Jan 30, 2023

BACKPACKING KE PULAU PARI TANPA AGENT? BISA DOANK

Keutamaan membaca Surah al-Waqiah @2023.

 Senin 30 Januari 2023.

PRELUDE: PULAU PARI JAUH KE TENGAH

Memang sudah lama wak rencana mahu ke Pulau Pari di Kepulauan Seribu.
3 bulan lepas kan wak ke Pulau Tidung. Link.
Sehingga terpaksa naik bot tradisional selama 3 jam.
Gara2 telat (lambat) sampai ke dermaga. 

Jadi kelmarin wak sudah tempah tiket atas talian.
Tiketapaltradisional.com.
Mudah sahaja.
Tapi masih mencari rumah tinggal (homestay) yg bersesuaian.
Kalau lepak di tenda (khemah) pun tidak mengapa.

Cerita lalat lain.
Gambar2 tiada kena mengena.
Cuma wak balik agak lewat dari kantor potong rumput sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pulau Pari location from Jakarta @2023


Nongkrong di tepi jalanan @2023
Blok M Plaza @2023
Transjakarta bus @2023

Jan 29, 2023

TEMPAT MENIKMATI PEMANDANGAN SUNSET DI JAKARTA WAJIB TAHU

Lippo Mall Kemang @2023

 Ahad, 29 Januari 2023.

Sore tadi sudah berlarian semula ke Lippo Mall Kemang.

1. Nongkrong di lantai 17 untuk menikmati sunset. Gratis.

2. Ke kedai jualan hape (henfon) Samsung untuk restart hape wak kerana data yg baru dibeli tidak dapat di kesan. Gratis.

3. Tonton bioskop (wayang) Operation Fortune: Ruse de Guerre, dibintangi oleh Jason Stathom 2023. Diakhir babak ada ditunjuk kota Doha tempat wak lepak2 tahun lepas. 65rb (rm17).

4. Menjamu selera di Seafood 68. Nasi putih, udang goreng mentega, ikan bawal goreng, cah kangkung, dan teh tawar. 150rb (rm42).

Kamus lalat.
norak /no·rak/ a cak 1 merasa heran atau takjub melihat sesuatu; batak, jakun; 2 sangat berlebih-lebihan; kurang serasi (tentang dandanan dan sebagainya); kampungan.
terasi = belacan.
cah kangkung = kangkung belacan.

Disclaimer lalat. Hari ini (tarikh postingan ini) Isnin 30 Januari 2023. Harap maklum. Hahaha.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
Juventus Exhibition at Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
Lippo Mall Kemang to Seafood 68 @2023
Seafood 68 Kemang @2023

TEMPAT MENIKMATI DURIAN ENAKLAH SANGAT DI KALIBATA

MRT Blok M @2023

 Ahad, 29 30 Januari 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke stasiun MRT Setiabudi.
Seperti biasa mahu menjamah nasi lemak Malaysia.
Dan roti canai.
Dan teh tarik.

Minggu lepas kan hari Imlek (Raya Cina).
Terpaksa berlarian ke restorannya di Kelapa Gading. LINK+

Bila wak tiba gerai baru siap didirikan.
Boleh pula mereka terlupa bawa loyang menggoreng roti canai.

Selepas itu, wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Sengaja menikmati pemandangan kota Jakarta dari apartment lantai 22.

Kemudian wak berlarian ke daerah Kalibata.
Mencari dan merasa durian Jakarta.

Dari tepi jalan LPPI Kemang, naik bis Transjakarta no. 6N.
Turun di terminal Blok M Square.
Kemudian tunggu bis no 7B punyalah lama.
Bis tujuan ke Kampung Rambutan.
Orangramai mulalah ramai.

Punyalah penuh dan padat dalam bis kecil ini.
Tiba di halte Kalibata tempat jualan durian.
Tidak boleh turun pula kerana kesesakan dalam bis.
Terpaksalah turun di dua halte ke hadapan.
Kemudian terpaksa berjalan kaki semula ke tempat durian tadi.
Nasib baik tidaklah jauh mana.

Bagi para pecinta durian, tempat ini tentu tak asing lagi.
Pusat Durian Kalibata yang terletak di Jalan Raya Kalibata, Jakarta Selatan.
Disini menyajikan berbagai durian.
Mulai dari Durian Medan, Super Medan, Petruk, Monthong, dan Super Monthong.

Wak rasa harga durian Indon agaklah mahal.
Semahal harga durian di Masai.

