Jan 20, 2024

TRAVELLING TO BATAM WITH MULTIPLE ENTRY VISA

Batik Air from Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024


Sabtu, 20 Januari 2024.

Kelmarin mgr AYU sudah kerah wak datang ke Batam lagi. 
Datang hari Sabtu.
Dan pulang hari Senin.

Sebenarnya wak cadang datang ke Batam pada hari cuti Thaipusam.
Sebab ada banyak hari boleh berada di Batam.
Tapi mgr AYU kata dia mahu ke Jakarta pula.


Pagi2 tadi wak berlarian ke Subang Airport.
Ada drama panik pula.

1. Wak silap cakap pada awek Batik Air tujuan untuk liburan. Maka awek minta tiket pulang. Sepatutnya wak guna visa pekerja dengan multiple entri. Aiyah. 

2. Duit Singapore Dollar dan US Dollar hilang dalam beg laptop. Baru kelmarin wak pegang dan rasanya masukkan kembali kedalam poket beg laptop. 

اللهم يارب الضالة وياهاديا من الضلالة رد ضالتي

Doa Arab latin: Allahumma ya robbana dhoollati wa yaa haadiyan minadh dholaalati rudda dhoollatii.

Tiba di Batam jam 12 tengahari.
Kemudian ambil kunci bilik dan masuk kamar.

Petang jam 3 sudah berlarian ke terminal feri sebelah.
Wak beli tiket feri Majestic Fast Ferry untuk hari Senin malam jam 7.20pm ke Harbour Front.
Mahu ke Tanah Mera berdekatan Changi Airport tapi mgr Ayu kata awal sangat. 
Selepas itu wak cuba keluarkan duit Rupiah di mesin ATM dalam terminal.
Tapi ketiga2 mesin tidak membantu.
Kemudian wak ke Mega Mall sebelah.
Wak masuk aplikasi Maybank dan benarkan pengeluaran uang luar negara.
Dan akhirnya berjaya keluarkan uang di mesin ATM CIMB.

Kemudian wak balik ke rumah sebentar, 

Jam 4 sudah berlarian pula ke Mega Mall semula.
Sempat beli topi dalam mall pun ada dilemanya.
Tengok harga di luar kedai pun sudah Rp150rb.
Dalam kedai2 paling murah pun Rp 190rb.
Nasib baik ada kedai DIY di lantai atas.
Terjumpa yg harga Rp53rb. 
Teruslah wak beli.

Di dalam mall tadi.
Wak masuk juga ke kedai Huawei itu.
Tapi tidak kelihatan henfon Huawei dipamer dalam kedai.

"Tak dijual disini wak,"
"Kalo mau beli bisa ke Singapur ato ke Malaisia,"

Kemudian wak nonton wayang (bioskop) cerita Ancika. Rp40rb
Popcorn dengan air pun Rp80rb. 

Pulang ke rumah dan buat kerja potong rumput hingga ke tengah malam. 

Movie lalat.
Ancika: Dia Yang Bersamaku Tahun 1995. 2024

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024
Poor Pinky Van Batam Center @2024
One Residence fountain @2024
Hang Nadim Airport and Mega Mall Batam Center @2024
Mazda MG 5 GT Mega Mall Batam Center @2024
Mega Mall and One Residence @2024
Huawei shoplet Mega Mall Batam Center @2024

9 comments:

  1. Rindu Mega Mall.. Seronok makan di dalam lebih murah dari Terminal hahahah

    ReplyDelete
  2. Duit yg hilang tu jumpa balik ke tak?

    ReplyDelete
  3. Allahu, semoga Allah mudahkan... ameeennnnnn

    ReplyDelete
  4. saya yang membaca pun tumpang penat. oh..batik air ada flight direct ke batam rupanya. tak pernah lagi ke sono

    ReplyDelete
  5. duit tu apa cite wak? ke tersalah letak?

    ReplyDelete
  6. Wak tak capek ke lari ke sana ke sini?

    ReplyDelete
  7. Aisssh kemana lari uang tuh Wak ? Sayang lah bisa hilang.

    Ancika bagus tak Wak? Banyak teman saya yg menonton, tapi saya blm lagi. Kalo film Indonesia saya prefer menunggu masuk Netflix atau prime hahahahah

    ReplyDelete

  8. Waduh, harga topi tu 2-3x ganda..
    Bijak Wak, beli di diy saja 👍

    ReplyDelete
  9. Ramai orang kongsi pasal Batam.. Menarik dan semoga satu hari dapat ke sana juga..

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...