Showing posts with label HADIAH CONTESTS. Show all posts
Showing posts with label HADIAH CONTESTS. Show all posts
Apr 14, 2018
FOLD BIKE
Setelah beberapa hari mencari basikal tangan kedua (baca, second hand) untuk diguna ditempat penulis memotong rumput ini, akhirnye penulis berjumpa juga. Basikal kecil berwarna merah yang boleh dilipat tiga untuk mudah dimasuk dalam kereta dan dibawa ke tempat tugasan memotong rumput itu. Tempat duduk pun boleh dinaikkan secukup rasa punggung penulis. Yg penting sekarang tidak lagi perlu berjalan kaki dari pagar keselamatan kedua ke dalam kabin yg jaraknya sepotong rokok.
Nota peraduan lalat. Basikal dimenangi hasil peraduan (2014).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 25, 2017
MONDAY BLUES
Everywhere we can find Banglas | Menara Aqabah | Pasir Gudang 2017 |
Hari Isnin yang biasa.
Tengahari yang panas berdeting, penulis sempat lagi berlarian ke Kompleks Pusat Bandar dan membeli suratkhabar sehinggit, Kosmo! kerana ada nama penulis memenangi baju T saja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
A pink car | Menara Aqabah | Pasir Gudang 2017 |
Peraduan Destinasi Menarik Perak contest winners | Kosmo! | Menara Aqabah | Pasir Gudang 2017 |
Jul 21, 2017
CARA ELAK BOCOR RUMAH 2 TINGKAT
Biasalah kan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah banyak-banyak ditepi pantai.
Sebenarnya bilik air ditingkat atas sudah lama nampak kebocorannya. Sudah berbulan-bulan. Air menitis jatuh ke bilik air bawah. Biarkan, biarkan.
Bulan lepas juga, tangki air di siling atas juga berlaku kebocoran. Sudah panggil tukang paip, apek tu mula-mula kata bebola pam rosak, jadi diganti baru. Lepas itu air masih melimpah jatuh ke siling, bila apek periksa, apek kata tangki air pula yang bocor. Bila disuruh ganti, apek dan pekerja indonnya tidak berkesempatan. Jadi, penulis panggil tukang paip ke 2. Bila sudah diperiksa, dan hendak mulakan kerja, abam tukang paip pula kata pekerja indonnya kena tahan imigresen dan kena pulang ke indon. Abam tukang paip berikan nombor abam tukang paip ke 3. Sekarang abam tukang paip no 3 sedang membuat kerja penggantian tangki air atas bumbung (dah siap), penggantian mozek lantai, dan penggantian tandas duduk.
Nota lalat. Gambar diatas ialah bank kuasa (baca, powerbank Pineng) yang baru sampai kepangkuan penulis semalam. Terimakasih daun keladi.
Nota lalat 2. Kerja-kerja penggantian dan baik pulih tandas sudah selesai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
A new toilet seat 2017. |
Dec 8, 2015
I WON 2 GIVEAWAYS TODAY
Continued from previous EPISODE . |
PENULIS bukanlah blogger tegar yang suka sertai GA (baca: giveaways). Tapi minggu lepas penulis telah sertai 2 mini GA dari rakan-rakan blogger yang best-best itu. Walaupun sekadar suka-suki sahaja, penulis telah berjaya memenangi kedua-dua giveaways itu dan bakal mendapat hadiah cenderahati.
Pertama. Segmen Apakah Saya...? Pemenangnya Adalah..... Alhamdulillah penulis berjaya menjawab dengan betul dan menjadi pemenang pertama yang menjawab soalan cik kak Fida Z Ein. Oleh itu, penulis menang 2 hadiah cenderahati rahsia.
Kedua. Dan calon-calonnya... dari blog Zyraroxx. Untuk mini giveaway ini, penulis berjaya menjadi peserta kedua mendapat komik Buasir Otak The Komik. Syukur juga.
Kelmarin cik Zyra teringin betul nak tahu sambungan komik tersebut sebab ada tulisan 'to be continued' di situ. Dan tanpa membuang masa, penulis sempurnakan cerita sketsa tempohari pada entri ini. Diharapkan cik Zyra berpuas hati.
Akhirkata, penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada penganjur giveaways terutamanya kepada cik kak Fida Z Ein dan juga cik Zyraroxx itu dengan ucapan, "hadiah bila nak sampai nih?" Kihkih2
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The End! Thanks. |
Nota lalat. Updated. 9/12/15. Penulis telah terima buku komik dari cik Zyraroxx. Terimakasih dan harap maklum.
Nov 18, 2015
NESCAFE IN A NIKON LENS TUMBLER
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 18/30
Post of the Day: 2/4
KELMARIN penulis telah menggeledah bilik stor tempat menyimpan barang lama dan terjumpa tumbler Nikon diatas dan terus penulis buka dan guna untuk bekas air minuman. Bancuh air nescafe paket 3 dalam 1 sudah.
