Showing posts with label ADM. Show all posts
Showing posts with label ADM. Show all posts

Nov 1, 2017

MY FIRST GRANDCHILD

My first granddaughter and grandchild was born yesterday, 31 October 2017 in Hospital Kuching, Sarawak.
Photo credit: aDm

Alhamdulillah, pagi tadi penulis mendapat berita gembira dari anak lanang yang sedang berada di seberang Laut Cina Selatan yang sedang menemani isteri beliau menjalani operasi caesar. Dalam jam 11.11pagi, cucu pertama wedok penulis, Mihrimah Sophia, telah selamat disambut. Alhamdulillah sekali lagi. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 5, 2017

CONTOH SURAT WASIAT LENGKAP 2017



Malam tadi, penulis telah berlarian ke Pengerang untuk menghantar anak lanang bertemuduga. Perjalanan di lebuhraya Senai Desaru Expressway (baca, SDE) dan Desaru Sungai Rengit yang sedang dibina yang masih berlubang dan gelap gulita. Sementara menunggu anak lanang, sempat lagi penulis membaca serba sedikit buku Harta Pusaka dan Wasiat tulisan Ustaz Ghazali Ibrahim. Buku yang penulis pesan atas talian dan baru tiba petang tadi juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jul 23, 2017

HI KLCC

Sila goyangkan inul untuk lihat gambar lama (2012) dan gambar tengahari tadi (2017). Lokasi: Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur 2017.

Untuk baca entri lama Chili's Grill & Bar Restaurant, Midvalley 2014, sila meratah di SINI.
Untuk baca entri lama Seputar Malaya: Day 2 State 6 KLCC 2012, sila diri tegak di SINI.

Kelmarin, isteri penulis (yang itu) telah berguling-guling mengajak ke Key Ell. "Dinda nak makan kat Chilis lah," pujuknya. Weh, saperlah tak sayang bini, tapi ada kan, makcik kannns. OTL

Pagi-pagi Sabtu tadi sebelum subuh sepi-e, penulis pun berlarian ke Key Ell. Makan di restoran Chilis Mid Valley sudah. Sempat lagi anak lanang remaja itu mengepaw penulis. "Nak beli laptop baru lah bah," pujuknya juga, "laptop anaknda yg lama dah nak mampus."

Usai makan tengahari, beli laptop di Midvalley, sebelum pulang ke gagang, penulis sempat lagi singgah menangkap gambiran di taman pelancongan KLCC. Tangkap 2 3 gambiran sudah.



Penulis tiba di rumah pun hari sudah senja.

Nota lalat. Tujuan penulis berlarian ke Key Ell dan pulang pada hari yang sama adalah kerana esok hari bersekolah. Tidak boleh cuti lama-lama sekarang ini, tidak seperti zaman dulu-dulu. Sistem keluarga sudah rusak. Nak singgah jenguk kat rumah merpati Bukit Belacan penulis yang itu pun tak sempat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Renault Captur | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Classic Ribeye medium rare | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Fajita | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Volcano dessert (molten chocolate cake) | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Going home sweet home | Malacca Melaka - Johor border 2017

Happy boy with his new Dell Inspiron i5 7000 Gaming laptop

Jul 15, 2017

AFTER SUNRISE

On Senai Desaru expressway (SDE) this morning | Johor 2017

Pagi-pagi subuh sepi-e, penulis telah dikerah anak lanang untuk menghantarnya ke lapangan terbang Senai. Anakanda ada jemputan kenduri kahwin di Sibu belah saudara isterinya.

Dalam perjalanan pulang, sempat penulis singgah di atas jejatas Lebuhraya Senai Desaru untuk menangkap gambiran matahari terbit diufuk timur itu. Dan bertemu dengan fotografer Apai yang sudah lama berada disitu.



Nota lalat. Belasungkawah.. Alfatihah untuk rakan sekerja lama Shimano Pekan Nenas dan sekolah menengah pekan nenas, arwah Hashim bin Yusof kerana kemalangan jalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aDm | McDonald's restaurant near Senai airport | Johor 2017

Senai airport arrival hall | Johor 2017

Motorcycle accident before Permas Jaya exit on  East Distribution Link (EDL) highway | Johor 2017 

Metro Ahad: "Tiada Lagi SMS Nasihat" arwah Hashim bin Yusof 2017

Jun 15, 2017

THE WEDDING ALBUM FINALLY ARRIVED



Untuk baca entri terdahulu Senangnya Kahwin Luar Negeri, sila kompang di SINI.

Setelah 6 bulan majlis perkahwinan anak lanang penulis yang itu, akhirnya album perkahwinan beliau telah pun tiba.



Blog bukanlah hakmilik kekal.







Gambar-gambar dari salinan lembut (baca, softcopy):

May 16, 2017

A MEANINGFUL THING TO DO WITH YOUR FIRST SALARY

My favorite meal everytime I come here | Salmon Steak set | Sushi King restaurant | Aeon Permas Jaya 2017

Hari ini, 16 Mei 2017 adalah hari guru atau hari cikgu. Dan juga harijadi anak lanang penulis yang sulong.

Alhamdulillah. Adindanya, anak wedok yang baharu bekerja lebih sebulan pun telah menerima gajinya yang kedua. Gaji pertama tidak cukup sebulan dan sudah habis membeli barang-barang mekapnya sendiri.

