Aug 12, 2022

SINGKONG GORENG

Singkong goreng @2022
Jumaat,  12 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi terjaga awal pula jam 3.33am.
Usai buat ibadat sedikit, terkebil2 sehingga ke subuh.

Pergi kerja lambat sedikit pagi tadi.
Singgah beli 4 ketul singkong (ubi) goreng dan 4 ketul keledek goreng.
5rb 4 ketul, jd kesemuanya 10rb (rm3) sahaja.

Tengahari bersolat jumat di masjid PLN.
Dan makan nasi ayam penyet (23rb, rm7) sebelum solat.
Tapi hari ini diwajibkan pakai masker pula.
Wak pun beli di kedai koperasi (10rb, rm3) utk 5 lai.
Padahal, mereka sudah sediakan masker dipintu masjid.

Ooh.
Pasal khutbah solat jumat tadi.
Khatib tidak guna teks.
Tapi suara yg lantang - mmg tak bagi chance wak nk terlelap.
Bahawa kita hidup gara2 dunia yg memporak perandakan kehidupan sendiri.
Kisah nabi Adam yg memakan buah khuldi dan dibuang ke dunia.
Dan pak khatib membiaskan tentang kisah tembak menembak yg sedang viral skrg ni pun pasal dunia.
Pak khatib tidak sebutkan pula nabi Adam dan kisah tembak menembak itu gara2 perempuan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...