Aug 31, 2015
SEHATI SEJIWA
SELAMAT hari kebangsaan 2015. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera aman sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.
Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 31 dan terakhir untuk bulan ini. Jumpa rakan-rakan semua dibulan hadapan ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 30, 2015
FARAH & AYIE
KELMARIN penulis telah mengunjungi rumah adinda penulis yang jauh di Bahau itu sempena undangan perkahwinan anak wedok (baca: anak
Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat diucapkan kepada anak keponakan wak ini dan suaminya. Amin ya robbal alamin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 29, 2015
JAM TAWAF | POLVORON
KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.
Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.
Nota lalat terkini. Rakan penulis hendak menjual tawaf itu. "Besar dan berat," katanya.
Cerita lain, penulis berterimakasih kepada rakan sekerja, awek Filipina, yang memberikan satu makanan dari Filipina dipanggil Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja.
Nota lalat lain. Jumaat 28 Ogos 2015. Petang jumaat selepas bertugas seperti biasa penulis ke TBS dan terus ke kaunter City Ekspres untuk membeli tiket. Jam pukul 6.10pm. Biasanya ada tiket bas pukul 7 petang, tapi petang itu ramailah pula orang dan tiket ke Johor Bahru hanya ada jam 12 tengahmalam. Penulis terlupa atau tidak endah agaknya sebab hujung minggu itu bukankah cuti panjang sempena cuti Hari Kebangsaan pada hari Ahad pula. Mula-mula penulis ke kaunter tiket utama, tapi penulis mengubah fikiran, penulis ke kaunter City Ekspres yang tadi dan setuju untuk membeli tiket ke Johor Bahru pada pukul 12 tengahmalam. Tiada bas ke Masai pada malam itu. Tapi awek kaunter itu bilang dia ada satu lagi kerusi kosong bas jam 6 petang kerana ada pelanggan yang memesan masih tidak sampai. Jadi dijualnya tiket itu dengan harga biasa untuk ke Masai dan penulis mendapat tempat duduk bujangan lagi (single seat). Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 28, 2015
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
"Demikianlah perempuan,
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
- tenggelamnya kapal Van Der Wijck, Hamka
INI bukan ulasan buku. Dan persembahan bangsawan di Istana Budaya nanti tiadalah siapa yang hendak mengajak penulis menontonnya juga. Sedih kan.
Tenggelamnya Kapal van der Wijck merupakan siri dan novel kemudian Indonesia oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka; 1908-1981) yang diterbitkan pada tahun 1938. Ia berkisarkan kegagalan percintaan antara Zainuddin, seorang lelaki kacukan, dan Hayati, seorang wanita Minang tulen.
Aug 27, 2015
SMALL CARS BIG CARS & FOMEMA
Aug 26, 2015
KNM - KENA NAIK MOTOR
Aug 25, 2015
PINGGAN TAK RETAK
kopitiam, Todays Market, Masai |
KATA orang
Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum."
Erti dari peribahasa melayu 'pinggan tak retak, nasi tak dingin,' pula adalah orang yang cermat dalam mengerjakan suatu pekerjaan. Atau boleh digunakan untuk anak dara yang terlalu cermat dan berhati-hati dalam memilih suami. Sebab itu ada pantunnya,
pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
haku pun tak hingin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 24, 2015
BLOGGER INSPIRASI | JOE BANGLA
"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya |
MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:
Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man
Updated: 21 Oct 2018, blog Keeping The Dream Alive (abangtam) sudah 8 bulan aktif semula. Demm.Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.
joe bangla in NY |
Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.
Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the
Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.
Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.
Updated. 16/11/15. Penulis dah lama tak membaca blog beliau. Cuma bila kadang2 teringat, penulis pun punya citarasa yang sama tentang lagu video yg ada dalam blog itu - 'Soldier of Fortune - Deep Purple'. Kebetulan saja kan?
Updated. 6/12/15. Blog Keeping The Dream Alive telah ditutup. Laman peribadi FB beliau pun telah ditidakaktifkan.
Nota lain lalat. Pasal gambar Aeon diatas, penulis singgah untuk jamuan malam di Sushi King bersama kaum kerabat saja. Penulis pesan untuk pertama kalinya Mixed Bento (deep fried salmon and chicken with spicy sauce and mayonnaise served with edamame salad, crabstick and fried fish cake. RM14.90, 1035 kcal).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 23, 2015
BERITA DARI SEBERANG
KADANG-KADANG bila penulis membaca suratkhabar dari seberang tambak seperti membaca berita dari parti pembangkang sahaja.