Jadi, makan malam di restoran Sushi King Permas Jaya sudah.

Nota silam lalat. Untuk baca entri lama harijadi aDm di blog-blog penulis yang lama (kalau masih ada lagi), sila klik tahun-tahun berikut: | 20152013 |  2011 2009 | 2008 |

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aDm the birthday boy | Salmon Steak set | Sushi King restaurant | Aeon Permas Jaya 2017



aTi, the paymaster | Salmon Steak set Agedashi Beef Curry set  | Sushi King restaurant | Aeon Permas Jaya 2017

A family on the sushi table | Sushi King restaurant | Aeon Permas Jaya 2017

May 15, 2017

KUCHING THE CAT CITY: DAY 2

The Waterfront sunrise lah sangat | Kuching | Sarawak 2017

Ahad, 14 Mei 2017.

Hari kedua di bumi kenyalang.
Untuk baca entri Kuching The Cat City: Day 1, sila ngirup di SINI.
Untuk baca entri laksa sarawak Miri 2010 di blog lama, sila makai di SINI.

6.06am, sudah keluar menyanrais (baca, sunrise) di Waterfront, Sungai Sarawak. Tetapi cuaca mendung dan berawan tebal.
6.36am, balik semula ke bilik hotel. Layan wayang "Diary of Nymphomaniac", diatas talian percuma menggunakan phone cap aiYam, kerana adanya wifi hotel yang laju, tidak seperti wifi diatas kabin Airasia yang baik tiada daripada ada.
8.33am, sudah periksa keluar dari hotel Grand Margherita.
8.55am, anak lanang bersama isterinya datang menjemput untuk dibawa bersarapan laksa sarawak. Ramailah juga kaum kerabat dari pihak besan berkumpul disana.
9.55am, singgah di pasar Satok.
11.44am, sampai di lapangan terbang Kuching.
12.55pm, ke balai perlepasan.
1.50pm, dalam belon.
3.33pm, tiba di Senai. Rumah semanis rumah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cat mural on the wall | Grand Margherita Hotel |  Kuching | Sarawak 2017



aDm driving me for late breakfast | Kuching | Sarawak 2017

Left: Jue, aDm, besan | Laksa Sarawak Gati | Matang | Kuching | Sarawak 2017

Laksa Sarawak Special | Matang | Kuching | Sarawak 2017

Laksa Sarawak Special | Matang | Kuching | Sarawak 2017

Malindo Air poster | Kuching International Airport | Kuching | Sarawak 2017

On Pulau Tekong | Johor Straits | Johor | Malaysia

Senai Airport | Johor | Malaysia 2017

May 14, 2017

KUCHING THE CAT CITY: DAY 1

View of Santubong , and see the barrack of clouds exactly on top of the river - so nice kann | Kuching | Sarawak 2017

Sabtu, 13 Mei 2017. Penulis telah menghadiri jemputan kahwin besan penulis di bandaraya kuching itu. Meoww.

Penulis terbang berdua sahaja dengan isteri penulis (yang itu) kerana anak lanang telah duluan kesana pada hari Khamis kelmarin.

3.30am, bangun, mandi dan terus ke lapangan terbang Senai.
6.15am, berada didalam belon.
7.30am, tiba di Kuching. Naik Uber ke hotel Grand Margherita untuk letak bagasi.
9.30am, naik Uber ke Dewan Baitulmal.
12.12pm, majlis tamat dan bersurai. Tempah Uber balik ke hotel.

Tiada aktiviti petang kerana isteri penulis (yang itu) keletihan dan tidur sahaja dibilik hotel. Manakala penulis melayan wayang atas talian cerita "Nymphomaniac Vol 1" dan "Nymphomaniac Vol 2" hingga tamat. Wifi dalam bilik hotel amatlah laju, tidak seperti wifi atas belon Airasia yang lebih baik tiada daripada ada.

6.06pm, aktiviti menyanset (baca, sunset) di Waterfront, tepian Sungai Sarawak.
7.07pm, berenang ke seberang sungai untuk membeli kek lapis Mira dan menjamah mee kolok.
8.30pm, bali ke bilik. Tapi belumpun sampai 13min, isteri penulis (yang itu) berasa lapar pula dan menyuruh penulis membeli nuggets ayam di Mcd dalam hujan gerimis seberang jalan sahaja.

Untuk baca entri Kuching The Cat City: Day 2, sila berdayung di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Grand Marghertia hotel  | Kuching | Sarawak 2017



Toasted and burned breads and soft boiled eggs | Old Town White Coffee | Kuching Airport | Sarawak 2017

 The invitation card | Old Town White Coffee | Kuching Airport | Sarawak 2017

White flower | near Cats Statue | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

A 33rd anniversary | Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Sarawak tourist brochure | Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

Just infront of the famous cats statue | Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront sunset | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront sunset | Kuching | Sarawak 2017

Sarawak river cruise and the Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront | Kuching | Sarawak 2017

HOW TO MAKE AN APPOINTMENT TO HAVE DINNER WITH YOUR WORKING SON

  Jumaat, 17 Januari 2025. Petang dari kantor. Berlarian ke Permas Jaya. Anak lanang outstation berdekatan rumah. Tapi lebih selesa tinggal ...