Showing posts with label BOWLING. Show all posts
Showing posts with label BOWLING. Show all posts

May 20, 2017

HOW TO TEACH YOUR KIDS TO BOWL

Daiman Bowl | Taman Johor Jaya | Johor Malaysia 2017

Sekarang ini, hampir setiap minggu penulis akan dikerah ke padang bowling oleh anak lanang bocah cilik. Olehkerana tiada kaum kerabat yang lain yang berminat, maka penulis layankan sahaja. Kita lihat sahaja samada keputusan permainan bowling anak lanang akan meningkat untuk 10 tahun akan datang.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Daiman Bowl | Taman Johor Jaya | Johor Malaysia 2017

Apr 22, 2017

FEELING HUNGRY AFTER BOWLING



Jumaat sore, penulis telah membawa 2 anak lanang bermain bowling di kompleks pusat bandar itu.

Usai main bowling, 2 permainan (baca, games) untuk setiap orang, penulis pun singgah di restoran KFC tingkat atas. Anak lanang bocah cilik pesan set 2 ketul ayam asli (baca, original), anak lanang remaja dan penulis pesan set turbo ayam dan set sup ayam pedas (baca, spicy) masing-masing. Penulis ingatkan ayam asli tidaklah lama menunggu sebab ayam pedas banyak semedang atas rak talam itu, tapi budak perempuan india yang jual itu beritahu kena tunggu 20 minit. Penulis pun setuju tunggu kerana anak lanang bocah cilik sudah guling-guling hanya mahukan ayam asli, tidak suka ayam pedas. Wehh, saperlah tak sayang anak, tapi ada kan, mkcik kannns? "Wak," kata budak perempuan india itu dengan lemah lembut, "tak ramai customer nak ayam ori, kalo wak nak jugak kena tunggu sebab kami kena masak sekarang..." Penulis tak kisah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2017

TANJUNG LANGSAT SUNRISE REVISITED


Pagi-pagi Sabtu yang hening, selepas penulis menghantar kaum kerabat ke sekolah cina untuk acara merentas desa anak lanang bocah cilik, penulis terus berlarian ke Tanjung Langsat. Tangkap gambiran satu dua petik sahaja, penulis pun berlarian ke padang tempat penulis memotong rumput ini sebelum jam delapan.







Updated. Citer lain lalat. Cepat kehadapan (baca, fast forward)...

Tengahari, dari padang memotong rumput, penulis berlarian ke dewan Taman Mawar atas jemputan kahwin anak wedok rakan penulis.

Aisha and her new husband, Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Petang, penulis telah berlarian menjenguk rumah murah flat berhampiran IOI Mall Kulai. Isteri ustaz, penyewa itu, sudah memanggil (baca, call) dan mengadu kepada penulis bahawa paip air pecah yang melibatkan rumah dibawah. Selepas itu, penulis berlarian singgah ke lapangan terbang Senai bertujuan untuk periksa masuk (baca, check in) guna kiosk tiket isteri penulis (yang itu) dan anak lanang bocah cilik yang akan pulang ke rumah panjang minggu hadapan. Kemudian makan malam di restoran Marrybrown di situ. Usai solat disurau, penulis terus ke Daiman Bowl Johor Jaya melayan anak lanang bocah cilik bermain bowling sahaja. Gambiran dibawah kesemuanya diambil dengan phone cap aiYam. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Under the kolong, Block 6, Jalan Cendana, Kulai.

Senai Airport, Johor.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Daiman Bowl, Johor Jaya.

Feb 18, 2017

EH, ADA AWEK MUDA JELITER NAK GAMBIRAN DENGAN WAK!

The lightest ball he could get, Kompleks Pusat Bandar.

Ahad kelmarin, penulis sudah berjanji dengan anak lanang bocah cilik untuk bermain bowling lagi. Jadi petang tadi, berbowling penulis berdua dengannya di kompleks pusat bandar itu. Selepas berbowling, anak lanang meminta dibelikan aiskrim sundae cone sehinggit. Murah gila, getus hati penulis. Jadi, penulis belikan dua kon, satu kon untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan pulang, sempat penulis singgah di pejabat pos Masai mengirimkan 2 keping poskad.

Cerita tajuk lalat. Petang jumaat, 2 rakan sekerja dari key ell datang dengan membawa 3 komputer projek baru. Tinggal tunggu lesen perisian saja untuk dipasang pada hari Isnin nanti.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sundae Cone to make you fatter.

My homemade postcards for international penpals, Pejabat Pos Masai, Johor, Malaysia.

No hanky panky in Pasir Gudang yard. Backlighting photography technique helps to create dramatic and mysterious photo.

Feb 2, 2017

SIKIT SIKIT LAMA LAMA HABIS



Dua minggu lepas penulis pernah beli rempeyek wak tunot yang dahsyat itu ke pejabat tempat penulis memotong rumput ini. Rempeyek telah penulis beli di Mydin Taman Rinting. 3 balang sahaja, satu balang penulis tinggalkan di rumah, satu balang penulis bawa ke dalam kabin dipejabat, dan satu balang lagi penulis tinggalkan di pantri pejabat utama. Belum sampai petang, kedua-dua balang pun sudah tinggal habuk. Alhamdulillah.

Semalam pun penulis beli lagi 3 balang rempeyek yang sama.

Cerita lain lalat. Malam tadi sempat lagi penulis berlarian dengan anak lanang bocah cilik dan kakaknya bermain bowling di kompleks pusat bandar. Main dua pusingan sahaja pun penulis sudah sakit pinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Dan satu bonus klip video.



Apr 20, 2015

LET'S STRIKE SOME FUN

Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre

MINGGU lepas penulis telah menawarkan diri untuk menjadi jurugambar majlis permainan bowling syarikat itu. Gambiran akan penulis telah kemaskini dari hari ke hari. Sila refresh (tekan F5).

Bahagian Pertama - Arrival of Bowlers & Registration, Opening remarks by Emcee & Doa Recital, Speech by President, Breakfast [+ The link is available now ]

Bahagian Kedua - Team Group Photography [+ The link is available now ]

Bahagian Ketiga - Game Begins, Game Ends [+ The link is available now ]

Bahagian Keempat - Group Photography, Prize Presentation [+ The link is available now ]


Untuk kesemua gambiran2, staf boleh klik ke folder dalam server: Q:\Administration\KRS-MMCOG\Bowling Tournament 2015

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The secretariats during the registration.

Welcoming and doa recital.

The official bowlers.

The team on Lane number one.

Bowler in action.

Lady bowlers.

In the smoking room.

Just for fun.

The game committee, Kelab Sukan & Rekreasi.

The ladies' champion - Miss Sheryll (right) with 398 points.


The men's champion - En Mohd Taufek (right) with 503 points.

The teams champion - Lane no. 13, Kiwi. From left, Norazlin (FN), Mohd Zaim (PM), Julius (ME) and Nur Suhada (PR) with 1560 points.

Winners within Mechanical Department.

Group photography.

Mar 12, 2015

BILA CINTA MENJADI BENCI



Wah. Tajuk entri saya pun sudah seperti drama tv rantaian adaptasi novel seperti 'Teman Lelaki Upahan' dan 'Suami Sebelah Rumah' yang sedang ditayangkan disebelah petang. Ya, sebenarnya sudah lama saya tidak membaling bola bowling. Adalah lebih 5 tahun. Pencapaian membaling longkang pun masih tahap yang biasa-biasa saja. Main di Ampang Point saja sudah.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...