Showing posts with label WIKIPEDIA INFO. Show all posts
Showing posts with label WIKIPEDIA INFO. Show all posts

Jul 29, 2017

LALAT NAGA

A black dragonfly.

Penulis telah bertugas memotong rumput di waktu pagi Sabtu yang hening.

Nota kamus lalat. Dragonfly dalam bahasa Melayu disebut sibur-sibur atau pepatung.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

A red dragonfly.

Dan kucing-kucing dalam sangkar:

Neko the cat.

Leo the cat.

Jun 13, 2017

SETAN JAWA

The dark and cloudy sunrise unseen with a view at the three towers of the Marina Bay Sands | Singapore 2017

Untuk baca entri lama di patung ikan duyung dan singa (baca, mermaid and lion becomes merlion) disini, sila berakit-rakit: 2010 | 2011 | 2013 | 2015a | 2015b.

Merlion. Its name combines "mer", meaning the sea, and "lion". The fish body represents Singapore's origin as a fishing village when it was called Temasek, which means "sea town" in Javanese. The lion head represents Singapore's original name—Singapura—meaning "lion city" or "kota singa". - wikipedia 

Pagi Ahad tadi penulis sudah berenang-renang ke tepian tambak. Olehkerana tiada data dalam telefon bimbit, penulis sudah rakamkan perjalanan menggunakan Google Maps. Hendak menggunakan data perayauan antarabangsa (baca, roaming data) agak mahal dan tidak berbaloi. Jadi, penulis ikut lebuhraya BKE, ke lebuhraya PIE, keluar Sim Avenue ke lebuhraya Nicoll Highway dan tiba di parkir durian Esplanade dengan mudah, tepat dan selamat. Sebelum ini, bila hendak ke pusat bandar, penulis guna gps Papago atau Garmin yang melalui jalan lama menyusuri Orchard Road yang banyak lampu trafik dan agak mencabar. Balik dari bangunan durian Esplanade pun ikut jalan lebuhraya yang sama.



Cuaca pagi tadi agak mendung dan berawan tebal. Tujuan menangkap gambiran matahari terbit tidak menjadi. Rujukan: Marina Bay Sands sunrise 2013.

Sebelum keluar ke Jay Bee, penulis sempat singgah di Woodlands Oldtown untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Kerusakan hari ini: tol JB (RM9), tol Woodlands (SGD6.40), parkir di Esplanade (SGD4.40), The Straits Times (SGD1.10). Minyak petrol cikputih tidak ternilai.

Tukar matawang terkini: SGD1.00 = RM3.22 (belian).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SETAN JAWA  | Pesta Raya | Esplanade Concert Hall | Singapore 2017
Link: youtube [a silent movie with gamelan orchestra]

Oh hi! I have seen here with cloudy sunrise on my back with a view at the three towers of the Marina Bay Sands | Singapore 2017

The Merlion Park viewed with the Singapore skyline in the background | Singapore 2017

The Merlion seen from its back with a view at the three towers of the Marina Bay Sands | Singapore 2017

Riverview of "The Big Durian" Esplanade | Singapore 2017

Google Maps from Johor Bahru City Square to Merlion Park via BKE, PIE and Nicoll Highway

May 27, 2017

ATAS KAPAL ADA HELIDECK



Semalam penulis dan rakan-rakan sekerja sudah memanjat kapal. Sebab hari ini sudah bermula bulan puasa dan mungkin aktiviti memanjat kapal akan dikurangkan dalam bulan yang mulia ini. Kalau panjat kapal nanti pun mana boleh bawa air dalam botol kan?

Nota kamus lalat. Penulis tidak berjumpa perkataan "helideck" didalam kamus popular seperti Kamus Dewan, kamus Cambridge Dictionary atau kamus Oxford Dictionary. Perkataan yang hampir adalah "helipad". Ini perkataan penulis jumpa dalam kamus atas talian:

helideck (ˈhɛlɪˌdɛk) n (Aeronautics) a landing deck for helicopters on ships, oil platforms, etc

helipad noun [ C ] /ˈhel.i.pæd/ us ​ /ˈhel.ə.pæd/ a place where a single helicopter can take off and land
Dalam wikipedia, helideck merujuk kepada helipad juga.

Nota done done 1 ramadhan lalat. Done terawih. Done sahur. Done Done. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Mar 9, 2017

KENAPA DISEBUT PORT & STARBOARD SIDE BUKAN LEFT & RIGHT SIDE

Cleaning the Consort Justice.

Semalam petang penulis telah menaiki kapal.

Masa mula-mula penulis bertugas memotong rumput diatas kapal, penulis agak kebingungan dengan istilah perkataan "starboard side dan port side", bukan "left side dan right side". Berikut adalah maksud sebenar istilah kamus pelayaran mudik kehulu.

Port dan starboard adalah istilah diatas kapal untuk menyebut sisi kiri dan kanan diatas kapal ketika kita menghadap kearah haluan atau membelakangi buritan (PORT=KIRI, STARBOARD=KANAN). Pada mulanya pelaut menggunakan istilah ini untuk menghindari kebingungan antara kiri dan kanan.

