Dec 4, 2022

I JUTA UNTUK SEKALI MAIN DI ALUN-ALUN BOGOR

Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022

 Ahad, 4 Disember 2022.

Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran.
Dan ini entri tertunggak.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kota Bogor.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke kota Bogor. Link
Dari kost 5.19am, wak pesan Grabbike ke stasiun Cawang - 27,5rb.

Minggu lepas wak sudah berlarian ke kota Rangkasbitung. Link.
Naik KAI (kereta api Indonesia).
Harga tiket pun murah sahaja.
Jadi hari ini wak guna rangkaian keretapi KAI juga untuk ke Bogor.
Mula2 wak cadang mahu naik bis nomor 1 dari Blok M ke halte Tosari.
Selepas itu naik bis lain ke halte Manggarai.
Tapi bila wak tengok dan periksa dalam Google maps.
Baik wak langsung terus sahaja ke stasiun Cawang.

5.30am tiba di stasiun Cawang.
Tambah nilai kartu KAI (Kereta Api Indonesia) - 50rb.

Perjalanan dari Cawang ke Bogor selama sejam.
6.38am tiba di stasiun Bogor.
Istirehat di alun-alun (taman) Kota Bogor.

9.55am mencari Maybank.
Maybank di depan alun-alun itu sudah ditutup.

9.59am naik angkotan ke Surya Kencana.
10.17am tiba di Maybank Surya Kencana.
Keluarkan uang Indonesia.
Nota lalat. 3juta rupiah = rm897.
Yakni, 1juta rupiah = rm299, bermaksud duit ringgit naik sikit seciput nilainya. Tapi takde maknanye kalo masih ketinggalan jauh dengan duit Singapore Dollar. Huhu.
Perbandingan, kali terakhir wak keluarkan uang pd 14/11/22 yg bernilai 1juta rupiah = rm311. Link.

10.28am pesan Grabcar ke Devoyage - 37rb.
Pak supir bawa jalan tikus.
Melalui perkampungan dan pemandangan Gunung Salak dari kejauhan.

Nota lalat. Gunung Salak berusia relatif tua sehingga memiliki beberapa puncak. Geoposisi puncak tertinggi gunung ini ialah 6°43' LS dan 106°44' BT dan dinamakan Puncak Salak I dengan ketinggian puncak 2.211 m dari permukaan laut (dpl.).

10.58am masuk ke taman tema Devoyage - 40rb.
Kawasan tema permainan yg kecil sahaja.

11.22am naik angkotan ke stasiun Bogor - dipatok 30rb.
11.45am tiba di KFC depan stasiun Bogor.
Cuba mencari tempat makan - nasi ayam penyet ke apa tapi tidak ketemu.

Makan di dalam restoran KFC sahaja.

12.39pm sudah masuk kedalam terminal stasiun Bogor.
Ketika itu ada dua keretapi mahu berangkat ke Manggarai (nama stasiun keretapi di Jakarta).
Satpam disitu suruh naik keretapi yg mahu berangkat segera tapi penuh.

Wak keluar gerabak dan masuk gerabak yg lambat sikit bertolak.
Yg penting dapat tempat duduk.
Sejam berdiri itu amat memenatkan ya.
Wak tahulah sebab itulah yg wak alami pagi tadi. Huhu.
Dan harap2 tiada lah nenek tua yg mengendong bayi nanti di depan wak duduk. 

1.48pm tiba di stasiun Manggarai.
Terpaksa tukar platform untuk naik keretapi ke Tanah Abang.

2.15pm keretapi tiba dan naik.
2.32pm tiba di stasiun Tanah Abang.
Solat dan guna toilet disitu.

Tiba distasiun Tanah Abang agak mengelirukan.
Walaupun wak pernah guna terminal sebelum ini.
Terpaksa berjalan kaki diluar bersama mobil dan kendaraan lain yg macet.
Padahal ada tempat jalan kaki berbumbung yg disediakan.
Untuk ke halte bis Tanah Abang 2.

2.42pm sudah naik bis nomor 1N Transjakarta ke Blok M.

Nota gempabumi.
Semalam sore ada diberitakan gempabumi melanda Garut (Jawa Barat) berskala 6.4 richter. Tapi wak tak terasa sebab semalam masa itu (4.49pm) wak berjalan ke Bundaran HI naik bis.

Malam pula wak terasa lapar. Berjalan kaki sahaja ke Blok M Square. Mencari gerai nasi goreng telur dadar. Sama seperti semalam, wak dapt nasi goreng kicap pula. Tiba2 ada mamat hensem ini duduk depan wak. Makanan yg dia pesan nampak seperti hidangan nasi ayam penyet. Wak beranikan tanya nama nasi dengan ayam goreng itu. Rupanya pecel ayam. Biasanya pecel lele (ikan keli kann). Mungkin lain kali wak akan pesan yg sama juga. Nak pesan nasi paprik tak pernah nampak pun disini. 😅 😅 

Masa mahu keluar makan ke Blok M Square tadi. Wak terdengar suara penceramah dari corong speaker berdekatan. Tidak sangka pula dari lantai 7 Blok M Square itu. Lepas makan tadi, wak terus naik ke lantai 7 untuk solat Isyak berjemaah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

