Showing posts with label PANTANG LARANG ORANG DULU DULU. Show all posts
Showing posts with label PANTANG LARANG ORANG DULU DULU. Show all posts

Aug 25, 2015

PINGGAN TAK RETAK

kopitiam, Todays Market, Masai

KATA orang tua tua berumur, tidak elok minum atau makan mengguna pinggan mangkuk atau cawan yang retak, nanti dapat anak sumbing. Betul kah?

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum."

Erti dari peribahasa melayu 'pinggan tak retak, nasi tak dingin,' pula adalah orang yang cermat dalam mengerjakan suatu pekerjaan. Atau boleh digunakan untuk anak dara yang terlalu cermat dan berhati-hati dalam memilih suami. Sebab itu ada pantunnya,

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
haku pun tak hingin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



May 29, 2015

FELIS CATUS, NENEK DAN ANAK DARA



Kisah lalat 1. Kenapa anak dara dilarang duduk ditangga?
Dulu semasa penulis berwisata di Pontianak, Kalimantan Barat, pernah terdengar ada nenek ini berseloroh agaknya, katanya, 'anak dara dilarang duduk ditangga kerana zaman dulu anak dara tidak memakai seluar dalam.' Berkemungkinan kalau anak dara duduk ditangga dan ada orang lalu lalang, kalau terselak kainnya akan ternampak anunya juga. Dan orang yang melihat anunya mungkin beranggapan buruk terhadap anak dara itu, mungkin akan menghebah-hebahkan dan memburukkannya kepada orang lain. Dan mungkin sebab itu ditakuti tiada pemuda yang mahu melamarnya. Wallahualam.

Kisah lalat 2. Kenapa boyfriend atau suami lari?
Dulu semasa rakan penulis berwisata di Aceh pula, semasa beliau dan rakan2 rombongan cikKiah mamam tengahari di warung, tiba-tiba ada nenek datang yang pandai berurut termasuk datin2 dari Malaysia tiba-tiba berkata kepada rakan beliau seorang gadis yang masih dara, 'kamu memang KUAT cemburu kan? sebab itu boyfriend kamu lari?' Penulis pun ketawa mendengar ceritanya. Wallahualam.

Kisah lalat 3. Kucing (Felis Silvestris Catus) diatas berada diluar rumah merpati penulis ditepi tangga (ya, diulangi ditepi tangga), entah siapa yang punya. Yang pasti, kucing itu bukanlah anak dara atau mak dara atau nenek dara (yang kuat cemburu).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 8, 2015

PANTUN MALAM JUMAAT



Malam ini malam jumaat. Ini pantun lucah laki bini, untuk orang bujang sila skrol ke bawah ya ;D

Malam ini malam Jumaat...
Ibu2 nak kena ingat..
Bapak2 siang dah penat
Malam jumaat bapak nak rehat.

Ini pantun bujang sampai mampus akhir hayat ;p

Merebah penat di pohon jati,
Daunnya kering dah lama mati,
Kalau tak dapat idaman hati,
Ku sanggup membujang sampai ke mati ., ammvoiii

Selamat malam kengkawan semua-semua lah. Penulis nak titun.

Pascanota lalat. Search. Tips persediaan pengalaman malam pertama untuk wanita perempuan lelaki gadis anak dara. Kenapa malam jumaat malam permintaan kaum ibu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 9, 2015

WHERE YOU CAN FIND MANY BREASTS



Amaran lalat. Entri ini ada unsur 18SX keatas.

Pantun ini penulis temui ketika melayari internet semalam. Dalam wikipedia indon pun ada.

Kadang-kadang penulis terfikir, begitu banyak jenis pantun kita ada, timbul juga pantun yang agak lain, malah dari segi kategori pun tak pernah penulis jumpa dimana-mana buku pantun.

Kalau diamati pantun ini, ia mengisahkan seorang lelaki yang begitu ghairah terhadap perempuan. Diluahkan perasaan tersebut melalui pantun.

Di mana kuang hendak bertelur,
Di atas lata di rongga batu,
Di mana tuan hendak tidur,
Di atas dada di rongga susu,

Sakit kaki ditikam jeruju,
Jeruju ada di dalam paya,
Sakit hati memandang susu,
Susu ada dalam kebaya.

Gambiran diatas penulis ambil ketika menghantar rakan ke Pusat Perubatan Prince Court Jalan Kia Peng. Gambiran agak kurang jelas sebab tangan penulis menggigil ketika menangkapnya. Penulis dikejutkan juga dengan harga makanan di restoran ditingkat bawah. Contohnya, nasi goreng kampung berharga RM20 dan teh ais limau pun berharga RM10, sudah termasuk 6% cukai GST.

"between the breasts
of bestial
Marj lie large
men who praise" - E. E. Cummings

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 100. Dan sudah 100 hari kita berada di tahun 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...