Batam Center Sunrise @2024 |
Isnin, 22 Januari 2024.
Hari ketiga dan terakhir di Batam.
Semalam (Ahad) kan sudah makan seafood di restoran Citra Utama 188. Link.
Kisah yg lepas pulang dari Batam via Changi Airport ke KLIA 2 - Link.
Pagi tadi hingga ke sore di galangan (shipyard).
Petang jam 5pm sudah berangkat pulang.
Sempat ambil gambar kumpulan di depan kapal yg kami kerjakan.
Jam 6.20pm sudah berlarian ke terminal feri disebelah rumah.
Jam 7.00pm sudah masuk ke balai berlepas.
Ingat mahu solat dulu di bilik musholla.
Tapi wak tengok ramai orang sudah mulai masuk ke dermaga untuk berangkat.
Feri berangkat awal 5 minit nampaknya.
Jam 9.20pm waktu tempatan tiba di terminal Harbour Front.
Tidak seperti sebelum ini, malam ini wak mahu cuba naik teksi ke Changi Airport pula.
Hampir jam 10pm di hentian teksi depan restoran McD.
Mula2 wak tunggu teksi biasa.
Ramai juga orang antri (beratur).
Tapi terasa lama pula teksi yg tiba.
Teksi yg sampai semua yg sudah di booking online.
Wak jadi panik.
Wak cuba minta tolong abang ni untuk panggilkan teksi.
Tapi abang (Melayu Singapura) cuba guna Grabcar pada henfonnya.
Wak banyak kali suruh dia panggil guna telefon terus ke syarikat teksi.
Selepas beberapa mencuba, akhirnya ada juga pemandu Grab yg terima.
Kena tunggu di pintu dekat Harry's Hub.
Pemandu cina (Toyota Wish warna merah) terus meluncur laju ke bandara sejauh 38 minit. Phew.
SGD24.70
Tapi sungguh wak tak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Mati2 wak ingat ke Terminal 3, rupa2nya ke Terminal 4.
Yakinnya wak sampai tidak periksa tiket dulu!
Patutlah tidak jumpa kaunter Air Asia untuk wak check in di Terminal 3.
Nasib baik abang di kaunter Asiana beri pentunjuk suruh ke Terminal 4.
Bila wak periksa balik tiket, memang tertulis dgn jelas Terminal 4. Aiyah.
Terpaksa naik bas lagi dari Terminal 3 ke Terminal 4.
Seperti kali terakhir di sini.
Nasib baik jugalah naik Grab sampai awal di bandara tadi.
Ada banyak masa ke Terminal 4.
Bas pengantara pun berangkat awal.
Di Terminal 4 wak periksa masuk guna kiosk sahaja.
Olehkerana tidak ada beg untuk dimasuk ke kargo, jadi urusan menjadi mudah dan pantas.
Cuma agak lama bila nak masuk pada mesin scanner badan itu.
Dan penerbangan Air Asia itu juga ditunda dari jam 11.40 ke 12.10 malam.
Kerana baru sahaja mendarat bila wak sampai di departure hall itu.
Tapi berangkat jam 12.30 juga.
Jam 1.30 tiba di KLIA 2.
Punyalah jauh menapak dari pesawat ke pintu keluar airport.
Mesti korang tahu kann. ;p
Wak booking Grab jam 2 malam. rm47.30
Dan selamat tiba bagai sirih pulang ke gagang -38 minit kemudian.
Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Batam Center Sunrise @2024 View from One Residence |
On the way to Tanjung Uncang Shipyard @2024 |
Bye bye Marlin Natuna at Pax Ocean shipyard Batam @2024 |
Batam Center Sunset @2024 View from One Residence and Harris Hotel |
Batam Center Sunrise @2024 Travelling from Batam Center to Singapore |
Harbour Front Singapore to Changi Airport @2024 |
Changi Airport Terminal 3 @2024 I supposed to depart from Terminal 4 - Damn! |
Cleaner Lady at 2am in the morning @2024 KLIA 2 ehailing Door 5 for Grabcar |
Grabcar going home sweet home @2024 |
fuhhh kiranya daytrip lah yer wak keje ie awal pagi sampai balik rumah jugak...tak bermlm kat area tmpt keje tu
ReplyDeletePenatnya kena menapak.
ReplyDeleteSelamat bertugas
ReplyDeleteKesilapan macam tu memang boleh buat kecut perut! Nak2 kalau suntuk masa!
ReplyDeleteMenapak tu memang terbakar habis kalorie yang baru makan sebelum tu ye haha
ReplyDeletepenatnya baca wak, rono rini huhuhui
ReplyDeleteWak, semoga Allah mudahkan semua urusan.. ameeennnnn
ReplyDeletefuhhhhh ke sana sini Wak. mcm ulang alik Kl-Seremban aje hehehe
ReplyDeleteMencabar betul perjalanan wak. Gelabah kalau tersilap terminal ni. Lagi lagi kalau mengejar waktu. Cam biasa gambar wak memukau.
ReplyDeletesusah juga kalau kurang berhati-hati dan nasiob baik urusan telah dipermudahkan...alhamdulillah
ReplyDeleteMenapak takpe lagi Wak. Saya pernah berlari dalam terminal. Hehe.
ReplyDeletesaya yang membaca pun penat. tidak pernah naik flight ke Singapore, tak sangka ada sampai 4 terminal
ReplyDelete