Showing posts with label PEJABAT POS. Show all posts
Showing posts with label PEJABAT POS. Show all posts

Jun 5, 2017

YOU CANNOT ENTER TAMAN BOTANI SERI MEDAN

I ♥ Kluang | Kluang | Johor 2017

Sebenarnya dari minggu lepas isteri penulis (yang itu) menyuruh ke Kampung Tengah Kluang untuk membeli rempeyek Wak Tunot yang sedap itu. Penulis sudah memberitahu bahawa rempeyek Wak Tunot yang sedap itu juga ada dijual di pasaraya Mydin Taman Rinting. Tapi isteri penulis itu sudah guling-guling mahu juga kesana. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada makcik kan. Kannns?

Apr 16, 2017

PENGALAMAN PERGI KE PULAU BINTAN MELALUI BATAM: DAY 1

Stulang Laut sunrise this morning.

Sabtu, 15 April 2017.

Untuk baca entri Berpetualang ke Pulau Batam 2011, sila selingkuh di SINI.
Untuk baca entri Berpetualang ke Tanjung Balai Pulau Karimun 2017, sila gonggong di SINI dan SANA.
Untuk baca entri Pulau Bintan: The Prelude, sila kelepet-kelepet di SINI.

Usai Subuh, penulis terus ke Terminal Feri Stulang Laut.
Sementara tunggu jam 9.30am untuk feri langsung ke Tanjung Pinang, penulis menjentik satu dua gambiran matahari terbit.
Tergerak hendak menelefon kaunter tiket. Kerani kata feri jam 9.30am rusak, kena naik jam 1.30pm. Demm.
Terpaksa guna plan B - naik feri ke Batam Center jam 8am, dan dari Punggur ke Tanjung Pinang jam 11am (waktu tempatan).

Tambang dari Stulang Laut ke Batam Center = RM170 (1jam 45min)
Tambang teksi Batam Center ke Punggur = Rp100k (RM34) (30min)
Tambang feri Punggur Batam ke Tanjung Pinang = Rp115k (RM39), cukai Rp10k x 2 (RM6.80) (1jam)

Tiba di jeti Tanjung Pinang tiba-tiba hujan lebat anjing dan kucing lah pula. 2 jam termanggu di Roti O CafΓ© jeti dgn Mas Ulat Teksi Sapu asyik menggangu sahaja. Kerusakan disini = Rp45k (RM15)

Hujan reda, periksa masuk Hotel Gunung Bintan Jaya sepelaung sahaja jaraknya dari jeti = Rp270k (RM91)

Mencari kantor pos pun sepelaung sahaja dari hotel = Rp20k (RM6.80)
Kartu sim utk 4GB, kesilapan disini kerana tergesa2 = RM150k (RM51)
Otak2 ciput = Rp10k (RM3)
KFC = RM139K (RM46)

Aktiviti malam, bergaduh juga dengan pak2 Ojek motor = Rp150k (RM51)
T-shirt Tanjung Pinang, kedai Ole2 Batu 8 = Rp545k (RM186)
Dinner siput gonggong rebus tak sedap = Rp114k (RM38)

Kerusakan hari pertama = RM647

Nota lalat. Entri ini akan penulis kemaskini dari masa ke semasa. InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tanjung Pinang, Pulau Bintan Kepulauan Riau location and the journey from Stulang Laut via Pulau Batam on google maps.

Leaving Berjaya waterfront JB this morning.

aQi and his dad, on Selat Johor going to Batam Center.

This is my green pasture now | Selat Johor | Pasir Gudang | Malaysia.

Singapore Airlines | Selat Johor | Pasir Gudang | Malaysia.

Sinor Glory | Selat Johor | Pasir Gudang | Malaysia.

MSC Paloma | Selat Johor | Pasir Gudang | Malaysia.

Kantor Pos Tanjung Pinang, Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia.

The postage (perangko) fare to send international postcard here is Rp20k (RM6.80), more expensive than Tanjung Balai Pulau Karimun even at the same Kabupaten. Kantor Pos Tanjung Pinang, Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia.
Updated. 7/5/17, after 21days still no sign of this postcard yet. ;(

Updated. 27/5/17, more than 1 month still no news ;(

Cappucino at Roti O | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Latte at Roti O | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Rains in the Hotel Gunung Bintan Jaya | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

KFC | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

KFC Jalan Teuku Omar | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Jalan Merdeka | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

I Love  | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Laman Bonda | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Gedung Gonggong | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Gedung Gonggong | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Pentas Amal Reog Ponorogo | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Barongan Ponorogo | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

3 dancers | Gedung Gonggong | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Gedung Gonggong | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Beautiful sunset at Tanjung Pinang, Pulau Bintan, Kepulauan Riau. Pulau Penyegat at the background.