"Tapi kalo di mall lagian mahal wak," kata cewek Iban dari Pontianak itu.

Durian yg paling popular disini ialah durian Monthong.
Tadi mencuba durian Monthong Siam (Thailand) untuk makan disini. 320rb.
Memang isi durian yg tebal tapi kurang manis. 

Kemudian wak beli juga durian Musang King. 150rb.
Untuk dibawa pulang ke kost.
Total damage disini = 470rb (rm133).

Kamus lalat.
rewel /re·wel/ /réwél/ a 1 banyak bicara (suka membantah, tidak mudah menurut, ada-ada saja yang diminta); membebel; 2 sukar (tidak mudah mengerjakannya); tidak berjalan lancar (tentang mesin);

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MRT Setiabudi and Blok A @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang and durians at Kalibata @2023
Monthong Thailand durian at Kalibata @2023
Motorists in Kemang @2023

Jan 28, 2023

HASIL DAIHATSU INDONESIA MASTER 2023 BADMINTON SEMIFINALS

Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023

 Sabtu, 28 Januari 2023.

Pagi tadi wak dikerah ke kaunter juga.
Kali ini pintu kantor lantai 5 dan lantai 8 dibuka.
Mamat indon penjaga kunci sudah terbaring tidur di sofa.

Petang balik dari kantor jam 4.30.

Petang ini wak berlarian ke Stadium Senayan.
Konon mahu tonton pertandingan bulu tangkis (badminton).
Hari ini adalah perlawanan pusingan separuh akhir.
Dan esok pula pusingan akhir.

Dari kost berjalan kaki ke terminal busway Blok M Square.
Turun di stasiun GBK (disebut Ge-be-kah).
Berjalan kaki terus masuk pintu 7.
Agak jauh juga ke dalam perkarangan stadium Senayan.

Wak tahu tiket sudah habis terjual (sold-out) atas talian.
Memang adalah sorang mamat Indon ni jadi ulat tiket.
Mamat tunggu di depan pintu masuk stadium.
Dia tawarkan 350rb (rm100) untuk malam ini.
Hahaha.

Wak pun berjalan ke hujung corner ada jualan makanan.
Orangramai pun sudah ramai disitu.
Menonton layar TV besar gedabak.
Wak layan perlawanan beregu Indon dengan Jepang.
Nasib baik dimenangi pasukan tuanrumah (2-1).

Ooh.
Bila wak periksa atas talian.
Tiada pemain Malaysia mara ke pusingan akhir.
Yo wes lah.

Habis perlawanan di layar TV itu.
Wak pun balik menaiki MRT turun di Blok M BCA.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Patung Pemuda Membangun, Bundaran Senayan @2023
GBK at Senayan @2023
Bundaran Senayan at GBK Jakarta @2023
Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023
Senayan at GBK Jakarta @2023

Jan 27, 2023

KISAH SAYA DENGAN TUMBLER GRATIS DARI JAKARTA

Feather Light Tumbler @2023

 Jumaat, 27 Januari 2023.

Pagi2 tadi semasa dalam perjalanan ke kantor.
Wak singgah di pasar pagi Blok M Square.
Bapak penjual singkong gorengan ga ada disitu.

Jadi wak cubalah beli cakwe (cakoi) Medan.
10rb (rm3) dapatlah 3 lai.

Wak bawa ke kantor potong rumput.
Wak cuba makan satu cakwe itu.
Tidak sedap sebab sudah tidak hangat.
Walaupun porsinya gede.
Wak habiskan memakannya juga.

Jadi wak letak cakoi yg lain sahaja di pantri.
Sekejap sahaja oranglain habiskan.

Ooh.
Pasal tumbler termos air itu.
Ada orang berikan pagi tadi.
Dapat 2 ketul, berlainan jenama dan saiz.
Nantilah wak cuba guna di kantor.

Link: Nostalgic Nikon Tumbler 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cakwe 99 Medan di Blok M Square @2023

UANG 50 RIBU TAHUN 2013 MASIH BERLAKU

Lima puluh ribu rupiah uang lama @2023
Wage Rudolf Soepratman pada uang kertas Rp50.000 terbitan 1999

 Khamis, 26 Januari 2023.

Kelmarin wak terjumpa uang lama indon 50 ribu Rupiah dalam simpanan.
Sudah tidak boleh digunapakai.
Link wak ke Bandung 2013.

Sebenarnya uang lama ini versi 1999.
Saja wak tunjuk tahun 2013 bila wak terima uang tersebut.

