Aug 31, 2022

JANGAN PANDANG BULU

Di luar Pejabat Polis Republik Indonesia @2022

 Rabu, 31 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Hari ini hari kemerdekaan Malaysia.
Majulah sukan untuk negara.
Wak tak cuti tapi.

Pagi2 wak sudah berlarian ke pasar kue subuh di Blok M.
Ada pelbagai kue mue, termasuk kek lapis legit namanya.
Beli kue karipap, nagasari dan dadar gulung (ketayap).
Rasa kuih tidaklah sesedap macam di tanahair.
Tapi boleh lah.
Nikmat mana lagi yg anda dustakan?

Tengahari sudah berlarian ke hotel Verandah.
Semata2 nak makan masakan buffet.

Petang berlarian pulang juga.
Tapi tidak keluar jalan2 jauh kemana.
Cuma ke restoran Ragil dibelakang  rumah.
Pesan mie rebus jawa yg  rasa macam mee bandung Malaysia sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Aug 30, 2022

KALI KEDUA KE SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park @2022

 Selasa, 30 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang wak sudah berlarian naik GrabBike ke Senayan Park mall.
Tiga minggu lepas, wak pernah berlarian ke sini juga [+ link]. 

Tapi kali ini boleh naik ke skywalk.
Sebab sudah belanja lebih 50rb di kedai dalam mall.

Ambil gambiran 2 3 keping sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 29, 2022

TOO LATE GOING TO TANAH ABANG

CWS Bus and MRT Station @2022

 Isnin, 29 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang wak sudah berlarian ke Plaza Blok M mall.
Kemudian berlarian ke stasiun bis Asean.
Naik bis nomor 1 (Blok M - Kota).

Turun di stasiun Tosari.
Tukar bis nomor  9A ke Tanah Abang.
Penantian yg agak lama ya amat.
Orangramai pun ramai macam ulataik.

Turun di pasar Tanah Abang.
Tapi rupa2nya pasar  sudah ditutup.
Aduhai.

Panggil Grabcar langsung ke Gedung Sarinah mall.
Teringin mahu makan piza.
Tapi tukar fikiran nak makan nasi padang lah pula.

Terus pulang ke kost naik Grabcar.
Harga tambang 2 kali lipat.

Pesan nasi padang rendang daging.
Punyalah lama penghantaran makanan tiba.
Rupanya restoran jauh nun di Tanjung Priok.
Sampaikan pak rider pun pelik.

Nasib baik sedap.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

Aug 28, 2022

MENUJU KE PUNCAK BOGOR - AMAN TAPI TIDAK MENYAMANKAN

Jalan Tol Jagorawi dari Jakarta ke Bogor hala selatan @2022

 Ahad, 28 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Sebenarnya wak sudah pesan kereta sewa dengan supir dua minggu lepas.
Guna Traveloka apps.
Harus pak supir datang jam 7.00am.
Dan ejen pelancong janji akan dihubungi pak supir 3 jam paling awal sebelum berangkat.
Tapi indah khabar dari rupa.

Jam 6 pagi, ejen pelancong baru panggil wak.
Diberitahu pak supir yg ditempah ada trouble pula.
Mereka pun cari pengganti supir yg baharu.

Tapi pak supir yg baharu bila wak hubungi tiba2 ada masalah mobil dia pula.
Terpaksa cari supir yg berdekatan.

Dapat pak HAMTO.
Hampir  sejam baru tiba pada jam 8.13am.

Terus meluncur ke Bogor melalui lebuhraya.
Tapi singgah dahulu di kedai Indomaret untuk topup kartu biayai tol - 100rb.

Tiba di taman Cimary Dairyland Puncak sudah jam 9.30am.
Beli tiket masuk 85rb per orang.
Tapi pak supir minta duit untuk makan pagi - 50rb.
Sudahlah mencari dia parkir dimana.

Keluar dari dairy farm pun sudah jam 12.03pm.

Nasib baik jalan sehala Bandung ke Bogor baru bermula.
Wak arahkan pak supir terus ke Curug (air terjun) Bidadari.
Jalan ya amat sempit.

Tapi dihujung jalan lagi satu km, tiba2 polisi arahkan patah balik.
Sebab curug ditutup akibat kerosakan alam.

Langsung pak supir bawa ke Kebun Raya.
Cuaca agak mendung.
Macet itu biasa.

