Jan 16, 2023

NASI LEMAK MALAYSIA ORIGINAL TERBAIK DI TENGAH KOTA JAKARTA

Karet Sudirman Jakarta @2023

 Ahad, 15 Januari 2023.

Dulu masa wak mula2 datang ke kota Jakarta kota kolaborasi ini.
Tidak tahu mana mahu cari nasi lemak seperti di tanahair.
Sehingga wak berlarian ke restoran Paparich di Lippo Mall Kemang.
Tapi roti canai jenis tisu pula.
Sila metabrak di SINI.

Pagi2 Ahad tadi wak sudah berlarian ke tengah bandaraya.
Dari terminal bis Blok M.

VISITING CAR FREE DAY IN JAKARTA

Informasi tentang Jakarta tanpa mobil: di SINI.

Ingatkan mahu naik bis nomor 1N atau 1P langsung ke stasiun Setiabudi itu.
Tapi wak baru perasan hari ini hari minggu (Ahad).
Bis nomor 1N dan 1P tidak berfungsi sehingga jam 10 pagi.

Mahu senang boleh langsung naik MRT.
Dan tiba di stasiun MRT Setiabudi.
Tapi harga tiket busway Transjakarta kan cuma sehinggit.

Jadi wak naik bis nomor 1 sahaja lah.
Turun di halte busway Karet Sudirman.
Kemudian jalan kaki ke kemah jualan nasi lemak Malaysia.
Tidaklah jauh sangat.
Lagipun berjalan bersama2 ribuan orangramai disitu.

Ini bukanlah kali pertama wak sampai di gerai ini.
Rasanya ini kali keempat kot.

Wak pesan nasi lemak telur.
Dan roti canai kosong.
Dan teh tarik dingin (ais).
Total damage = 40rb (rm12) sahaja.

Nota lalat.
Tapi kalau mahu makan nasi lemak di hari biasa.
Boleh lah pesan nasi lemak 25 di Gandaria.
Tapi tiada roti canai dijual di situ.

Dan sebagai rujukan.
Restoran sebenar khemah nasi lemak tadi itu ada di GH Corner Kelapa Gading.
Lokasi yg agak jauh dari kost wak menginap ini.

CAUTIOUS WHEN WALKING MIGHT BE ON BUS LANE

Kemudian wak berlarian ke Taman Mini Indonesia (TMI) yg agak jauh.
Dari halte busway Tosari.
Naik bis nomor 1 tujuan Bundaran Hilir.
Kemudian berjalan kaki yg disediakan ke halte Semanggi.
Agak jauh tapi masih boleh diusahakan.
Yg penting tidak perlu bayar tambang lagi.

Bagusnya pengangkutan umum di Jakarta ini.
Selagi tidak keluar dari halte itu hanya bayar 3,5rb (sehinggit) sahaja.

Tunggu bis nomor 9 ke halte Garuda Taman Mini.
Kemudian barulah keluar.
Naik angkutan umum - 5rb (rm1.50) sahaja.

BADUT MENJENGKELKAN DI TAMAN MINI INDONESIA

Tapi bila sudah tiba di pintu gerbang.
Dan mahu bayar tiket online (25rb perorang).
Wak tiba2 ubah fikiran.
Disebabkan cuaca yg panas terik.

Jadi wak pun pulang ke kost.

Dari taman mini wak ambil grabbike.
Sebab macam susah sahaja mahu naik angkutan umut macam tadi.
Ke halte Garuda Taman Mini tadi - 15rb (RM4.50).
Dari halte langsung naik bis nomor 9 ke halte Semanggi.
Kemudian berjalan kaki balik ke halte Bundaran Hilir.
Sambung naik bis nomor 1 langsung ke terminal Blok M.

Hafazan lalat.
Surah at-Taubah ayat 128-129.
لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ
. فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ࣖ

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Karet Sudirman Jakarta @2023
Karet Sudirman to Setiabudi Jakarta @2023
Near MRT Setiabudi Jakarta @2023
To Tosari bus station Jakarta @2023
To Bundaran HI Jakarta @2023
From Bundaran Hilir to Taman Mini via Semanggi Jakarta @2023
Tosari Bus Station Jakarta @2023
Oh hi! Tosari Bus Station Jakarta @2023
Returning from Taman Mini to Jakarta @2023
Taman Mini Indonesia Jakarta @2023
Cars back on the main road in Jakarta @2023

20 comments:

  1. Ada Khemah Jualan Nasi Lemak Malaysia ye Wak. Mesti sambalnya sedap kan. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambalnye mmg sedap ori rasa sama mcm kat msia.. tapi sikit banget., huhu

      Delete
  2. Menarik sungguh ni wak..siap ada nasi lemak Malaysia....rasanya sama kan? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi lemak mmg rasa sejibik sama, dgn ikan bilis dan kacang dlm plastik kecil.. sambal je sikit sgt., hehe

      Delete
  3. Bagus Wak, dalam kesibukan masih sempat buat hafazan.
    Saya pernah merasa join Car Free Day di Jakarta. Seronok dapat jalan kaki di tengah laluan yang sebelumnya sangat sibuk.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya tak cukup tu wak sambalnya. Secoet je mana best tapi dapat makan nasi lemak original malaysia pun dah umph. Bestnya ramai ikuti akitiviti bebas kenderaan.

    ReplyDelete
  5. nasi lemak msia di jakarta pasti hilang rindu

    ReplyDelete
  6. Wahhhhh, tinggi muncung nasi lemak tu, wak. Sy ingat di sana, nasi lemak tu panggilannya ialah nasi uduk, betul gak wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi uduk populer di Jakarta, sementara nasi lemak lebih populer di Sumatera dan Melayu. Sekilas nampak mirip tapi dua hidangan ini punya banyak perbezaan. Nasi uduk khas Betawi biasa disajikan dengan lauk semur tahu dan jengkol, bihun goreng dan tempe orek. Sementara nasi lemak umumnya dihidangkan dengan lauk ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus atau goreng, irisan mentimun dan sambal. ;p

      Delete
  7. nasi lemak dia sedap la ye wak? murtabak tu sedap tak wak? depa kan martabak tu apam balik kan

    ReplyDelete
  8. meriah juga Jakarta Car Free Day. Kota Kolaborasi tu apa?

    ReplyDelete
  9. seronok juga kalo dapat explore Jakarta, saya tak pernah lagi jejak kaki kat sana..

    ReplyDelete
  10. baaimana rasa nasi lemak tu wak...lebih sedap ke berbndimg nasi lemak di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je, kt msia pon ada je nasi lemak yg x sedapp.. 😅 😅

      Delete
  11. Kat sana pun ada nasi lemak rupanya Wak, terubat lah juga kan kalau rindu makanan kat Malaysia nie..

    ReplyDelete
  12. Terubatlah rindu ye Wak dgn nasi lemak kita....

    ReplyDelete
  13. Hi Wak Lat, singgah tengok gambar2.

    ReplyDelete
  14. Di klp gading ada juga Wak??? Waaah itu Deket rumah sayaaa 😄😄. Nanti saya coba cari deh. Kangen juga dengan nasi lemak. Dulu tiap pagi, sebelum ke kampus, suka beli nasi lemak Deket kampus saya di penang.sukaaaa sangat

    ReplyDelete
  15. Ramai juga kann sekarang ni warga sana yang pernah bekerja diMalaysia membuka perniagaan makanan Malaysia..
    Katanya sambutan luar biasa.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...