|
"Ahmoi pun tada cuti raya maa?" Ahmoi is fixing by gluing the fell off plat number. The damage is RM3. |
Hari ini, 1 Febuari 2017, hari Wilayah dan harga
minyak petrol naik 20 sen. Biarkan. Biarkan.
Untuk baca entri sebelum ini tentang pengalaman
membeli kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu, sila ketik di
SINI. Dan cerita nak
beli kereta pun perlukan surat masuk Islam, sila terajang di
SANA.
Untuk baca pengembaraan cikMaibee
Dimana Mencari Poskad di Alor Setar, sila golek di
SINI. Dan entri
Corcodyliphobia, sila gigit di
SANA.
Pengalaman penulis yang ringkas ketika memandu kereta cikMaiBee baharu dibeli beberapa hari yang lepas. Pemanduan sejauh
800km lebih, pergi dan balik.
1. Tangki
minyak petrol yang kecil, isi ron95 sebanyak rm50 pun sudah penuh dan dapat berlarian sejauh rm400.
2.
Steering yang ringan, tapi bukan
power steering. "Power pakai elektrik, takde minyak
steering lagi wak," kata jurujual di Perodua Plentong tempohari.
3. Tidak kedap udara, bunyi yang bising. Tidak dengar percakapan orang yang duduk dibelakang.
4. Kamera undur belakang yang
ohsem siap dengan penanda hijau kuning dan merah ketika memarkir kereta.
5. Tempat letak cawan air yang banyak, dipintu kiri pemandu, dipintu kiri penumpang, ditengah-tengah depan dan belakang.
6. Panduan GPS Perodua yang tidak berapa dahsyat. Tetapi ada amaran kalau melebihi halaju. Boleh digunakan untuk mencari arah
destinasi walaupun kereta sedang bergerak laju.
7. Ada pemain DVD yang
hampeh. Hanya boleh bermain DVD ketika kereta berhenti dan ditarik brek tangan. Lebih baik tiada.
8. Nombor plat pendaftaran kereta dihadapan
tertanggal satu digit, entah jatuh dimana. Dijamin tidak kena saman ekor.
9. Penyaman udara yang tidak berapa nak sejuk di tengahari yang panas terik.
10. Ketika GPS digunakan, tidak ada penanda waktu di skrin utama atau di
dashboard pemandu. Terpaksa tekan
butang rumah atau radio untuk lihat jam pukul berapa.
11. Ada penunjuk baki jarak untuk mengisi minyak. Tetapi kadang-kadang penulis tidak perasan dan pernah terpaksa keluar dari lebuhraya berdekatan persimpangan Labu mencari
stesen minyak Petronas.
12. Sarung kulit
leather steering juga tidak selesa tangan penulis memegangnya. Mungkin sebab masih baharu. Gatal-gatal telapak tangan penulis kalau mendapat
durian runtuh tidak mengapa juga.
13.
Brek cikMaiBee yang tidak berapa dahsyat. Bile tekan
pedal brek, cengkaman brek seperti tidak berapa mencengkam.
Malam tadi, penulis sudah singgah di
kedai alat-alat tambahan untuk menambah angka "1" yang tertanggal di plat
cikMaiBee itu. (Gambar atas.)
Hujung minggu ini pula akan menghantar
ciMaiBee untuk
diservis bodinya, luar dan dalaman.
Odometer pun sudah mencecah 2000 km.
Secara keseluruhan, penulis amatlah berpuas hati dengan mutu keunggulan kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu ini. Walaupun kecil, tapi
comel, dan
stabil dijalanraya. Yang penting, kereta Myvi baharu ini
tiada masalah teknikal ketika penulis
melenjan dengan memandunya jauh ke utara naa. Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.