Teringat penulis tahun lepas semasa taksub menyertai peraduan Nikon dan Nescafe. Tumbler Nikon itu penulis dapat hadiah peraduan fotografi, manakala camca sudu Nescafe itu penulis pun mendapatnya ketika menyertai peraduan yang akhirnya memenangi 2 mini ipad. Tetapi itu cerita lama, buat kenang-kenangan anakanda cucunda cicitnda penulis sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Apr 10, 2015
THE DAY I WON 14 IPHONE 5C
BAYANGKAN kalau penulis jadi pemenang Top Commentator dalam blog rakan-rakan penulis baik hati belaka. Kalau seorang blogger memberi hadiah iphone 6, kalau 14 orang blogger, penulis sudah mendapat 14 keping iphone 6 yang betul-betul bukan sekeping gambar kan? Tapi itu semua angan-angan mat jenin saja. Dan tajuk kena ada unsur-unsur propa baru SEO akan naik. Tidak begitu kawan-kawan?
Berbalik kepada realiti. Penulis cuma nak kongsi pengalaman penulis tahun lepas bila penulis memenangi 4 iphone 5c dalam satu masa. Bukannya tujuan penulis hendak beriak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang. Chewah. Oranglain sudah berjuta-juta lemon menang kereta, mini iPad, pergi melancong Korea, dan lain-lain. Seperti kata orang kampung pernah berkata, usaha tangga iPhone, in sha Allah.
Peraduan yang berlangsung dari 19 Januari hinggalah 31 Mac 2014, selama 10 minggu. Setiap minggu ada 2 orang pemenang yang akan memenangi sepasang iphone 5c. Maknanya seorang pemenang akan mendapat 2 iphone 5c.
Jadi penulis bermula sertai peraduan pada minggu kedua. Bajet penulis tidaklah seberapa pada mulanya. Dan bila keputusan pemenang diumumkan pada minggu berikutnya, nama penulis telah kalah dengan jayanya. Dan seterusnya melemahkan semangat penulis untuk bertanding lagi.
Walaubagaimanapun, penulis kuatkan semangat sekali lagi untuk menghantar penyertaan bagi minggu ke empat dan ke tujuh. Banyaknya aiskrim jenama Cornetto penulis beli, sehinggakan penulis menderma aiskrim-aiskrim itu kepada rakan-rakan sekerja. Dan pada satu ketika, peti sejuk dirumah penulis telah penuh penulis terpaksa bekejaran ke padang permainan dan memberikan saja kepada budak-budak yang sedang bermain bola. Punyalah mereka gembira sehinggakan salah seorang berkata, "wak! ini pertama kali saya dapat aiskrim mahal secara percuma." Terharu perasaan penulis ketika itu walaupun sekadar satu kon aiskrim untuk seorang.
Dipendekkan cerita, penulis telah pun menerima hadiah iphone 5c atas nama dua orang proxy penulis. Belum pun sempat penulis hendak war-warkan, iphone 5c tersebut telahpun disambar dengan sepantas kilat.
Sebenarnya apa yang penulis hendak memperkatakan ialah bila ada yang kata 'untung la wak selalu dapat barang free' perlukah dijelaskan segalanya. Realitinya tidaklah free gratis percuma semata-mata. Sebelum peroleh kemenangan perlu keluarkan modal sendiri untuk beli POP (proof of purchase), setem 80sen, sampul surat dan yang paling mahal tentunya idea dan masa. Belum dikira lagi kekalahan dgn jayanya yang terpaksa ditanggung (realitinya lebih banyak kecewa). Tapi kekecewaan
Nota lalat. Hanya kita2 saja yang faham realiti sebenar sebagai compers. Alhamdulillah ya Allah syukur diatas segala nikmat.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 5, 2015
SWAN CONTEST
TAHUN 2014 yang baru lepas adalah tahun projek penyertaan peraduan yang memberikan inspirasi dan semangat untuk saya terus maju ke hadapan. Tahun ini rasanya saya tidak bergiat lagi dalam aktiviti peraduan. Ada projek dan aktiviti lain yang lebih penting yang harus didahulukan.
Dan kelmarin saya masih menerima saki baki hadiah saguhati dari peraduan Vanish yang memerlukan penulisan slogan.
Feb 18, 2015
NUMBER TWO IS NOT ENOUGH
Jan 27, 2015
TEFAL
ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.
[+ Beraya Bersama Revive ]
Jan 12, 2015
MINUM REVIVE DAN MENANG
SAKI baki hadiah peraduan dari tahun lepas dapat juga dikecapi walaupun nama saya tidak tersenarai dan tidak memenangi apa-apa hadiah. Peraduan Revive 'Minum dan Menang' yang mendapat 2 jeket flis, 2 beg besar dan baucer sukan Nike manakala Kimberly Clark 'Detik Bahagia Keluarga' mendapat baucer beli belah RM300 saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...