Nov 30, 2020

LONTONG MASAI


Selamat pagi kawan2 penulis semua2 lah.

Movie lalat. Lie On Me 2005 (18SX).
2. Hail Caesar 2016.
3. Embrace of the Serpent 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 29, 2020

TERIMAKASIH BLOGGER DANA


Alhamdulillah.
Surat dari rakan blogger norhidana sudah tiba.

Dapat seutas tasbih hitam.
Dan dua utas penyambung pelitup muka wanita.
Dan sekeping nota dalam kertas tertulis: "Salam ukhwahi. TQ selalu ke blog saya."

Penulis ucapkan terimakasih kepada kak Dana.
Semoga dimurahkan rezeki senantiasa.

Movie lalat. Tenet 2020.
2. The Eight Hundred 2020.
3. Hang Em High 1968.
4. Mosul 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 28, 2020

RESCUE


Cuma penulis tertarik dengan gambar pelekat di lori ditepian longkang.
Berdekatan hospital.

Movie lalat. The Firm 1993.
2. Ronal Barbaren 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 27, 2020

DARK AND GLOOMY TOWERS


Sebenarnya penulis hendak menangkap gambiran sunset di tasik Ampang Hilir.
Tapi pintu pagar tasik ditutup pula.
Yo wes.

Jadi penulis berlarian sahaja di tepi menara Petronas KLCC.
Usai solat maghrib di surau Shell Damai.
Penulis pun berlarian menaiki lif hingga ke lantai paling atas flat Berembang pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 26, 2020

REGRET NOT TAKING PHOTO OF THE MONORAIL

Please hover your mouse to see the crossing cable.


Sebenarnya penulis agak menyesal tidak menangkap gambar monorel yg sedang melintas.
Selepas gambar diatas diambil.
Sebab ketika itu lampu trafik simpang pun sudah bertukar warna hijau.
Yo wes.

Nota lalat. Kalau pembaca perhati gambar diatas, penulis berjaya menghilangkan gambar seurat kabel elektrik yg sedang melintang. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I stopped by at the office to clean up my desk. Sayonara KL! Mata ne. さようなら。またね。

Nov 25, 2020

MEE KOLOK


Tengahari tadi penulis teringin mahu jamah nasi ambeng.
Tapi mungkin 2pm agak lewat, kesemua warung nasi ambeng tepi longkang sudah ditutup.

Nasi Ambeng The River - kemas2 baru nak tutup.
Nasi Ambeng Ibunde - buka sblh petang kot.
Gerai Alibaba Nasi Ambeng Karen - kedai tutup.
Selera Nasi Ambeng - kemas2 baru nak tutup.

Yo wes.

Jadi penulis cubalah mee kolok pula.
Restoran Dayang Sarawak Corner Putrajaya sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 24, 2020

MURUNG


Assalamualaikum.

Tiba2 hari ini sahaja penulis terbaca ada dua blogger kawan2 yg sedang kemurungan.
Putus cinta agaknya.
Tapi apakan daya, penulis nak tolong tangan tak sampai.

[mu.rung] | موروڠ Definisi : sedih, masyghul, pilu: sifat riang dapat berubah jadi ~ dgn tiba-tiba; bermurung berasa murung, berdukacita, ber­sedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari; kemurungan 1. perihal murung, kemu­raman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sinonim: masyghul [masy.ghul] | مشغول

Jom makan biskut dulu.

 

HILLTOP AT EVENING

Petang penulis sudah berlarian ke LCCT.
Tapi tiada satu pun kelihatan kapalterbang yg terbang.

Kemudian berlarian ke puncak bukit.
Hujan gerimis pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Later at the evening.
Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang.

Nov 23, 2020

MOVIE REVIEW: THE POOL AND SWADES


Ini entri istimewa untuk cikSal yg kecil molek itu.
Pasal kelmarin cikSal sudah bertanya tentang movies yg penulis tonton.