From Jakarta to Bogor by train @2023


Patung Dirgantara (Pancoran) @2022
On the way to Bogor from Cawang Jakarta @2022
Stasiun Bogor @2022
Gunung Salak, Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
Taman Devoyage Bogor @2022
She's looking at me at KFC Kota Bogor @2022
Alun-alun Kota Bogor @2022
Stasiun Tanah Abang @2022
Masjid Nurul Iman Blok M Square (Lantai 7) @2022

32 comments:

  1. wah jutawan tu wak sekali tukar duit. Jutawan wak lat. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Taman devoyage tu macam dah sampai paris je. Cantik warna-warni replikanya. Macam dinding sekeping je wak. Sampan warna warni cantik

    ReplyDelete
  3. Lama-lama seluruh indonesia dah sampai jejak kaki wak. Caya lah

    ReplyDelete
  4. harap ringgit Malaysia makin naik dan naik..

    ReplyDelete
  5. Cantik la tempat ni Wak...next time share banyak lagi part...nak gambar lagi...

    ReplyDelete
  6. Wak lari sana lari sini, berapa kilo kalori dah terbakar ?

    ReplyDelete
  7. sekejap saja wak di taman Devoyage, about 20min je...menarik utk berfoto-fotoan....

    ReplyDelete
  8. Puncak Bogor bukan ada kebun binatang ke wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je Bogor Mini Zoo, tp bukan itu tujuan wak dtg kali ini.. nasi lemak telur bungkus bunian pun xde kt sini., huhu

      Delete
  9. Seronok dapat jalan-jalan tempat orang kan Wak

    ReplyDelete
  10. Baru nak cakap RM dah naik sikit..Semoga RM terus kukuh dan stabil..
    Oh,baru tau Magarai tu nama lain untuk Jakarta🙈
    Sedap tu pecel ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh bukanlah, Manggarai tu nama tempat dalm kota Jakarta yg ada stasiun keretapi.. 😅

      Delete
  11. Alamak,saya yang salah faham..🤭TQ pencerahan

    ReplyDelete
  12. Cantik alun-alunnya Wak. Nampaknya dijaga dgn baik 👍

    ReplyDelete
  13. Rasa2nya Wak lebih tahu rute kemana2 drpd saya lah 🤣. Saya belum pernah ke Bogor naik public transport. Selalunya mobil pribadi. Suami pernah ajak sekali sekali naik kerata api Kalo nak ke Bogor, tapi belum saya iyakan 😅

    ReplyDelete
  14. cantik semua gambiran yang wak ambil, Indonesia ni luas sangat sampaikan macam tiap minggu keliling tempat wak pergi jelajah dahla perjalanan nya semua bukan kaleng-kaleng jauhnya

    ReplyDelete
  15. Macam mana boleh ambil gambar tengah2 rel tu, wak turun ke tengah tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh, tu sbnrnye laluan org awam utk ke pintu keluar/masuk satu lagi.. ada pakguard (satpam) jaga kat situ utk keselamatan.. sbnrnya juga sistem public transport kat jakarta ni mmg tiptop world class, better than tmpt kita KL tuuh., huhuhu

      Delete
  16. Kalau di Malaysia, biasa jumpa di warung atau restoran yg menjual ayam penyet, ada pecel lele. Adakah di sana ayam penyet dipanggil ayam lele, wak? Tapi, ayam penyet juga nama dari sana kan.

    ReplyDelete
  17. Menarik jugak ye Bogor. Ada mini cities lagi kat taman devoyage tu.

    ReplyDelete
  18. cantik juga kota Bogor ini..harap suatu hari nanti ada kesempatan untuk ke sana

    ReplyDelete
  19. Wak gak mampir ke kebun raya Bogor kah?..Wak penyuka ayam penyet ya😁

    ReplyDelete
  20. Teringat ms berpergian di jakarta dulu-dulu, bila withdraw duit seronok je tgkbdlm acc ada balance duit juta-jutaan... hahahaha

    ReplyDelete
  21. Terer dah Wak, jalan-jalan di negara orang, guna public transport. Gitu rupanya pekerja kfc sana. :)

    ReplyDelete
  22. Salut sama Wak Lat. Aku saja di Indnesia belum pernah menjelajah Bogor, Jakarta dan kota2 lain sejauh itu. Sayang Wak gak sampai ke Jambi. Selamat malam, Wak. Salam sehat selalu.

    ReplyDelete
  23. Tahniah Wak!
    Lututnya masih kuat, langkahnya masih gagah.

    ReplyDelete
  24. ramainye orang kat sini wuhuhu

    ReplyDelete
  25. cantik juga kota bogor ni ye...
    terasa ngeri pulak tengok Patung Dirgantara tu

    ReplyDelete
  26. Ikut tengok gambar saja pun terasa letih ni wak, jauh berjalan.
    Gitu rupanya uniform KFC sana ya.

    ReplyDelete
  27. Keren Wak ini banyak kota-kota di Indonesia yang sudah dijelajahi.
    Kapan-kapan Wak ke Bogor lagi naiklah kereta ke Sukabumi. Bogor - Sukabumi 2 jam berkereta.
    Di Sukabumi, mampirlah di rumah saya.

    Salam,

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...