Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023 |
Sabtu, 28 Januari 2023.
Pagi tadi wak dikerah ke kaunter juga.
Kali ini pintu kantor lantai 5 dan lantai 8 dibuka.
Mamat indon penjaga kunci sudah terbaring tidur di sofa.
Petang balik dari kantor jam 4.30.
Petang ini wak berlarian ke Stadium Senayan.
Konon mahu tonton pertandingan bulu tangkis (badminton).
Hari ini adalah perlawanan pusingan separuh akhir.
Dan esok pula pusingan akhir.
Dari kost berjalan kaki ke terminal busway Blok M Square.
Turun di stasiun GBK (disebut Ge-be-kah).
Berjalan kaki terus masuk pintu 7.
Agak jauh juga ke dalam perkarangan stadium Senayan.
Wak tahu tiket sudah habis terjual (sold-out) atas talian.
Memang adalah sorang mamat Indon ni jadi ulat tiket.
Mamat tunggu di depan pintu masuk stadium.
Dia tawarkan 350rb (rm100) untuk malam ini.
Hahaha.
Wak pun berjalan ke hujung corner ada jualan makanan.
Orangramai pun sudah ramai disitu.
Menonton layar TV besar gedabak.
Wak layan perlawanan beregu Indon dengan Jepang.
Nasib baik dimenangi pasukan tuanrumah (2-1).
Ooh.
Bila wak periksa atas talian.
Tiada pemain Malaysia mara ke pusingan akhir.
Yo wes lah.
Habis perlawanan di layar TV itu.
Wak pun balik menaiki MRT turun di Blok M BCA.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Patung Pemuda Membangun, Bundaran Senayan @2023 |
GBK at Senayan @2023 |
Bundaran Senayan at GBK Jakarta @2023 |
Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023 |
Senayan at GBK Jakarta @2023 |
Team Malaysia asyik kalah je lately Wak :(
ReplyDeletecantiknya wak eh bundaran senayan. Team malaysia tak menang ke wak. alaaaaa
ReplyDeletenampak moden dan maju betul bandaraya jakarta ye wak, tapi macetnya mintak ampun ya
ReplyDeleteTerbuka Malaysia pun takde yang lepas ke semi, apatah lagi di negara seberang.
ReplyDelete