Jan 29, 2023

TEMPAT MENIKMATI DURIAN ENAKLAH SANGAT DI KALIBATA

MRT Blok M @2023

 Ahad, 29 30 Januari 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke stasiun MRT Setiabudi.
Seperti biasa mahu menjamah nasi lemak Malaysia.
Dan roti canai.
Dan teh tarik.

Minggu lepas kan hari Imlek (Raya Cina).
Terpaksa berlarian ke restorannya di Kelapa Gading. LINK+

Bila wak tiba gerai baru siap didirikan.
Boleh pula mereka terlupa bawa loyang menggoreng roti canai.

Selepas itu, wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Sengaja menikmati pemandangan kota Jakarta dari apartment lantai 22.

Kemudian wak berlarian ke daerah Kalibata.
Mencari dan merasa durian Jakarta.

Dari tepi jalan LPPI Kemang, naik bis Transjakarta no. 6N.
Turun di terminal Blok M Square.
Kemudian tunggu bis no 7B punyalah lama.
Bis tujuan ke Kampung Rambutan.
Orangramai mulalah ramai.

Punyalah penuh dan padat dalam bis kecil ini.
Tiba di halte Kalibata tempat jualan durian.
Tidak boleh turun pula kerana kesesakan dalam bis.
Terpaksalah turun di dua halte ke hadapan.
Kemudian terpaksa berjalan kaki semula ke tempat durian tadi.
Nasib baik tidaklah jauh mana.

Bagi para pecinta durian, tempat ini tentu tak asing lagi.
Pusat Durian Kalibata yang terletak di Jalan Raya Kalibata, Jakarta Selatan.
Disini menyajikan berbagai durian.
Mulai dari Durian Medan, Super Medan, Petruk, Monthong, dan Super Monthong.

Wak rasa harga durian Indon agaklah mahal.
Semahal harga durian di Masai.

"Tapi kalo di mall lagian mahal wak," kata cewek Iban dari Pontianak itu.

Durian yg paling popular disini ialah durian Monthong.
Tadi mencuba durian Monthong Siam (Thailand) untuk makan disini. 320rb.
Memang isi durian yg tebal tapi kurang manis. 

Kemudian wak beli juga durian Musang King. 150rb.
Untuk dibawa pulang ke kost.
Total damage disini = 470rb (rm133).

Kamus lalat.
rewel /re·wel/ /réwél/ a 1 banyak bicara (suka membantah, tidak mudah menurut, ada-ada saja yang diminta); membebel; 2 sukar (tidak mudah mengerjakannya); tidak berjalan lancar (tentang mesin);

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MRT Setiabudi and Blok A @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang and durians at Kalibata @2023
Monthong Thailand durian at Kalibata @2023
Motorists in Kemang @2023

10 comments:

  1. Di sana senang tak nak cari gerai menjual durian macam di KL Wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah gak nk cari gerai jual durian tepian longkang, tp yg popular ada kat Kalibata.. ;p
      ehh, tp ada je jual durian kat supermarket, contoh di Grand Lucky tuuh, tp lg mahal lahh..

      Delete
  2. Agaknya duriannya jadi mahal kerana naik flight wak, haha.

    ReplyDelete
  3. Abg Gebu fly ke Jakarta pg td. 3hb katanya ada urusan di Bali. 8 atau 9hb baru balik Malaya...apa ntah nak buat kat Bali tu..honeymoon??? ghisau...

    ReplyDelete
  4. wak hari ini 30hb januari bersamaa hari isnin wak, semalam 29 hb januari, ahad wak hehehehe

    ReplyDelete
  5. wah..enak bangat tu duriannya....

    ReplyDelete
  6. Cmanelah sesaknya bas tu sampai tak dapat nak turun. huhu

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...