Penulis memang minat nonton movie dari dulu lagi, dari zaman remaja.
Sekarang semuanya lagi mudah untuk muat-turun movie sebab ada internet yg amat laju berbanding dahulu.
Tidak perlu bergaduh tawar menawar dengan penjual CD haramJ* lagi.
Walaupun begitu, penulis pilih dan tonton cerita movie yg menarik sahaja.
Sebelum tonton penulis biasanya akan periksa tahap ratingnya.

Berbalik pada soklan cikSal ya.
Penulis bukanlah pandai membuat ulasan cerita.
Secara ringkas ini komen penulis.

THE POOL (2018)

Sinopsis.
Selepas kerja2 filem yang sedang diusahakannya, Day (Theeradej Wongpuapan) menghabiskan hari malas dengan terapung di kolam bersama anjingnya, Lucky. Namun, ketika dia tertidur ketika kolam dikeringkan, dia terbangun untuk mengetahui bahawa paras air di kolam Olimpik terlalu rendah untuk dia keluar. Bagi memburukkan lagi keadaan, kedua-dua buaya yg terlepas dari sangkarnya dan teman wanitanya yg sedang hamil, Koi (Ratnamon Ratchiratham) juga terperangkap, mendorong cabaran untuk bertahan selama enam hari lamanya. Bahasa: siam.

Komen lalat.
Peminat cerita akuatik horror (drama berkenaan air) semestinya merasa teruja dan cemas, kerana The Pool adalah cerita cemas dan saspen dari awal hingga akhir. Setiap gelombang musibah menimpa lebih hebat dan keras daripada yg ssbelumnya, memberi cabaran kepada watak hero utama yg bertahan dengan sadisnya. Ini adalah "kunci masuk" yang tidak masuk akal yang dibuat lebih tidak masuk akal setiap detik, tetapi juga sangat mengujakan dan sangat agresif, dan sungguh licik. Pada satu ketika, pada pertengahan tayangan, penulis terfikir, "siapa yang buat filem ini ?! Matsalleh atau orang Siam sendiri?" Penulis rasa tidak percaya atas perkembangan lain yg digambarkan tanpa simpati. Filem ini sangat kejam, sangat menyeronokkan, dan yg penting - ada happy ending (hati2 spoiler!). ⭐⭐⭐⭐







 

SWADES (2004)

Sinopsis.
Pekerja NASA Mohan Bhargav (Datuk Shah Rukh Khan) datang ke India untuk membawa neneknya bersama di rumahnya di Amerika. Semasa tinggal di kampung asalnya, dia menemui pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh penduduk kampung dan memutuskan untuk mengubah sikap mereka, dan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Bahasa Hindi.


Komen lalat.
Ya, Swades (2004) adalah filem yang bagus dan berbaloi ditonton walaupun masa agak lama 3 jam seperti cerita Hindustan yg lain. Sebenarnya, filem ini adalah salah satu filem terbaik yang dilakukan oleh Datuk Shah Rukh Khan dalam kariernya. Suasana kampung seperti di negara kita juga pada 30-40 tahun yg lampau. Dan lagu2 agak kurang ummph. Itu sahaja kot dari penulis. Layannnn. ⭐⭐⭐

Nota lalat. Gambar2 dlm entri ini diciplak dari google ya. Jangan saman penulis. :p

Nota lalat utk cikSal jgn sedih2 ya. Jgn ckp penulis x payong. ;p


TOP GEAR 2002

Kebetulan tadi penulis sempat tonton rancangan TV berjudul Top Gear 2002.
Dan tadi semasa keluar ternampak kereta McLaren yg ohsem itu

Dan sempat juga penulis berlarian ke taman nurseri tangkap gambiran bunga-bunga.
Sungai Buloh Nurseri.

Movie lalat. Top Gear 2002.
2. The Untouchables 1987.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 22, 2020

NASI LEMAK WARUNG BUNIAN


Pagi tadi sudah berlarian ke warung bunian.
Di lereng bukit di tengah hutan belantara.
Parkir kereta pun kereta jadi senget.

Bila tiba jam 7.44 pun ramai orang sudah beratur.

Movie lalat. True Grit 2010.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Later at home.
Meratah anggur tanpa biji seperti raja sehari.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...