STARBOARD; Sejarah munculnya istilah port dan starboard ini sangat menarik, yaitu pada awal-awal pelaut menggunakan perahu sebelum adanya kapal-kapal yang memiliki kemudi pada centerline, perahu dikendalikan dengan kemudi dari dayung. Kerana kebanyakan pelaut menggunakan tangan kanan sebagaimana manusia hingga saat ini hanya sebahagian kecil yang menggunakan tangan kiri (kidal) maka kemudi dayung ditempatkan disisi kanan buritan. Lalu pelaut mulai menyebut sisi sebelah kanan menjadi “StéorBord” atau Steer Side (sisi kemudi) dengan menggabungkan dua kata Inggeris kuno (Old English): stéor: steer (kemudi) dan bord: board (sisi perahu). Dengan berjalannya waktu dan kerana pengaruh bahasa Inggeris moden penyebutan “StéorBord” kemudian berubah menjadi “Starboard”

PORT; Seiring makin besarnya ukuran perahu demikian juga dayung kemudinya semakin besar, tentunya akan lebih mudah untuk sandar dari sisi kiri perahu dibandingkan sisi kanan (starboard) yang terpasang dayung kemudi dan juga untuk mencegah kerusakan terhadap dayung kemudi jika berlanggaran dengan sisi dermaga. Maka sisi kiri perahu dinamakan “lardboard” yang berasal dari dialek Inggeris daerah tengah yang berarti loadboard (the loading side) atau sisi muat. Tapi timbul persoalan ketika diteriak dibawah buaian angin kata “larboard” akan terdengar samar-samar dengan “starboard” sehingga digantikan dengan kata “port” (dermaga). - Untuk rujukan asal sila jeling di buritan Kamus pelayaran dan Wikipedia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 30, 2015

TIKET MURAH DAN PANDUAN KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Oh hi, it's me in Temasek!

Universal Studios Singapore is a theme park located within Resorts World Sentosa on Sentosa Island, Singapore. It was a key component of Genting's bid for the right to build Singapore's second integrated resort. - wikipedia

KELMARIN penulis telah berlarian ke seberang tambak dan pergi melawat pusat taman tema Universal Studios Singapore (USS). Ini adalah entri usikan (baca: teaser) lah sangat. Blog orang lain kena tunggu bertahun-tahun belum tentu updet cerita USS kan. Oleh itu, penulis akan berusaha sedaya upaya untuk updet dalam masa terdekat agar penulis tidak akan lupa. [Total photos: 28 frames]

1. Tiket dibeli atas talian 3 minggu sebelum. SGD66 seorang. Kadar tukaran matawang ialah SGD1 = RM3.05 ;(
2. Perjalanan menunggang cikputih. Tiada kos penginapan hotel, dan pengangkutan awam. Isi minyak petrol ron95 sebanyak rm40.
3. Penulis bertolak awal dan singgah di patung Merlion.
4. Jam 10 pagi tiba dan meletak cikputih di Hotel Hardrock Cafe.
5. Singgah di kaunter pelawat untuk mengambil tiket parkir cikputih. Kalau tidak, harga meletak kereta ialah SGD7 sejam.
6. Masuk panggung Light Camera Action oleh Steven Spielberg.
7. Masuk panggung Transformer dan terpaksa beratur menunggu giliran selama 2 jam. Tetapi pengalaman yang berbaloi.
8. Masuk panggung Shrek dengan ratusan orang pengunjung yang lain.

Tiba di tempat perkumpulan seperti dijanjikan pada jam 4 petang dan seterusnya keluar dari taman tema.

Keluar dari pulau mengikut jejambat Tuas (Second Link) dan berhenti rehat di tempat Rehat dan Rawat Gelang Patah pada jam 5.30 petang.

Nota lalat. InsyaAllah. Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan memasukkan lebih banyak gambiran. Jangan serik-serik datang sini uools.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aTi, aDm, and his fiance.

cikPutih at Merlion statue.

kids going to the Singapore River.

Before entering Universal Studios Singapore.

A must icon to be selfie!



aDm, his fiance and aTi.
Minions.
U.S. Mail.
A cameraman statue.

A classic vintage car.
Sesame Street.
Two Hour Parking meter, Cincinati Ohio, USA.
Random photo.

This guy is nuisance to the backseater.
A street dancers doing the live show.
Enjoy it for a few minutes.
Crowds on my left.
Crowds on my right.

That's bumble bee!
That's Jurassic Park!

Just touch it, no need to purchase.
Far Far Away castle.
Push in a Boot.
Worlds' Greatest Daughter to behold!
Hard Rock Cafe, Universal Studios Singapore.

Now, we are leaving!
Bye bye USS!

Nov 30, 2015

DAL & NAZ | JANGAN GELOJOH



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 0/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan rakan di Kampung Sungai Kelambu, Banting. Penulis mengucapkan semoga berkekalan kepada kedua mempelai hingga akhir hayat. Amin.

Cuma penulis teringat lagu dulu-dulu nyanyian Johari Mat Dom,

Tengok orang bersanding terjengket-jengket, terjengok-jengok., bantal guling terpeluk-peluk., ala emak kawinkan aku...

Nota lalat. Asal usul nama Kampung Sungai Kelambu adalah sebuah kampung yang terletak di pinggir Pekan Banting, Selangor. Nama Kampung Sungai Kelambu adalah berasal daripada nama sepohon kayu besar iaitu pohon Kelembau yang tumbuh di tepi sungai. Bermula dengan pembukaannya pada tahun 1945 oleh sekumpulan peneroka yang datang daripada kampung-kampung berdekatan. - Wikipedia

Blog bukanlah hakmilik kekal.







PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...