|
Depan kacang siam, belakang kacang Vietnam. Jangan cakap wak tak payung. |
Kelmarin, anak lanang penulis dan isteri barunya telah pergi ke
Phuket Siam untuk
berbulan madu. Bila balik dibelikan penulis
kacang siam.
Pada tarikh yang sama, rakan penulis yang pemandu Uber itu juga ke
Hanoi Vietnam bersama bekas rakan2 sekerja bank beliau. Bila balik dibelikan penulis
kacang Vietnam.
Tapi sebelum mereka pulang, penulis telah memesan dibelikan
poskad Siam dan
Vietnam masing-masing. Tapi penulis lebih gumbira kalau mereka dapat
mengeposkan poskad-poskad tersebut dari sana disana.
Cerita lalat lain. Ibu jiran penulis, encik Will, yang berusia
lebih 90 tahun telah meninggal dunia. Baru saja minggu lepas penulis lihat
nyonya itu masih sihat berkebun.
Cerita lain lalat. Tadi pagi penulis berjumpa semula 2 orang
rakan penulis yang sama-sama bertugas semasa penulis mula-mula bekerja
memotong rumput 16 tahun dahulu di Key Ell. Sekarang giliran mereka pula menjadi
suami mingguan (baca,
weekend husband).
Cerita lain2 lalat. Ada rakan bertanya macamana penulis membuat
efek "
mouse hover" sekejap
terang sekejap
kabur pada gambar2. Bukannya penulis
kedekut ilmu sebab ilmu bukan boleh dibawa mati. Dalam
blog terdahulu penulis ada tunjukkan tapi tiada seorang pun yang ingin membuatnya.
Sedih kan. Boleh sahaja bertanya kepada pakcik
gugel di
SINI. Tapi kalau ada rakan2 lain yang ingin bertanya, bolehlah emel kepada penulis.
Jangan cakap wak tak payung.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Depan poskad Siam, belakang poskad Vietnam. |