Jadi wak simpanlah dahulu.
Mana tahu nanti boleh dijual juta2an rupiah.

Tukaran wang lalat.
50,000 rupiah = RM14.20 sahaja.
Pada 27/1/23.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lima puluh ribu rupiah uang lama @2023
Lima puluh ribu rupiah uang baharu @2023

Jan 26, 2023

DIKASIH TAHU PENJUAL GORENGAN, KALAU MAU BIKIN SINGKONG GORENG SURUH RENDAM DULU DALAM AIR ES, DIJAMIN SETELAH MATANG PASTI KETAGIHAN MAKAN


Singkong Gorengan Blok M Square @2023


 Rabu, 25 Januari 2023.

Selalunya di kost penginapan yg baharu ini.
Kalau perjalanan ke kantor potong rumput.
Wak akan ketemu orang jualan gorengan ubi (keladi), tempe dll.
Tidak ketemu gorengan singkong (ubi kayu).

Tapi pagi tadi wak sudah tersasar ke Blok M Square mall.
Diluar hingga ke pasar dibelakang ada pasar pagi.
Pelbagai kuih muih pun ada.
Termasuk ada bapak yg jualan gorengan singkong (above photo).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 25, 2023

MAKAN TENGAH MALAM YANG TIDAK BOLEH DISEPELEHKAN

How often can I eat maggi mee so that it's not harmful? @2023


 Selasa, 24 Januari 2023.

Malam tadi terasa lapar pula.
Masak air dan rendamlah maggi.
Perencah ayam.
2 telur rebus.

Kamus lalat.
Sepeleh = remeh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 23, 2023

APA ARTI ARI MANEH SAHA DALAM BAHASA SUNDA

Maxx Coffee, Lippo Mall Kemang @2022

 Isnin, 23 Januari 2023.

Pagi2 tadi wak berlarian ke kantor.
Sebab ingatkan mahu buat kerjaan potong rumput.
Disebabkan kelajuan wifi di kamar kost laju macam siput khinzir.

Tak bila wak sampai.
Pintu di dua2 lantai 5 dan 8 masih ditutup kencang.
Yo wes lah.

Jadi wak pulang ke kost dgn sangat kuchiva.
Degil sangat konon mahu buat kerja di kantor.
Tapi hari ini kan cuti bersama sempena hari Imlek (CNY).

Selepas itu, wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Tempat wak mula2 datang ke restoran Papparich.
Gara2 mahu makan nasi lemak.
Tapi kali ini wak lepak2 sahaja minum air green tea latte - 52rb (rm15) yg manis potong kaki.
Terpaksa pesan air mineral juga.

Kemudian wak berlarian ke Muara Angke.
Naik busway no 6C ke Blok M Square.
Kemudian tukar bis no 1 ke Kota.

Di halte Kota, tukar bis no 5A ke Pliut.
Turun di kampung nelayan Muara Angke yg bau terasi (belacan).
Tujuan mahu jalan2 tengok rusun (Rumah susun, aka PPR) disini.
Masuk sekejap ke rusun Buddha Tsu Zhi sahaja.
Keadaan rumah tidaklah seburuk dan seteruk yg wak sangka.
Mungkin disebabkan rusun ini baru diduduki.

Kamus lalat.
Ari maneh saha bermaksud kamu siapa?

Kemudian wak pun balik ke gagang.

Hafazan lalat.
Surah as Shuraa 42 ayat 19 - Allahu lathifum bi'ibadihi yarzuqu may yasya', wahuwal qowiyyul 'aziz.
 اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ ࣖ ( الشورى: ١٩ )

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 22, 2023

ASIK! SENIN CUTI BERSAMA IMLEK 2023

Greens at Sudirman SCBD area @2023

 Ahad, 22 Januari 2023.

Tadi malam kan wak sudah berlarian ke kota Bekasi.
Link: Pengalaman Pertama Kali Naik Keretapi dari Sudirman ke Bekasi Pulang Hari.

Pagi tadi juga wak mahu berlarian mencari nasi lemak Malaysia.
Mula2 pergi ke tempat biasa di stasiun MRT Setiabudi.
Naik MRT dari Blok M.
Langsung sampai di Setiabudi.
Tapi wak tengok kosong.
Dijalanraya pun sudah ada banyak kenderaan.
Walaupun orangramai yg masih memenuhi jalanraya.

Jadi wak pun berencana mahu terus ke restoran.
Yg terletak di Kelapa Gading.
Alone matcham biasa.

