Showing posts with label AEON TEBRAU CITY. Show all posts
Showing posts with label AEON TEBRAU CITY. Show all posts

Oct 13, 2017

SO I ATE MY FAVORITE SALMON STEAK



Sebenarnya harijadi anak wedok jatuh pada hari Ahad, 15 Oktober. Hari ini hari jumaat 13hb (baca, Friday the 13th). Tapi hari hujung minggu ada kaum kerabat yang ada urusan lain. Jadi penulis pun berlarianlah meraikan harijadi anak wedok malam tadi. "Nak makan sushi lah bah," katanya seperti biasa. Makan di Sushi King Aeon Tebrau City sudah. Tiada kek harijadi tapi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 9, 2017

JPO BEFORE DUSK

Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang seluar denim Monsieur Nicole saiz 34 baharu. Dibeli di Aeon Tebrau City.

Sabtu, 9 September 2017. Hari pertabalan Yang Dipertuan Agong. Daulat Tuanku.

Pagi sudah berlarian ke Aeon Tebrau City untuk membeli baju, seluar, dan spender anak lanang remaja yang akan memasuki alam universiti minggu hadapan.

Petang pula, penulis berlarian ke JPO (baca, Johor Premium Outlets) Kulai untuk bawa isteri penulis (yang itu) jalan-jalan. "Bosanlah kanda," katanya duduk sahaja dirumah asyik mengira duit VSSnya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hot green tea at Sushi King, Aeon Tebrau City.

Ferrero Rocher chocolates bought at JPO, Kulai.

Bounty candy bought at JPO, Kulai.

Buying clothes for future grand-daughter at JPO, Kulai.

aBo at JPO, Kulai.

Gunung Pulai sunset just now at JPO, Kulai. Diambil dengan phone cap aiYam.

Aug 17, 2017

HAPPY 28TH ANNIVERSARY



Hari ini hari ulangtahun ke 28 perkahwinan penulis dan isteri penulis (yang itu).

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN buat isteri tercinta. 17 Ogos merupakan tarikh keramat kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Terima Kasih kerana terus setia menjadi isteri dan menjadi ibu yang hebat. I love you so much.

Malam tadi, penulis telah berlarian ke Aeon Tebrau City bersama-sama kaum kerabat yang lain. Penulis belanja seafood di Manhattan Fish Market sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Sila goyangkan inul untuk lihat zaman sekarang (2017) dan zaman remaja (1989).

Jun 17, 2017

TIADA WANG SERINGGIT BAHARU TAHUN INI - PANDALELA LAH

Recycle RM1 | Hong Leong Bank | Tebrau | Johor 2017

Tengahari tadi (Khamis), rakan sekerja penulis, bro John (bukan nama sebenar) telah mengajak ke bank untuk menukar duit raya yang baharu. "Jom Wak, kite gi Hong Leong Bank, bank yang paling tak glemer mesti tak ramai orang, #bijaktakjohn" kata si John siap hashtag lagi. Penulis layannnn saja. Kami pergi ke Hong Leong Bank cawangan Tebrau sudah.

Di kaunter bank, ahkak kerani kata, "cuma duit sehinggit je recycle, mmg takde yg baru. Selain duit sehinggit tuh, duit yg lain sumer baru Wak." "Wak pegi mana2 bank lah tanya dorg kalo tak caye," katanya lagi. Caiyok caiyok.



Updated. Esoknya (hari ini, Jumaat), penulis telah bertanya kepada rakan FB pegawai Affin Bank tentang duit baru. "Aku baru je tukar duit sehinggit baru wak!" katanya. Aiyah! Memang nak kena bekhen je lah ahkak kerani kaunter Hong Leong Tebrau tuuui. Dan bila penulis pergi ke kaunter RHB Permas Jaya pun penulis dapat tukar duit raya sehinggit yang baru lagi. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat antara duit RM5 dan RM10 lebih jelas. Sila perhatikan tandatangan gabenor.

Ini adalah senarai tandatangan gabenor Malaysia dari dulu hingga sekarang.

Source: Google
Present currency exchange rate: SGD1.00 = RM3.22 (buying)

Source: Google
Previous years of Ringgit against Singapore Dollar

Apr 25, 2017

REASONS YOU SHOULD NEVER ORDER YOUR STEAK WELLDONE

Ribeye medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Isnin, 24 April 2017. Hari cuti umum sempena keputeraan agong yang baharu yang hensem yang warak, katanya. Israk dan Mikraj juga jatuh pada hari ini.

Olehkerana semalam (Ahad) adalah hari persekolahan, maka penulis dan famili tidak dapat merancang jalan jauh-jauh tidak seperti zaman dahulu kala kalau ada cuti hujung minggu yang panjang. Sistem kekeluargaan sudah rusak. OTL

Apr 23, 2017

SUNDAY MORNING IN JB

Hasil | Tampoi | Johor.

Selepas berpeleseran di pantai Perigi Acheh, penulis pun berlarian bersama isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja pula ke menara Hasil Tampoi. Bila tiba, ramailah orangramai beratur hingga ke luar bangunan disitu. Rupa-rupanya ada pemberian BR1M hari ini. Bila isteri penulis yang itu mengambil nombor giliran untuk berurusan dengan kaunter Hasil, dan lihat ada 200 orang sedang menunggu, maka isteri penulis pun batalkan niat beliau pada pagi itu.

Mar 6, 2016

AEON CARD RENEWAL

My favorite's caesar salad.

TENGAHARI penulis telah berlarian ke Aeon Tebrau City untuk memperbaharui kad langganan selama 3 tahun (RM@$).

Kemudian penulis ke Giant Plentong tapi banyak kedai ditutup kerana ubahsuai.

Kemudian penulis ke Aeon Kulai pula dan makan di restoran Manhattan Fishmarket. Isteri penulis (yang itu) membeli kasut baru dan madu. Malangnya, ketika penulis ke kereta, botol madu itu terjatuh pula dan pecah. Dan serpihan kaca terkena pula tapak kaki penulis. Aduhai.

Malam pula selepas Isyak berjemaah, penulis melihat jenazah dimandikan, dikapankan dan disolatkan di masjid itu. Pengajaran dari imam, adalah lebih baik ahli keluarga dan waris yang menguruskan semuanya, kalau tidak barulah pihak masjid yang melakukannya sebab fardu kifayah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 5, 2015

BLOOD MOON TODAY



TADI MALAM saya mendapat tahu gerhana bulan penuh masa dalam perjalanan ke Aeon Tebrau City. Ketika itu gerhana sudah bermula. Bila saya pulang, gerhana pun sudah dipenghujungnya. Bayang-bayang bumi pun sudah nak hilang.

Nota lalat. Gambiran pokok hijau ditengahari yang terik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

http://www.theage.com.au/victoria/total-lunar-eclipse-2015-what-you-need-to-know-20150403-1me47s.html




THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.