Dec 23, 2022

PUNCA PENDAPATAN MAJLIS TEMPATAN DARI SAMAN PARKIR

He wanted to have KFC instead @2022

 Jumaat, 23 Disember 2022.

Pagi tadi berlarian ke kantor di Cyberjaya.
Sarapan campuran mee goreng, mee hoon dan char kuey teow.

Tengahari sudah berlarian ke restoran Zam Ikan Bakar berdekatan.

Dan kemudian berlarian ke Seks 18 untuk bersolat jum'at berjemaah.

Nasib malang bila dipatok saman parkir (rm10).
Walaupun cuma lepak seketika.
Parkir di kedai mamak berdekatan.
Bayar saman segera guna jompay (Maybank2u).
Tidak perlu guna apps FlexiParking walaupun sudah dimuat-turun.

Ooh cerita lalat lain.
Petang sudah berada di bandar baru ampang.
Beri sedikit sedekah pada mamat selekeh (diatas).

"Nah mat amek nih,"
"Nak KFC wak,"
"Tak sempat mat,"

Sebab itu selalu nampak dia lepak depan pintu KFC.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ (Surah ar-Rahman ayat 13)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. oo..udah di malaya...sian dia, teringin kfc..

    ReplyDelete
  2. Cepatnya wak berlarian hingga ke Cyberjaya. Dah habis potong rumput di Jakarta?

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali ke Malaysia Wak...mesti rumput di sini sudah panjang dan perlu dipotong pulak hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah..wak udah sampe Malaya kok..
    Demand jugak mamat tu ye wak..🤭
    Saya yang bekerja pun berkira-kira nak makan KFC..dia boleh request ja..🤭

    ReplyDelete
  5. Wak lagi balik Malaysia Yaa. Senangnyaaa 😊..

    Saman parkirnya 10rm , tapi gampang nak bayar ya Wak..semoga lah Indonesia nak bayar Saman nih jadi lebih mudah dari sekarang. Tak payah ikut sidang .

    Kasian kat Mamat tuh. Semoga nanti dari uang yg Wak kasih bisa beli KFC dia 😊

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...