Showing posts with label WEDDING PHOTOGRAPHY. Show all posts
Showing posts with label WEDDING PHOTOGRAPHY. Show all posts

Aug 16, 2017

PENGALAMAN PRINT 4R ONLINE MURAH

Probably ice cube inside a kitchen on the A-deck | FSO Bergading 2017

Pagi Selasa pun penulis naik kapal lagi. Hujan pun turun dengan deras tapi tidak lama.

Cerita lain.
Sebenarnya bulan lepas penulis ada membuat tempahan photobook atas talian. Tapi silap teknik. Ya sudah.

Kemudian, penulis mengambil keputusan untuk cetak gambar saiz 4R di kedai gambar biasa. Bila ditanya, amoy kedai cakap sehelai rm1 kalau cetak 25 hingga 100 keping. Penulis hendak cetak 80 keping, jadi jumlahnya lapan poh hinggit.

Kemudian, penulis cuba sekali lagi guna photobook untuk mencetak saiz 4R sahaja, bukan siap design yang akan mengambil masa yang agak lama. Bila penulis periksa Lazada ada tawaran RM10 sahaja untuk 100 keping. Jadi penulis pun segera menempahnya atas talian. Dapat baucer photobook.

Sekarang sudah siap buat tempahan dan muat-naik gambar-gambar konvo anak wedok dan majlis perkahwinan anak lanang tempohari. Jumlah kos tempahan atas talian cuma RM8 sahaja untuk kos penghantaran. Murah gila.

Nota kemaskini lalat. Pesanan cetak 4R online sudah penulis terima, sila baca di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PDMS 3D Model based on the As-built ship | FSO Bergding 2017

Jun 15, 2017

THE WEDDING ALBUM FINALLY ARRIVED



Untuk baca entri terdahulu Senangnya Kahwin Luar Negeri, sila kompang di SINI.

Setelah 6 bulan majlis perkahwinan anak lanang penulis yang itu, akhirnya album perkahwinan beliau telah pun tiba.



Blog bukanlah hakmilik kekal.







Gambar-gambar dari salinan lembut (baca, softcopy):

May 14, 2017

KUCHING THE CAT CITY: DAY 1

View of Santubong , and see the barrack of clouds exactly on top of the river - so nice kann | Kuching | Sarawak 2017

Sabtu, 13 Mei 2017. Penulis telah menghadiri jemputan kahwin besan penulis di bandaraya kuching itu. Meoww.

Penulis terbang berdua sahaja dengan isteri penulis (yang itu) kerana anak lanang telah duluan kesana pada hari Khamis kelmarin.

Mar 12, 2017

TANJUNG LANGSAT SUNRISE REVISITED


Pagi-pagi Sabtu yang hening, selepas penulis menghantar kaum kerabat ke sekolah cina untuk acara merentas desa anak lanang bocah cilik, penulis terus berlarian ke Tanjung Langsat. Tangkap gambiran satu dua petik sahaja, penulis pun berlarian ke padang tempat penulis memotong rumput ini sebelum jam delapan.

Dec 21, 2016

SENANGNYA KAHWIN LUAR NEGERI

Wedding reception, Imperial Hotel Kuching

Untuk baca entri terkini The Wedding Album Finally Arrived, sila zapin di SINI.

Assalamualaikum kengkawan. Ada lagi yang membaca blog biasa2 penulis yang ini kah?

Majlis akad nikah dan perkahwinan anak lanang penulis dengan pasangannya, telah dilangsungkan pada 10 Disember 2016 di Kuching Sarawak. Minggu lepas, 17 Disember 2016 pula, mereka diraikan sekali lagi di Sangkar Kristal JB. Alhamdulillah. [Nota lalat, harijadi penulis pada tanggal 5 Disember yang lepas, ehh?]

Setinggi penghargaan dan terima kasih daripada penulis kepada semua keluarga dan rakan yang telah membantu menjayakan dan memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua. Tidak lupa penulis sekeluarga memohon maaf seandainya terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan - sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut.

Robbana atina fiddunya hasanat wa fil akhirati hasanat waqina azabannar. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Updated. Some bonus photos.










Nov 30, 2015

DAL & NAZ | JANGAN GELOJOH



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 0/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan rakan di Kampung Sungai Kelambu, Banting. Penulis mengucapkan semoga berkekalan kepada kedua mempelai hingga akhir hayat. Amin.

Cuma penulis teringat lagu dulu-dulu nyanyian Johari Mat Dom,

Tengok orang bersanding terjengket-jengket, terjengok-jengok., bantal guling terpeluk-peluk., ala emak kawinkan aku...

Nota lalat. Asal usul nama Kampung Sungai Kelambu adalah sebuah kampung yang terletak di pinggir Pekan Banting, Selangor. Nama Kampung Sungai Kelambu adalah berasal daripada nama sepohon kayu besar iaitu pohon Kelembau yang tumbuh di tepi sungai. Bermula dengan pembukaannya pada tahun 1945 oleh sekumpulan peneroka yang datang daripada kampung-kampung berdekatan. - Wikipedia

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Aug 30, 2015

FARAH & AYIE



KELMARIN penulis telah mengunjungi rumah adinda penulis yang jauh di Bahau itu sempena undangan perkahwinan anak wedok (baca: anak dara perempuan) beliau yang sulong.

Jul 5, 2015

THE FIRST WEDDING PHOTOBOOK



AKHIRNYA bukufoto (baca: photobook) yg penulis reka sendiri telah sampai dengan selamatnya. Penulis berpuashati jugalah sebab kualitinya lebih baik dari yang penulis harapkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mar 4, 2015

RAIKAN CINTA: EIJA & HANS



MINGGU lepas saya sudah meluangkan masa menyertai aktiviti mengambil gambar pengantin di Kempas.









Feb 16, 2015

WEDDING PHOTOGRAPHY: THE DEBUT



HARI minggu yang lepas saya sudah memberanikan diri sendiri untuk cuba menangkap gambiran pengantin buat pertama kalinya. Dari masjid Bandar Baru Uda (akad nikah), ke Taman Desa Rahmat (bersanding 1), ke Taman Universiti (bersanding 2) dan disebelah petang pula terus ke Puteri Harbor (outdoor 1 & 2) memeylah mencabar juga. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli (bahasa orang kampung saya: precious). Terimakasih saya ucapkan kepada rakan fotografi di Picturesque Photo Studio (Kota Masai). Korang memang terbaik dan semoga rezeki korang terus bertambah.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.