Malam:

Riding Ojek | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.
There was an argument after the ride. OTL

Holland Baker | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Seafood dinner | Siput Gonggong | Melayu Square | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Mar 22, 2017

A BLUE LAKE POSTCARD TO A FRIEND IN PENANG BUT THE BLUE CAR IS NOT MINE

Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang poskad. Lokasi: Pejabat Pos Masai.

Tengahari tadi, rakan-rakan sekerja mengajak makan tengahari sambil memajukan perot masing-masing di Asam Pedas Kong Kong dalam kuarters perumahan TNB Pasir Gudang. Sempat lagi penulis berlarian ke pejabat pos Masai untuk mengirim sekeping poskad Tasik Biru kepada rakan blogger di Pulau Pinang. Jangan cakap Wak tak payung ye.

Feb 26, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TANJUNG BALAI KARIMUN

*Priceless immigration chop. On Selat Melaka, between Pulau Kukup and Pulau Karimun.

Sabtu pagi kelmarin, penulis telah berlarian ke Tanjung Balai Karimun, Indon.

Sinopsis. Kota Tanjung Balai Karimun adalah ibu kota di pulau Karimun di wilayah Kepulauan Riau (Batam, Bintan, Karimun). Pulau Batam penulis telah sampai tahun 2011 di SINI. Perjalanan dari jeti Kukup ke jeti Tanjung Balai selama sejam sahaja. Waktu di Tanjung Balai lambat sejam. Bahasa yang digunakan adalah Melayu asli.

Itinerari waktu tempatan:
7.41am, tiba di parkir pekan Kukup.
7.52am, naik feri Tuah.
8.15am, tiba di jeti Tanjung Balai, Karimun.
8.25am, periksa masuk Hotel Paragon.
10.25am, Kantor Pos Jalan Pramuka.
10.58am, KFC Tanjung Balai.
11.11am, noon break, Hotel Paragon.
3.44pm, tawar menawar untuk ke pantai Pelawan.
4.15pm, Masjid Agung Tanjung Balai.
5.05pm, Pantai Pelawan, hingga matahari terbenam, 6.33pm. Terus balik ke Hotel Paragon.
7.36pm, rumah makan Simpang Raya. Makan nasi ayam penyet.
8.12pm, pasar malam.
8.35pm, Hotel Paragon. Zzzz.

Total kerosakan hari ini, hari Sabtu, hari pertama di Tanjung Balai Karimun, Indon:
Feri, RM125
Pop Mie, Rp20k (RM6.80)
Hotel Paragon, Rp260k (RM88)
Kantor Pos, Rp20k (RM6.80)
KFC, Rp52k (RM18)
Angkut, Rp10k (RM3.40)
Pelawan, angkut, Rp200k (RM68)
+ air kelapa Rp15k (RM5.10)
Nasi Ayam penyet, Rp22k (RM6.80)
Tshirt, 2x, Rp100k (RM34)
Total, RM361

Updated. 11/3/17 Sabtu, setelah 2 minggu, poskad penulis dari kantor pos Tanjung Balai Karimun Indon masih belum kesampaian lagi. ;(

Updated. 12/3/17 Ahad, akhirnya kartu pos (baca, postcard) dari Tanjung Balai tiba siang tadi. Untuk baca entri terkini, sila capai di SINI. Perjalanan selama 15 hari dari seberang selat Melaka aje pun!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3D view mode of Kepulauan Riau (Karimun, Batam and Bintan) from current Peninsular Malaysia.











*Kantor pos = pejabat pos, kartu pos = poskad, perangko = setem ;p



Fast forward...









*Pembetulan jam lalat: pukul 7pm tajam sebenarnya, local time. Ah, lantaklah.






Berakhir hari pertama di Tanjung Balai Karimun. Bersambung ... HARI KEDUA Tanjung Balai, Karimun Kepri.

