Jan 13, 2024

KEDAI REPAIR LAPTOP KERANA BATERI KEMBUNG BERDEKATAN KIPMART MASAI

 

Honda Wave Dash 110 @2024
Taman Rinting Masai

Sabtu, 13 Januari 2024.

Semalam kan sudah pulang dari KL dengan anak wedok naik bas.

Pagi2 tadi bersama2 anak wedok.
Mahu baiki laptop yg rosak papan kekunci (keyboard).
Dan bateri laptop yg sudah kembung (bloated, swelling, bulging).


Sebelum itu hantar adindanya ke sekolah menengah dahulu.

Nama kedai Style Vision di Kipmart Masai.

Total baiki laptop pun sudah diketahui. rm600
Cepat betul mamat kedai komputer itu buat kira2.
Akan dibayar bila sudah dibaiki dalam masa 3 atau 4 hari.

Anak wedok kata laptop dibeli pada tahun 2019.
Tapi wak tiada rujukan gambar atau entri dalam blog pula. Huhu.

Petang berlarian ke pekan koboi Masai.
Kemudian ke Taman Rinting.
Tujuan mahu jenguk2 harga motor baharu.
Antara Honda Dash 125 dan Wave 125 dalam dilema Melayu. 

Tapi yg wak pelik.
Harga jualan tunainya agak tinggi. rm6800
Berbanding harga jualan di KL. rm6500 

Kalau harga hutang pula menjadi mahal. rm8000
Dengan deposit tunai didahului. rm2000
Itu belum lagi hutang bank.

Movie lalat.
Napoleon 2023.
Godzilla Minus One 2023 (Cam)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

1 comment:

  1. Galau ya Wak mau beli di KL atau di mana. Memang lah kalo beli kredit dah pasti jatuhnya jadi mahal sangat 😁

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...