Naik bis no 2 dari halte Tosari.
Turun di halte Pulomas.
Wak pesan Grabbike terus ke restoran GH Corner Kelapa Gading.

Dalam restoran, wak pesan nasi lemak biasa.
Dan roti sangkar sarang burung dan teh tarik dingin (sejuk).
Total damage 55rb (rm16).
Kalut juga wak tengok mamat Indon cari duit baki.

Atas informasi dari pelayan restoran itu.
Wak jalan kaki 350m ke stasiun LRT Boulevard Selatan.
Nota. Kagum sekejap dengan sistem transportasi Jakarta.
Sebenarnya memang sudah lama kagum. ;p
Berbanding pengangkutan awam di negeri sendiri, walaupun di KL.
Turun di stasiun LRT Velodrome.

Kemudian jalan kaki ke seberang jalan.
Sampai di halte busway Rawamangun.
Naik bis no 4 mahu ke pusat bandaraya.

Tiba2 di tengah jalan wak mahu tukar haluan ke Bassura Mall.
Kekeliruan disini.
Disuruhnya wak naik bis no 5C kemudian 7ST.
Disuruhnya ke stasiun yg wak tidak faham
Sebab stasiun Kampung Melayu ditutup kerana renovasi.

Di halte Jatinegara, pun petugas busway kata Bassura Mall ditutup.
Kerana merayakan hari Imlek (raya Cina) hari ini.
Yo wes lah.

Kemudian wak pun ambil bis no 7ST semula.
Turun di halte Mataram 2.
Naik bis no 5C langsung ke Monas.
Untuk pulang ke kost di Blok M.

Kamus lalat.
Imlek = Tahun Baru Cina

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Car Fee Day @2023
Ingat Makan Ingat Tuhan, GH Corner restaurant cabang Kelapa Gading @2023
Roti Sangkar Sarang Burung, GH Corner restaurant cabang Kelapa Gading @2023
GH Corner restaurant cabang Kelapa Gading @2023
Oh Hi !  2023
Happy Chinese New Year 2023

PENGALAMAN PERTAMA KALI NAIK KERETA API DARI SUDIRMAN JAKARTA KE BEKASI PULANG HARI

Bundaran Summarecon Bekasi @2023

 Sabtu, 21 Januari 2023.

Petang tadi wak sudah berlarian ke bandar Bekasi.
Yg terletak di sebelah Jakarta Timur (lampiran peta dibawah).
Alone matcham biasa.
Tanpa tujuan dengan tenang.

Sebelum itu, wak sempat berlarian ke Carrefour lama.
Sekarang dikenali sebagai Transmart di Lebak Bulus.
Berdekatan stasiun MRT Lebak Bulus Grab.

Nota lalat.
Nama Grab dihujung Lebak Bulus itu ialah iklan.
Harap maklum ya.

Dari stasiun Lebak Bulus Grab.
Wak naik MRT turun di Dukuh Atas BNI.

Nota lalat lagi.
Nama BNI dihujung Dukuh Atas itu ialah iklan juga.
BNI (disebut be-en-ii) = Bank Negara Indonesia
Harap maklum juga ya.

Kemudian keluar stasiun.
Menuju stasiun Sudirman di seberang jalan.
6.07pm menunggu kereta dari Manggarai.
6.41pm sudah tiba di stasiun Bekasi setengah jam kemudian.
Guna wece (toilet) dan musollah.

Mula2 wak pesan Grabbike.
Tapi mat supir itu tunggu di seberang jalan.
Ada ke patut disuruhnya wak menyeberang jalan yg macet itu.
Langsung wak batalkan pesanan.

7.03pm wak ambil sahaja mat gojek yg ramai menunggu ditepian jalan itu.
7.16pm tiba di bundaran Summarecon Bekasi yg ada monumen piramid terbalik.
7.35pm nongkrong di sini.
Kemudian tempah Grabbike pulang semula ke stasiun Bekasi.
8.25pm tiba di stasiun.
9.00pm gerak pulang ke Sudirman.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


From Lebak Bulus Grab to Dukuh Atas BNI @2023
Sudirman tujuan Bekasi @2023
From Sudirman to Bekasi @2023
Bundaran Summarecon Bekasi @2023
Bundaran Summarecon Bekasi @2023
Bundaran Summarecon to Bekasi Station @2023
Sudirman Jakarta @2023
From Lebak Bulus Grab to Bekasi via Sudirman @2023

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...