|
Gunung Pulai view from Kampung Maju Jaya | Jalan Sawah | Johor 2017 |
Ahad pagi, penulis hantar cikpuan
Jnulekasnova ke bengkel servis Mutiara Toyota Plentong. Penulis sebenarnya ada temujanji dengan jurukur untuk menjengah kebun pusaka juga. Tetapi jurukur ada mesyuarat pula, jadi perjumpaan dibuat sebelah petang. Dipendek cerita, penulis pun telah berbincang dan membawa jurukur sehingga ke belakang kebun pusaka. Selepas itu, penulis dan adik lanang yang tinggal di kebun itu juga pergi ke rumah jiran yang tinggal betul-betul dibelakang kebun pusaka.
Usai melawat kebun pusaka, dalam perjalanan pulang di tengahari yang panas terik berdeting, sempat lagi penulis singgah di warung cendol ditepi jalan untuk pekena air ABC biasa. Bila penulis pesan mee bandung, kebetulan tuan punya warung (K) yang penulis kenal dari zaman persekolahan terus menelefon isteri yang tinggal di rumah mereka sepelaung saja dari situ. 5 minit, isteri dengan anak menaiki motorsikal. K punya dua orang kakak, F dan Z. F sekarang mengikut suami tinggal di Gerik Kedah, manakala Z menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan Pontian Besar. Ahh, itu cerita lama, 30 tahun yang lampau. Kalau diingat, luka lama berdarah kembali, luka yang baharu nak letak dimana uoolss. OTL
Nota lalat. Takziah untuk keluarga becik Salina Sapikon kerana kehilangan anak dara beliau dalam kemalangan maut semalam (Jumaat).
Nota lalat. Sempat lagi penulis singgah di kilang pancing dan basikal di pekan Nenas, Shimano, syarikat pertama penulis bertugas. 30 tahun yang lampau, lama tuh. Syarikat yang menghantar penulis membuat latihan kerja di Singapura selama 3 bulan, kemudian ke Osaka, Jepun selama 6 bulan. Bila pulang seminggu dari Jepun, anak lanang yang tua pun lahir.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
The surveyor is studying the land title | Jalan Sawah | Johor 2017 |
|
The neighbor who is living at the backside is showing the landstone | Jalan Sawah | Johor 2017 |
|
Air Batu Campur cocktail | Jalan Sawah | Johor 2017 |
|
Mee Bandung Kampung Maju Jaya | Jalan Sawah | Johor 2017 |
|
Shimano company | Pekan Nenas | Johor 2017 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.