Aug 25, 2019

i-CITY



[+ insert i-City, Shah Alam @2019]

Sudah lama rasanya penulis tidak masuk dan main putaran ferris wheel.
Sebenarnya penulis sedang demam selesema.
Pening kepala, atas dan bawah. Huhuhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Aug 16, 2019

BOAT NOODLE



Kelmarin penulis pernah ternampak restoran Boat Noodle di Midvalley South City JB.
Penulis tidak masuk tapi.

Semalam penulis sudah singgah juga restoran siam ini di Leisure Mall Cheras.
Ingatkan ada nasi paprik campur.
Yg ada nasi ayam goreng Kra Pow Chicken rice.
Sedap juga.
[+ Boat Noodle facebook ]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 13, 2019

YOU ARE STILL BEAUTIFUL

After the new facelift, Samsung Galaxy S7 Edge @2019.

Telefon pintar isteri penulis kan sudah retak seribu skrin mukanya.

Kelmarin penulis sudah bertanya di kedai Lowyat.
"Tujuh hatus hinggit," kata Bangla disitu, "belum masuk upah."
Semalam, semasa penulis merajinkan diri berlari-larian di Facebook group Samsung Galaxy S7 Edge LCD retak.
Ada diberitahu tentang mamat seorang ini boleh baiki dan menjadikan skrin barai itu cantik jelita semula.
"Ikut bajet wak," kata KHOR (bukan nama sebenar), "biasa harga kasih sayang saya ialah empat hatus hinggit."
Penulis setujulah sebab separuh dari harga di Lowyat.

Dipendek cerita, KHOR sudah datang ke padang tempat penulis memotong rumput ini.
Dihari Isnin cuti ganti raya korban.
Dia janji setengah jam boleh siap. Iyalah tuh.
Gitu gini, ludah sana ludah sini.
Dan secawan besar Cappucino penulis belanja.
Sejam setengah jugak kami lepak di Starbucks.

Updated. this smartphone is not good after all. Mistakenly drop and the screen will crack easily.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A thousand island before the new screen replacement @2019

The blacksmith @2019

Aug 8, 2019

WHEN YOU THINK THAT YOU ARE THE MOST BEAUTIFUL GIRL IN THE WORLD



[+ insert nice morning clouds ]

"Mirror mirror in the wall,
who is the most beautiful girl
in the world?"

Cerita pasal Lin Klate (bukan nama sebenar).
Lin Klate bertugas separa masa.

Bila Lin Klate tiba di padang petang tadi.
Ada jurutera Has (bukan nama sebenar juga) beritahu.
Ada gadis pekerja baru bertugas juga yg seiras Lin Klate.

Has: Sebijik macam muka u.
Lin: Tapi sy lagi lawo.

Suasana hening untuk beberapa detik...

Has: Tapi masih tak lawan awek comel lote di padang sebelah.

Suasana hening lagi untuk beberapa detik...

Lin: meh haku nak tenok skunk!
Sambil Lin bergegas untuk gerak ke padang sebelah.

Has: Tapi awek tu dah balik lah! Kan dh kol 5 .. Hehehe ...

Komen lalat. Kalau setakat payudara saja besar tak lah lawa kemana. Kahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 3, 2019

PISANG LEMAK MANIS



Assalamualaikum kewan-kawan penulis semua-semua lah.

Sudah lama penulis tidak kemaskini blog penulis yg biasa-biasa ini.
Kesibukan ditempat bertugas memotong rumput inipun pada tahap biasa.

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR
Dua minggu lepas, abang ipar penulis ada memohon untuk menjualkan buah cempedak di kebun kampung penulis yg sekangkang monyet itu.
Tahun lepas dapatlah berjuta-juta lemon hasil jualan yg dibahagi dua.
Tahun ini ada 2 pokok cempedak sudah berbuah.
Pagi tadi abang ipar penulis menelefon dan memberitahu bahawa buah-buah cempedak yg hendak dituainya sudah dikebas orang.
Sudahlah, penulis akur, bukan rezeki kami.

URUSAN JUAL BELI RUMAH SELESAI
Setelah hampir 3 tahun, akhirnya urusan jual beli rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu selesai.
Selepas mengharungi segala halangan rintangan politik di zaman BN dan PH yg penuh tipu muslihat.
Alhamdulillah.

Oh, nama pisang diatas itu ialah pisang lemak manis atau pisang monyet, kata rakan sekerja, Sarip Dol.
Kemaskini. Tapi, kata rakan blogger Warisan Petani pula, nama pisang itu ialah pisang 40 hari. Ghitewwww.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...