Feb 18, 2017

EH, ADA AWEK MUDA JELITER NAK GAMBIRAN DENGAN WAK!

The lightest ball he could get, Kompleks Pusat Bandar.

Ahad kelmarin, penulis sudah berjanji dengan anak lanang bocah cilik untuk bermain bowling lagi. Jadi petang tadi, berbowling penulis berdua dengannya di kompleks pusat bandar itu. Selepas berbowling, anak lanang meminta dibelikan aiskrim sundae cone sehinggit. Murah gila, getus hati penulis. Jadi, penulis belikan dua kon, satu kon untuk diri sendiri.

Feb 5, 2017

SUAMIKU BEKAS PEMANDU UBER



Tajuk bukanlah TELENOVELA.

Semalam tengahari, dari tempat memotong rumput, penulis terus berlarian ke pusat servis Perodua Taman Cendana. Ini adalah servis pertama kereta baharu cikMaiBee. Meter pun hampir capai 2000 km. Sebenarnya penulis masih fobia untuk menghantar kereta servis disini kerana kejadian yang berlaku pada cikBibah pepel beberapa tahun yang lepas. Tapi pusat servis ini adalah satu-satunya yang dibuka pada hujung minggu.

Olehkerana pembelian cikMaiBee tiada promosi servis, siang-siang lagi apek pomen tu sudah beritahu bahawa kos penyelenggaraan adalah RM188. Aiyah. Ingatkan ada servis percuma tiga kali.

Sementara tunggu cikMaiBee diservis selama sejam, penulis pun memanggil kereta Uber untuk ke pekan koboi Masai. Bila dapat, Uber apps memberitahu pemandu akan tiba 15 minit lagi kerana pemandu terdekat sedang berada di Tanjung Puteri. Penulis tak kisah. Tapi bila pemandu itu, bro Malim (bukan nama sebenar), telefon penulis memberitahu akan tunggu di stesen Petron diseberang jalan saja untuk mengguna mesin ATM. Tetapi setelah beberapa lama menunggu berbaris di mesin ATM dibelakang 5 orang, penulis terpaksa batalkan kerana lambat. Bila keluar saja dari kedai Petron, pemandu Uber barulah tiba dengan kereta Persona. Didalam kereta, bro Malim agak peramah orangnya dan kami berbual-bual sehingga ke destinasi di depan pejabat pos Masai. "Sekarang saya keje di Johor Port lah wak, ni keje part time saja," katanya. "Uber lebih baik berbanding Grab walaupun tambang Grab lebih mahal. Penumpang Uber tak putus2 ya wak, tapi kalau dapat penumpang Grab memey lebih lumayan dan hebat," bro Malim beriya2 bercerita.

Usai membeli barang2 di kedai Sukan dan kotak catur untuk anak lanang penulis, penulis memanggil kereta Uber sekali lagi untuk pulang ke bengkel Perodua tadi. Pada mulanya penulis lihat dalam apps, pemandu akan tiba dalam masa 5 minit. Bila pemandu telefon, penulis cadangkan supaya menunggu di pejabat pos Masai ditepi jalan besar, tetapi JASMEN (bukan nama sebenar) beritahu akan ikut gps. Lantaklah kau minah. Tetapi beberapa minit kemudian penulis lihat ketibaan pemandu menjadi 9 minit. Mungkin pemandu tersesat jalan agaknya. Penulis tak kisah dan tunggu sahaja. Bila hampir tiba, Jasme telefon, "saya kat depan pejabat pos nih, wak dimana?" Aiyah, bukankah tadi penulis sudah menawarkan diri untuk tunggu didepan pejabat pos itu? Didalam kereta, kami tidak berbual pada mulanya. Selepas 6 minit, penulis cuba memecah ais dan Jasmen membalas berbual dengan ramah juga. Olehkerana kereta Proton Saga FLX plat KL yang diguna, Jasmen memandu di JB kerana beliau kerja di Singapura. "Sekarang saya drive part time lah Wak," katanya. Penulis saja bernada pelik dan sinis kerana kerja di Singapura mestilah pendapatan yang agak lumayan. "Sekarang semua mahu dibayarlah wak, hutang piutang saya," keluhnya lagi.

Kedua-dua pemandu Uber telah penulis berikan 5 bintang. Semoga mereka terus maju jaya memandu dan hati-hati dijalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.