Jul 28, 2017

ASTRO TRANSMISSION REPAIR BLOG

Sila goyangkan inul untuk remote Astro yang tiada penanda dan ada penanda.

Malam tadi isteri penulis (yang itu) merungut, tv astro tidak boleh dibuka. Penulis ingatkan memang tiada siapa yang menonton kerana kaum kerabat semua sibuk bermain henpon pintar masing2. Jadi, bila penulis buka astro dan televisyen sekali memang tiada siaran. Dalam kotak dekoder astro pun tiada tulis nombor siaran. Akhirnya penulis pun mengadu dengan telefonis astro.

Selepas melayan suara robot selama 7 minit, tekan 1 kemudian tekan 2, kemudian tekan 1 lagi, akhirnya penulis pun bercakap dengan suara manusia biasa. "Wak kena tutup suis semua yg sambung dgn dekoder dan tv, cabut semua plug, pastu pasang balik plug dan on kan dekoder dgn tv, kemdian pegi kat tv, tekan home button - butang paling kanan di barisan kedua, klik settings, pastu klik installation settings," kata cik adik manis. "Kalo tak boleh juga, kami akan hantar staff dtg untuk cek piring kat luar tu, esok bole? wak sila amek nombor report nih, esok sila bayar lima poh hinggit kat budak astro tu," katanya lagi.

Pagi tadi sebelum pergi bertugas memotong rumput, penulis pun cuba sekali lagi buka semula tv dan astro. Weh, boleh pula.

Pukul 10.22 pagi tadi, ada mamat astro telefon beritahu sudah tiba di depan rumah. Kemudian penulis beritahu tv dan astro sudah baik-baik semula seperti sediakala. Mamat astro pun pulang. Penulis sudah jimat rm50. #bijakkanbeta

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...