Showing posts with label PERADUAN. Show all posts
Showing posts with label PERADUAN. Show all posts

Apr 10, 2015

THE DAY I WON 14 IPHONE 5C



BAYANGKAN kalau penulis jadi pemenang Top Commentator dalam blog rakan-rakan penulis baik hati belaka. Kalau seorang blogger memberi hadiah iphone 6, kalau 14 orang blogger, penulis sudah mendapat 14 keping iphone 6 yang betul-betul bukan sekeping gambar kan? Tapi itu semua angan-angan mat jenin saja. Dan tajuk kena ada unsur-unsur propa baru SEO akan naik. Tidak begitu kawan-kawan?

Berbalik kepada realiti. Penulis cuma nak kongsi pengalaman penulis tahun lepas bila penulis memenangi 4 iphone 5c dalam satu masa. Bukannya tujuan penulis hendak beriak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman untuk generasi akan datang. Chewah. Oranglain sudah berjuta-juta lemon menang kereta, mini iPad, pergi melancong Korea, dan lain-lain. Seperti kata orang kampung pernah berkata, usaha tangga iPhone, in sha Allah.

Peraduan yang berlangsung dari 19 Januari hinggalah 31 Mac 2014, selama 10 minggu. Setiap minggu ada 2 orang pemenang yang akan memenangi sepasang iphone 5c. Maknanya seorang pemenang akan mendapat 2 iphone 5c.

Jadi penulis bermula sertai peraduan pada minggu kedua. Bajet penulis tidaklah seberapa pada mulanya. Dan bila keputusan pemenang diumumkan pada minggu berikutnya, nama penulis telah kalah dengan jayanya. Dan seterusnya melemahkan semangat penulis untuk bertanding lagi.

Walaubagaimanapun, penulis kuatkan semangat sekali lagi untuk menghantar penyertaan bagi minggu ke empat dan ke tujuh. Banyaknya aiskrim jenama Cornetto penulis beli, sehinggakan penulis menderma aiskrim-aiskrim itu kepada rakan-rakan sekerja. Dan pada satu ketika, peti sejuk dirumah penulis telah penuh penulis terpaksa bekejaran ke padang permainan dan memberikan saja kepada budak-budak yang sedang bermain bola. Punyalah mereka gembira sehinggakan salah seorang berkata, "wak! ini pertama kali saya dapat aiskrim mahal secara percuma." Terharu perasaan penulis ketika itu walaupun sekadar satu kon aiskrim untuk seorang.

Dipendekkan cerita, penulis telah pun menerima hadiah iphone 5c atas nama dua orang proxy penulis. Belum pun sempat penulis hendak war-warkan, iphone 5c tersebut telahpun disambar dengan sepantas kilat.

Sebenarnya apa yang penulis hendak memperkatakan ialah bila ada yang kata 'untung la wak selalu dapat barang free' perlukah dijelaskan segalanya. Realitinya tidaklah free gratis percuma semata-mata. Sebelum peroleh kemenangan perlu keluarkan modal sendiri untuk beli POP (proof of purchase), setem 80sen, sampul surat dan yang paling mahal tentunya idea dan masa. Belum dikira lagi kekalahan dgn jayanya yang terpaksa ditanggung (realitinya lebih banyak kecewa). Tapi kekecewaan dalam melayari bahtera bukanlah sebab utama penulis tidak lagi meneruskan projek contessan seperti tahun lepas.

Nota lalat. Hanya kita2 saja yang faham realiti sebenar sebagai compers. Alhamdulillah ya Allah syukur diatas segala nikmat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mar 5, 2015

SWAN CONTEST



TAHUN 2014 yang baru lepas adalah tahun projek penyertaan peraduan yang memberikan inspirasi dan semangat untuk saya terus maju ke hadapan. Tahun ini rasanya saya tidak bergiat lagi dalam aktiviti peraduan. Ada projek dan aktiviti lain yang lebih penting yang harus didahulukan.

Dan kelmarin saya masih menerima saki baki hadiah saguhati dari peraduan Vanish yang memerlukan penulisan slogan.

Feb 18, 2015

NUMBER TWO IS NOT ENOUGH



KELMARIN juga hadiah peraduan Mamee Monster telah tiba. Saki-baki hadiah kemenangan peraduan dari tahun lepas. Hadiah kedua berupa telefon jenama tidak popular yang biasa-biasa saja.

Feb 2, 2015

PISANG GORENG CHEESE



KELMARIN saya sudah ternampak ramainya orangramai beratur berkerumun hendak membeli pisang goreng keju (baca: cheese) di pekan koboi Masai itu. Di warung goreng pisang yang lain tiadalah keadaan semeriah sebegitu. Jadi, saya tergerak untuk memesan 3 kotak besar pisang goreng cheese. Rasa goreng pisang yang biasa-biasa saja, tetapi tersangatlah manis.

Cerita lain, satu lagi set hadiah kuali mangkuk hayun dari peraduan Econsave telah saya terima juga.





Jan 27, 2015

TEFAL



ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.

[+ Beraya Bersama Revive ]

Jan 26, 2015

ORANGE THINGS I BOUGHT RECENTLY



SUDAH banyak saya terbeli kabel sambungan telefon bimbit saya yang tidak berfungsi dengan elok. Saya amat kecewa.

Cerita lain, peraduan Shell sekarang yang saya sertai sebab membeli minyak di stesen itu. Dan saya perhatikan juga minyak jenis Ron 97 sudah tidak dijual dikebanyakan stesen minyak.

Cerita lain juga. Kelmarin saya sudah temankan anak lelaki saya untuk membeli rumah pertama beliau. Tetapi harga rumah paling murah di Taman Molek pun sudah menjangkau RM660,000.



Jan 19, 2015

ZERO CHANCES TO WIN



SAYA sudah lama tidak menyertai peraduan. Hendak selesaikan masalah lain dahulu. Jiwa sekarang tidak tenang.

Jan 12, 2015

MINUM REVIVE DAN MENANG



SAKI baki hadiah peraduan dari tahun lepas dapat juga dikecapi walaupun nama saya tidak tersenarai dan tidak memenangi apa-apa hadiah. Peraduan Revive 'Minum dan Menang' yang mendapat 2 jeket flis, 2 beg besar dan baucer sukan Nike manakala Kimberly Clark 'Detik Bahagia Keluarga' mendapat baucer beli belah RM300 saja.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...