sudah 97km.
Maka penunjuk aras minyak tinggal 2 bar dan berwarna kuning.
Morib Beach @2024 |
Sabtu, 27 Januari 2024.
Petang tadi sudah berlarian ke Pantai Morib.
Sampai agak awal.
Dan pulang awal juga.
Kemudian menyesal kerana tidak tunggu sehingga matahari terbenam.
Movie lalat.
A River Runs Through It 1992.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Full moon this morning @2024 |
Modenas Kriss MR3 110cc @2024 |
Khamis, 25 Januari 2024.
Hari Thaipusam dan cuti umum.
Tengahari wak sudah berlarian ke Jalan Genting Klang lagi.
Semalam kerani kedai motor IRA sudah panggil wak.
Kata Mat Fatariss sudah siap dan boleh di ambil.
Mula2 ke loket (kaunter) nombor 1.
Berikan mykad. rm15
Kerani akan berikan dokumen2 motor.
Yakni geran motor, kunci motor, buku manual dan servis.
Batam Center Sunrise @2024 |
Isnin, 22 Januari 2024.
Hari ketiga dan terakhir di Batam.
Semalam (Ahad) kan sudah makan seafood di restoran Citra Utama 188. Link.
Kisah yg lepas pulang dari Batam via Changi Airport ke KLIA 2 - Link.
Pagi tadi hingga ke sore di galangan (shipyard).
Petang jam 5pm sudah berangkat pulang.
Sempat ambil gambar kumpulan di depan kapal yg kami kerjakan.
Jam 6.20pm sudah berlarian ke terminal feri disebelah rumah.
Jam 7.00pm sudah masuk ke balai berlepas.
Ingat mahu solat dulu di bilik musholla.
Tapi wak tengok ramai orang sudah mulai masuk ke dermaga untuk berangkat.
Batik Air from Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024 |
Sabtu, 20 Januari 2024.
Kelmarin mgr AYU sudah kerah wak datang ke Batam lagi.
Datang hari Sabtu.
Dan pulang hari Senin.
Sebenarnya wak cadang datang ke Batam pada hari cuti Thaipusam.
Sebab ada banyak hari boleh berada di Batam.
Tapi mgr AYU kata dia mahu ke Jakarta pula.
KLCC View from Suke Highway after Ampang Toll Plaza @2024 |
Jumaat, 19 Januari 2024.
Pagi2 tadi wak parkir motorsikal di luar bangunan sahaja.
Dan singgah di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Pagi ini, pertama kali disini wak pesan nasi lemak dan lauk rendang daging.
Biasanya wak pesan mee hoon dan lauk sambal sardin.
"Minggu depan cuti nak jalan kemana?"
"Hatyai lagi ke?"
"Dah selalu Hatyai," kata makcik.
KLCC view from Jalan Ampang this morning @2024 |
Khamis malam Jumaat, 18 Januari 2024.
Air untuk berwudhu di lantai bawah masih tiada.
Begitu juga kadang2 jaringan wifi didalam kantor juga tidak dapat dicapai.
Ooh.
Malam tadi wak teringin nak makan ayam goreng kunyit.
Tapi runner kata food truck Mat Rock di Bukit Indah sudah tiada.
Mungkin sudah pulang awal.
Bila dia ke Taman Kosas pun tidak ada juga.
Aiyah.
Movie lalat.
Divorce Italian Style 1961.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Ampang this morning @2024 |
Rabu, 17 Januari 2024.
Pagi tadi sudah antri di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Bila mahu bayar, wak tanyalah kemana cuti lama2 sangat.
Pakcik itu kata Surabaya tapi tidak berapa jelas.
"Haa, sudah bayar?"
Terkejut juga wak.
Sebab kelmarin pernah ada orang tolong bayarkan sarapan disini tanpa pengetahuan wak.
Link: Someone Paid For My Breakfast This Morning.
Lontong Masai, Zarahman @2024 |
Ahad, 14 Januari 2024.
Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.
Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.
Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong.
KLCC this morning @2024 |
Jumaat, 12 Januari 2024.
Ini blog Antara Doha dan Jakarta.
Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.
Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.
KLCC View from Kampong Bharu @2024 |
Selasa, 9 Januari 2024.
Pagi tadi sudah berlarian ke warung Mak Leha Kampong Bharu lagi.
Tengahari juga sudah berlarian ke Ampang Campuran.
Dan kemudian berlarian ke Galaxy Ampang Mall.
Agak kelam kabut juga satu hari ini.
Satu persatu kunci hilang.
Mula2 tiba di lif kantor wak tidak temu gate pass untuk lif dan kantor.
Rupanya ada terselit dalam beg silang.
Kemudian tidak dapat kesan dimana kunci rumah.
Rupanya ada terselit juga dalam beg silang yg sama.
Disebelah petang pula kelam kelibut mencari kunci motorsikal.
Sebenarnya tercicir di pantri.
Gara2 faktor usia.
Makcik Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee @2024 |
Isnin, 8 Januari 2023.
Perkuburan Islam Jalan Ampang @2024 |
Jumaat, 5 Januari 2023.
Kali terakhir wak tiba di perkuburan ini pada tahun 2012.
Petronas Twin Towers view from BSN HQ @2024 |
Khamis malam Jumaat, 4 Januari 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Buying a new umbrella to be used for 5 minutes only KLCC to Bus Stop @2024 |
Selasa, 2 Januari 2023.
Bulan lepas wak ada singgah di warung Mak Leha tanpa gambar. Link
Stadhuys Melaka @2024 |
Isnin, 1 Januari 2024
Selamat Tahun Baharu.
Untuk pembaca blog wak semua2 lah.
Semoga semuanya dipermudahkan urusan.
Dan dimurahkan rezeki.
Amin ya robbal alamein.
Gambar2 dibawah dipilih secara rawak.
Gambar2 setiap bulan.
Dari bulan Januari hingga Disember 2023.
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan 2024.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
MMHE Shipyard @2024 Pasir Gudang Johor Selasa, 3 September 2024. Ikan berenang didalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pul...