Pagi2 tadi wak sudah bercadang untuk ke Zoo Ragunan. Naik GrabBike ke Blok M Plaza. Makan nasi goreng seafood di restoran Ta Wan (48k, rm14.40).
Naik MRT dari Blok M langsung ke stesen MRT Fatmawati (7k, rm2). Pesan GrabBike ke kebun binatang, aka zoo (20k, rm6).
Wak ada baca, tiket masuk hanyalah 4k (rm1.20) sahaja. Tapi bila tiba di kaunter, disuruhnya beli kad Jaklingko 35k, (rm10.47). Kad Jaklingko ini untuk naik bas, ala macam RapidKL itu. RapidKL pun wak tak pernah naik.
Tak lama wak didalam kebun binatang dengan ramainya orangramai berlibur. Sempat berehat di warung dan pesan air kelapa (20k, rm6).
Wak pesan GrabBike dari kebun binatang pada jam 1.15pm (16k, rm4.78). Solat di musholla dalam stesen MRT Fatmawati.
Bersambung ...
Restoran Ta Wan, Blok M Plaza @2022
Jakarta Selatan skyline from Fatmawati MRT station @2022
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.