Cerita lain. Kelmarin penulis sudah membawa setangkai pisang emas lemak manis (Musa acuminata Colla, Lady's Finger) ke tempat penulis memotong rumput ini. Rakan tugasan dari India memberitahu, di India pisang ini dipanggil pisang cina. Manakala di negara orang putih, bangsa cina selalunya dipanggil kuning (baca: yellow) kerana kulitnya yang berwarna kuning dan hatinya yang putih bersih. Kahh.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 21, 2015
6 CORNER | SENIBONG
MALAM kelmarin penulis sudah teringin hendak mamam makanan laut (baca: seafood) di Kampung Nelayan Senibong. Sudah lama penulis tidak datang ke sini. Biasanya penulis akan menjamu selera di restoran yang pertama, tetapi kali ini penulis mencuba di restoran di sebelah tengah pula yang ada menawarkan diskaun 6 peratus (GST).
Cerita lalat lain. Kelmarin penyelia Singh itu sudah memanggil penulis ke kamarnya. Dia tanya kerja penulis sebagai 'pemotong rumput' ditempatnya. Banyak lagi rumput-rumput yang harus dipotong, penulis kata. Dia kata kontrak penulis lagi dua bulan disitu, paling lama pun dia boleh panjangkan kontrak sebulan saja selepas itu. Penulis kata baiklah.
Seperti biasa kalau sudah duduk didepan meja penyelia Singh yang kurus kedeking macam matgian akan berborak merapu bercerita tentang projek yang tidak menentu (takde kene mengene dgn tugasan penulis sbg pemotong rumput disitu). "Petronas nak retrench orang tahun depan," "Shell pun nak buang orang, untunglah abang ipar aku tu dah lama kerja shell, kalo orang dah 30 tahun leh dapat vss rm1.8 juta," "kerja abu dhabi memang giler! panas nak mampos!" "dulu aku tak leh tido, makan ubat tido je, dadah morfin la, ubat dadah aku sebulan je dah tiga hibu hinggit, masa tu gaji aku nam hibu je," tapi tidak seperti yang penulis jangkakan, penyelia tu tidak mahu bercerita lama pula. Biasanya berjam-jam dia tahan merapu saja. Mungkin dia ada kerja lain. Penulis pun keluar dari kamarnya dan teruskan tugasan penulis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
I am on a seafood diet. I see food, and I eat it.
- anonymous
Aug 19, 2015
PIANO EXAM | KECATUAN AIR
HARI INI (Selasa) penulis tidak bertugas memotong rumput. Setiap tahun, penulis dikerah untuk menghantar anak wedok (baca: anak perempuan) mengambil peperiksaan piano di bandar. Tahun ini, anak wedok sudah sampai tahap 5.
Slepas kembali dari mutiara hotel tempat anak wedok mengambil periksa tadi, sempat lagi penulis merempit ke seberang tambak semata-mata nak membeli suratkhabar ya.
“The pianokeys are black and white
but they sound like a million colors in your mind”
― Maria Cristina Mena
Nota lain lalat. Hari Ahad kelmarin, bermulalah episod kecatuan air di negeri darultakzim. Penulis sudah membeli beberapa bekas air untuk tadahan air. Semoga semuanya bertabah dan dipermudahkan. Search: air xde untuk sebulan di johor
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 18, 2015
BDKJHR
KELMARIN di majlis persandingan rakan anak lanang, penulis telah diberitahu ada pertandingan rally kereta di Plaza Angsana. Bila penulis tiba disitu, penulis kemudian mendapat tahu perlumbaan diadakan di kawasan Pulada Kota Tinggi pula. Di Plaza Angsana cuma tempat meletak dan menyelenggara kereta perlumbaan (baca: paddock) saja.
Walaupun penulis tidaklah berasa kuchiva, penulis pun memandu pulang apabila penulis teringat ada pertandingan papan selaju (baca: skateboard) di Hutan Bandar. Tetapi bila penulis tiba disitu, hari pun sudah lewat petang. Hanya beberapa kumpulan belia yang sedang membuat persembahan aktiviti mereka seperti berpidato, papan selaju dan hanya duduk bersembang antara mereka.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Then: Jungle Town (2010) |
Gambiran di tempat meletak kereta lumba di Plaza Angsana:
Aug 17, 2015
RAYA LUNCH
JAMUAN Hariraya Aidilfitri tahun 2015 telah diadakan semalam. Meriah juga.
English. The Hari Raya 2015 banquet was held yesterday. The food was delicious too.
Russia. Хари Райя 2015 состоялся банкет вчера. Еда была вкусной также. (Khari Rayya 2015 sostoyalsya banket vchera. Yeda byla vkusnoy takzhe.)
Tagalog. Ang Hari Raya 2015 banquet ay gaganapin kahapon. Ang pagkain ay masarap masyadong.
Hindi. हरि राया 2015 भोज कल आयोजित किया गया। खाना बहुत स्वादिष्ट था । (Hari rāyā 2015 bhōja kala āyōjita kiyā gayā. Khānā bahuta svādiṣṭa thā.)
Javanese. Ing Hari Raya 2015 pesta iki dianakaké wingi. Panganan iki enak banget.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI
Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...