Aug 10, 2022

HOW DO I WITHDRAW MONEY IN JAKARTA

 

Whose socks are these? @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi di bilik kost wak pun aktifkan pengeluaran wang luar negara dalam portal bank.
Wak permulakan sehingga hujung bulan Agustus ini.

Dari kost, wak pesan GrabBike ke Blok M Plaza mall (10k, rm3).
Tiba di mall pun kedai masih tutup.
Nasib baik jugalah pintu2 utama mall boleh dibuka.

Oleh kerana wak pernah keluarkan wang di ATM sebelum ini.
Wak pun terus ke lantai 3 terletaknya pusat mesin2 ATM,  termasuk CIMB bank.
Terpaksalah wak panjat eskalator itu disebabkan lift masih belum berfungsi.
Kelmarin ada rakan beritahu bahawa mesin ATM Maybank juga ada di dalam mall.
Tapi wak masih tidak ketemukan.

Cara pengeluarannya juga agak mencabar.

  1. Masuk kartu ATM.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Pilih bahasa.
  4. Pilih jumlah pengeluaran.
  5. Ambil uang duluan.
  6. Ambil kartu - jangan sampai tertinggal kerana disini ambil uang dahulu baharulah ambil  kartu. Kalau tidak, maka akan banyak pula urusan pengembaliannya. Sudahlah disini merantau di negeri orang kann. Huhuhu.

Tapi kemudian bila wak keluar dari bangunan mall.
Tiba2 terpandang ada banyak mesin ATM termasuk CIMB di tepian jalan.
Yo wes lah.

Nota pertukaran wang (untuk rujukan masa depan).
3,000,000 rupiah =  rm939 + rm12 (rate, 3337).
Padahal, rate semasa ialah 3,195.

Cerita lain.
Ooh.
Semalam bila  wak terima bungkusan pakaian cucian laundry.
Didapati ada sepasang setokin yg tidak dikenali.
Wak sudah war2kan pagi tadi dalam kumpulan whatsapp.
Dan tiada siapa yg mengaku lagi.

Cerita lain lagi.
Sudah beberapa pekan wak tidak boleh memasuki akaun bank credit card itu.
Terasa panik juga, ghisau ghisau.
Kejadian sama berlaku seperti di Doha, Qatar.
Mahu telefon ke pusat servis pelanggan pun tiada talian tetap.
Jadi tadi wak hantar emel sahaja.
Dan tidak lama kemudian telefonis ada panggil wak.
Dia kata akaun bank wak kena bekukan sementara sahaja.
Disebabkan sistem ada mengesan aktiviti pelik di luar negara.
Gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...