Wak masuk juga ke kebun - 25rb per orang.
Sombong sebab pak supir sudah sediakan payung sebelum hujan.
Tapi tidak lama.
Hanya mencari musholla untuk solat zohor.

Kemudian keluar  dan arahkan pak supir langsung pulang ke kost.
Perjalananan 2 jam di tengah Jalan Tol (lebuhraya) Jagorawi - 7rb + 10.5rb.

Tiba di kost ngam2 jam 5.35pm untuk solat asar.

Ulasan lalat. Mobil sepatutnya (Calya) buat pembatalan disaat akhir tanpa panggilan. Pihak agen juga tidak beritahu wak. Penggantian mobil yg ketiga (Agya) tiba sejam kemudian. Wak dipaksa beli topup utk kartu Mandiri sebanyak 100rb untuk tol, tapi tol kan hanya sekitar 30rb? Bila  ditanya, supir pun ga pernah ke Bogor! Wak dihantar ke Cimory Dairyland. Tapi sebelum itu wak dipaksa pa supir untuk uang cash untuk beliau makan pagi! Selesai disitu, wak diberitahu jalan utama hanya jadi sehala sampai jam 6 malam! Sepatutnya pa supir harus beritahu wak dahulu. Nasib baik tujuan selanjutnya mengikut arus jalan sehala. Wak dibawa ke Curug Bidadari melalui jalan kampungan yg sempit. Sampai dihujung curug  pula ditutup! Kemudian ke Kebun Raya. Cara pa supir mengemudi mobil juga agak menjengkelkan - dengan selalu membunyikan klakson disepanjang jalan. Beliau juga menguatkan suara radio dlm mobil tanpa prihatin pada penumpang - walaupun wak sudah beritahu banyak kali! Ini saja pengalaman wak - aman tapi tidak menyamankan!

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Aug 27, 2022

SATU SORE DI JEMBATAN JPO KARET SUDIRMAN

Bundaran HI Jakarta @2022

 Sabtu, 27 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang  tadi wak sudah berlarian naik Grabcar ke Grand Indonesia mall.
Pencarian kedai kek lapis Dynamic berjaya ditemui di lantai 3.

Kemudian berlarian ke Bundaran HI.
Hujan pun turun dan berlarian turun ke stasiun MRT untuk ke Setiabudi Astra.

Kemudian berlarian ke Jembatan JPO Karet Sudirman.
Ini kali kedua wak panjat jembatan ini. [+ Pertama kali 11/8]

Kemudian berlarian menaiki bas no. 1 jalur Blok M.
Rasa rugi pula beli tiket kad MRT tadi.
Turun di Gelora Bung Karno.

Berlarian lagi ke Pacific Place mall.
Singgah ke Hard Rock Cafe Jakarta.

Penat berlarian, pesan Grabcar di East Lobby.
Dekat dengan kelab Hard Rock Cafe itu.
Tapi setelah 4 kali terpaksa membatalkan pesanan Grabcar.
Kerana pak supir tidak berkeinginan untuk batal pesanan.
Dan akhirnya dapat pak supir yg membebel sebab banyak jalan ditutup.

Blog bukanlah hakmilik  kekal.

MENGENAL LEBIH MENDALAM MENGENAI SISTEM INTERGRASI TRANSPORTASI INDONESIA

Gerbang Tol Kapuk @2022

Sabtu, 27 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 wak sudah berlarian ke bandara Soekarno-Hatta.
Mula2 pesan GrabBike ke BNI City.
Kemudian naik keretapi langsung ke bandara.

Pulang dari bandara ingatkan mahu naik keretapi juga.
Disebabkan ada tambang diskaun murah pada jam 11.48am.

Tapi bila wak periksa Grabcar.
Tidaklah semahal mana.
Walaupun sudah termasuk tarif tol dan parkir tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 26, 2022

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT BERKENAAN NIKMAT BERSYUKUR

Masjid al Manar @2022

Jumaat, 26 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi tadi berjalan kaki ke kantor potong rumput.
Beli singkong (ubi) dan keledek gorengan di tefian longkang sahaja.
Maka tidak singgah ke kantin PLN itu.

Tengahari sudah berjalan kaki kantin PLN itu.
Pesan nasi ayam penyet.
Dan langsung solat fardhu jumaat di masjid disitu juga.

