Aug 19, 2022

MAKAN SIANG DEPAN BLOK M PLAZA

Lunch out @2022

Khamis, 18 Agustus 2022.
Jakarta Selatan,  Pulau Jawa, Indonesia.

Tengahari sudah sertai rakan2 berlarian ke Blok M Plaza mall.
Ingatkan mereka mahu masuk kedalam.
Tapi makan warung di luar mall sahaja..


Wak pesan nasi ayam penyet.
Tambah tempe dan tauhu goreng.
Dan teh panas tawar (total 26rb, rm7.83).

Petang tiba2 wak mahu jalan2 dan tonton wayang gambar.
Wak berlarian ke stasiun MRT Asean.
Wak turun di stasiun paling hujung bernama Lebak Bulus Grab.

Wak pesan GrabBike menuju Mal Cinere.
Boleh pula ada dua mall berdekatan.
Satu lagi bernama Cinere Bellevue mall.

Solat maghrib dan Isyak dalam Mal Cinere.

Bila tengok senarai wayang gambar malam ini.
Tiada yg menimbulkan minat.
Pengabdi Setan 2 Communion & 12 Cerita Glen Anggara.

Jadi wak pun pindah ke Cinere Bellevue Mall.
Wak pun tonton wayang Fall 2022 jam 8.50pm.

Habis wayang pun sudah 11.00pm.
Mahu keluar dari mall pun agak mencabar.
Rupanya pintu utama pun memang terbuka luas dalam kegelapan malam.

Mula2 wak pesan Grabcar.
Kedua2 Grabcar jauh dan tidak kesampaian.
Wak batalkan pesanan.

Kemudian wak pesan GrabBike pula.
Secepat kilat diterima.
Tapi pak supir agak lambat pemanduan motornya.
Aduhai, memang menguji kesabaran.
"Takut risiko ditabrak lah wak," kata pak supir bila tiba di kost.

Bila tiba di kost, pintu depan sudah di kunci.
Tidak boleh dibuka pula kerana guna cap jari.
Mula2 wak telefon bro kuJAI - dia pun tidak boleh buat apa2.
Diberinya nombor kak MILa - tapi dia berada di luar kawasan.
Wak ketuk2 juga pintu utama dan pintu sisi.
Tiba2 ada bapak pembantu ini keluar.
Kecoh juga dibuatnya.
Akhirnya dia masuk ikut bilik kak MILa di belakang sono.
Dan berjaya membuka pintu depan dari dalam rumah.

Ooh.
Malam ini malam jumaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...