
Awal bulan ini penulis pernah memesan
mee bandung udang galah ππ€π€ atas talian yang ditemui dalam
kumpulan wassap (baca,
whatsapp group chat). Penghantaran sehingga ke
tangga rumah.
Kelmarin tengahari, penulis teringin hendak
memesan lagi
mee bandung udang galah ππ€π€ itu sambil
membelanja 17 orang rakan2 sekerja tempat penulis
memotong rumput ini. Pesanan beserta
mangkuk plastik, sudu dan garfu π΄π΄π΄.
Gambiran lama
mee bandung udang galah ππ€π€ diatas penulis
paparkan tetapi diambil dirumah yang dahulu. Kelmarin tidaklah mengambil gambiran gambar2 rakan2 penulis kerana penulis
agak sibuk melayan mereka. Kesemua mereka
berpuas hati nampaknya. Jadi,
usai menjamah selera, penulis pun hantarlah
mesej ucapan terimakasih diatas
penghantaran dan memberitahu penjual bahawa kesemua rakan2 penulis berguling-guling
kepedasan dan
berpuas hati dengan
kualiti dan
cita rasa mee udang ππ€π€ tersebut. Tetapi tidaklah penulis sangka,
buah cempedak nak jadi nangka. Jawapan yang penulis terima
agak berlainan.
Abam penjual menjawab,
"trm ksh byk Wak, nk tnye Wak.. kat syarikat Wak keje bhg apa? klu ada lubang keje safety kosong, rekemen2 lah kat sy.. lama dah ambik course, tp x dpt2 lg job tu π. Sy keje jaga budak indon kat site je Wak... dulu tentera."
Blog bukanlah hakmilik kekal.