Sore tadi, sudah bawa rakan2 yg baru sampai dari Malaysia.
Ke restoran Ragil dibelakang kost wak tinggal.
Mereka kan tinggal di kost satu lagi yg agak jauh.
Wak pesan Grabcar.

Di restoran Ragil, wak pesan mee goreng Ragil sahaja.

Kemudian kami berjalan kaki ke kost wak tinggal.
Kemudiain mereka memesan Grabcar untuk pulang ke kost mereka pula.

Ooh.
Cerita pasal kad Bigpay yg wak pesan bulan lepas di tanahair.
Kelmarin rakan wak baru sahaja berikan.
Dan petang tadi semasa di Ragil, wak sudah buat nombor pin yg baharu.
Tapi bila difikir2 sebenarnya.
Kalau tidak buat kad Bigpay pun tidak mengapa.
Ini adalah kerana kad kredit bank wak yg lama pun boleh diguna.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 25, 2022

MENCARI REZEKI YANG HALAL

Stasiun MRT Asean CWS Jakarta @2022

Khamis, 25 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi berjalan kaki seperti biasa ke kantor potong rumput.

Tengahari ada jamuan di lantai 8.
Sate kambing, sup tulang dan nasi putih sahaja.

Petang tadi ada kerjaan di kantor hingga ke senja.
Pertama kali solat maghrib di surau dibawah.

Pulang ke kost berjalan  kaki juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS MY FIRST POST AFTER DISASTER

Assalamualaikum.
Olehkerana masalah teknikal.
Wak sambung blog disini.

25 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

DONT BE LIKE THE REST OF THEM DARLING

Arts display on the wall @2022

 Rabu, 24 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 wak berjalan kaki sahaja ke kantor.
Alone matcham biasa.

Singgah bersarapan tauhu sumbat gorengan di kantin PLN itu.

Tengahari keluar makan siang dengan rakan2 yg baru tiba dari KL.
Kami pesan nasi ayam penyet sahaja.
Dan es teh manis.

Petang usai kerja potong rumput.
Mula2 mahu sertai rakan2 wak beli simcard baharu.
Tapi ada kawan2 yg bawa mereka ke Gandaria Mall.
Disitu terletak pusat telco myXL.

Dan wak naik GrabBike kemudian.

Dua orang rakan2 mahu potong talian telco sebab mahu pulang ke gagang.
Tiga orang rakan2 yg baharu sampai semalam mahu beli simcard yg baharu.
Kontrak 2 bulan 12GB sebanyak rm43 sahaja.

Wak pun tukar simcard yg wak beli di Batam.
Dari ha-pe lama ke ha-pe baharu.
Gigih juga cewek Indonn melayan.

Cewek ludah sana ludah sini.
Setengah jam siap.
"Gratis wak, " kata awek itu dengan mesra.
Wak senyum sahaja padanya.
Dan dia pun membalas senyuman wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 24, 2022

BLOGGER DOWN? CURRENT STATUS AND PROBLEM

 Rabu, 24 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Entah siapa yg salah?
Aku tak tahu.

Sejak dari semalam blog wak yg ini mengalami masalah pula.

Harap bersabar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 23, 2022

NASI LEMAK ORIGINAL DI JAKARTA

Nasi Lemak at Papparich, Lippo Mall Kemang @2022

 Selasa, 23 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Wak kalau sudah punya tujuan suka terjah2 sahaja.
Begitulah pagi2 tadi sudah keluar mahu ke bandaraya.
Alone matcham biasa.

Diluar kost kebetulan ketemu bro aNAS yg mahu ke kantor.
Wak kata mahu cari gerai roti canai.
Tiba2 bro aNAS beritahu.
Mereka selalu pergi ke Lippo Mall Kemang.
Disitu ada restoran Malaysia bernama Pappa Rich.
Menjual pelbagai makanan Malaysia, rasa pun asli seperti di tanahair.
"Kalau dikedai lain, rasa nasi lemak dorg sama mcm nasi uduk," terangnya lagi.

Apalagi, sepantas kilat wak pun panggi GrabBike.

Walaupun mall belum dibuka, tapi restoran itu sudah dibuka.
Ramai juga orangramai disitu.

Wak pesan nasi lemak + ayam kari + sambal udang.
Dan telor setengah masak - 2 biji.
Dan nak cuba sekeping roti canai juga.

Layanan yg agak cepat.
Harga keganasan hari ini ialah 142rb, yakni rm43 sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.