Showing posts with label 18SX POSTS. Show all posts
Showing posts with label 18SX POSTS. Show all posts

Oct 24, 2017

BERKUNYIT DI CAR WASH SEPOH HINGGIT

Perjiranan 9, Pasir Gudang this afternoon.

Sila abaikan dua orang Bangla yang sedang kepenatan itu.

Sejak balik dari Pengerang kelmarin dengan tubuh badan cikPutih yang masih penuh dengan tanah kemerahan, penulis masih tidak berkesempatan untuk mencuci cikPutih itu. Tengahari tadi baru tergerak menghantar ke tempat cuci kereta walaupun langit sudah mendung dan hujan gerimis sudah mula turun. Biarkan biarkan. Bagusnya di sini, harga mencuci kereta masih belum naik harga. Tempat cucian lain sudah menjangkau rm14.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2017

WHAT I DID LAST WEEKEND

Pulau Arang @ Port Dickson beach | Negeri Sembilan 2017

Hujung minggu yang biasa-biasa saja lah.

Penulis telah berlarian ke key ell menghantar anak wedok dengan kawannya ke pameran anime di Sunway Pyramid.

Sempat jugalah penulis menghantar cikputih untuk di servis di bengkel Jalan Ampang Kiri. Tukar axle, thrust arm dan lower arm. Perbetulkan gear cover, tukar getah pada pintu yang rosak. Juga, servis berskala biasa tukar minyak hitam. Sampai bocor poket suar spender penulis. Aduhai

Sempat jugalah penulis berlarian ke McD Port Dickson, sambil menghirup udara angin laut yang nyaman dan sepoi-sepoi bahasa ditengahari yang panas berdeting.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Isteri Terlampau @ Harian Metro 2017

Sunway Pyramid @ Subang Petaling Jaya 2017

May 18, 2017

PESAN USTAZ: TAK CANTIK TAK COMEL TAK JELITA TAKPER ...

Sila goyangkan inul untuk lihat apa yang ustaz kata. Lokasi: PWTC circa 3/5/15.

Seorang jejaka wassap ustaz ada dilema dengan pasangan hidup. Disana menanti disini menunggu, katanya.

Jejaka: Ustaz, hambo ade dua pilihan. Sorg tu sangat cantik tapi kurang pandai dalam bab agama. Pakai tudung kecik je sbb orang sosial sikik, tapi tak jahak. Hak sorg lagi tak cantik, gemuk sikik, tapi pandai dlm agama, lulusan bagian syariah. Jadi, hok mana satu nak pilih?



UAI: Awok ambiklah hok gemuk yang beragama naa.., hok cantik tu mung bak mari kat saya. Hahahahaha.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 31, 2016

SELEPAS 16 TAHUN TINGGAL BERJAUHAN, MALAM JUMAAT BUKANLAH MALAM YANG DINANTI-NANTIKAN



Salam pagi Sabtu ya kengkawan penulis semua lah. Hari ini sudah tiba ke penghujung tahun 2016.

Semalam hari Jumaat ya. Tiada yang menarik untuk diceritakan. Penulis ingin kuatkan semangat untuk mengemaskini blog penulis yang biasa-biasa ini.

Jumpa kengkawan ditahun hadapan ya. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 14, 2015

BILA DAPAT GADING BERTUAH



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 3/4

KADANG-KADANG bila sudah punya barang yang baru, teringat juga barang yang lama yang pernah berkhidmat dengan setia dulu-dulu. Begitulah juga dengan jodoh kita kan. Walaupun luka lama masih berdarah, luka yang baru nak letak dimana uools.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 6, 2015

A BOOK REVIEW | SEKSI OVARI

Seksi Ovari, Vagina Monologues & Single Professional Man. on the table.

Amaran lalat. Ini entri 18SX. Entri U boleh petik di RUMAH.

BULAN lepas rakan FB penulis, penulis buku wanita (baca: female book author) itu telah memberitahu satu buku puisi Indie yang mengandungi kata-kata lucah didalamnya. Buku bertajuk Seksi Ovari ditulis oleh Fazleena Hishamuddin, dan diterbitkan oleh Selut Press. Jadi, penulis teruja dan telah pun memesan buku tersebut diatas talian dan habis membacanya tidak sampai 2 jam, iaitu 1 jam ketika menunggu bas di TBS dan 1 jam lagi di dalam perut cik Jnulekasnova ketika menunggu isteri penulis (yang itu) menshopping di Tesco Kulaijaya.

Penulis buku wanita (rakan penulis) itu amatlah berasa marah, bengang dan jijik dengan kandungan buku puisi tersebut walaupun ditulis oleh penulis wanita juga. Tetapi bila penulis periksa, penulis jumpa hanya satu puisi saja yang agak lucah:

PANDANG

Kalaulah tetek ini sudah tidak tegang
lemak di perut sudah bergoyang-goyang
vagina yang sudah longgar berlubang
takkanlah kau jijik sampai tak mahu pandang?

Dan lain-lain puisi yang biasa-biasa saja cumalah ekspresi penulis buku tersebut yang membebel untuk meluahkan curhat (baca: curahan hati) rasa hati yang tidak puas hati kepada kaum lelaki. Contoh-contoh lain puisi yang biasa-biasa:


PERCAYA

Kata seorang rakan
Apa yang paling sakit ialah aku percaya yang dia takkan tinggalkan aku.

Akhirnya dia ditinggalkan juga.
Disini yang paling sakit bukanlah rasa ditinggalkan.
Tapi rasa percaya itu.

SHOULDER TO CRY ON

Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
tapi kau memilih untuk yang satu itu, yang paling dungu,

Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu.

Dan hati kau pecah beribu.

MATA

Aku tidak pernah kisah jelingan kau pada wanita-wanita
cantik yang melintas di depan
jelingan itu mungkin untuk mereka, tapi
sepasang mata itu;

aku yang punya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...