Showing posts with label CLOTHINGS. Show all posts
Showing posts with label CLOTHINGS. Show all posts

Apr 26, 2018

MALAM JUMAAT




Malam untuk mencuci baju luar dan dalam.

Movie lalat. 12 Monkeys (1995).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

RM3 to wash, and later rm3.50 might not enough to dry.

Oct 27, 2017

CUTI HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Bandar Seri Alam railway sunrise this morning.

26 Oktober 2017, hari Khamis malam Jumaat. Hari cuti sempena hol almarhum Sultan Iskandar.

Hari ini agak sibuk. Tapi sempat juga menemani isteri penulis (yang itu) membeli kain untuk dibuat jubah. Mula-mula hendak ke Jakel sebelah Plaza Angsana. "Tapi Jakel mahal lah kanda," katanya tengahari tadi. Jadi, penulis pun berlarian ke Giant Hypermarket Plentong saja yang ada kedai kain Nagoya. Weh, saperlar tak sayang bini, tapi ada kan? Makcik kannns. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nagoya Textile, Giant Hypermarket Plentong.

Thistle JB, while driving Uber.

Sep 9, 2017

JPO BEFORE DUSK

Sila goyangkan inul untuk lihat depan dan belakang seluar denim Monsieur Nicole saiz 34 baharu. Dibeli di Aeon Tebrau City.

Sabtu, 9 September 2017. Hari pertabalan Yang Dipertuan Agong. Daulat Tuanku.

Pagi sudah berlarian ke Aeon Tebrau City untuk membeli baju, seluar, dan spender anak lanang remaja yang akan memasuki alam universiti minggu hadapan.

Petang pula, penulis berlarian ke JPO (baca, Johor Premium Outlets) Kulai untuk bawa isteri penulis (yang itu) jalan-jalan. "Bosanlah kanda," katanya duduk sahaja dirumah asyik mengira duit VSSnya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hot green tea at Sushi King, Aeon Tebrau City.

Ferrero Rocher chocolates bought at JPO, Kulai.

Bounty candy bought at JPO, Kulai.

Buying clothes for future grand-daughter at JPO, Kulai.

aBo at JPO, Kulai.

Gunung Pulai sunset just now at JPO, Kulai. Diambil dengan phone cap aiYam.

Aug 24, 2017

BLUE HOUR AT JAKEL

Blue hour at Jakel Tampoi | Johor 2017

Semalam, isteri penulis (yang itu) sudah mengajak berlarian ke Jakel Tampoi untuk membeli tudung. Terpusing-pusing juga mencari kedai tudung. Akhirnya, tudung Ariani juga yang dipilihnya.

Tadi pagi penulis juga sudah naik kapal lagi seperti biasa. Kerjaan untuk membeli beras dan sebongkah berlian.

Dan malam tadi penulis berlarian ke restoran Der Cabin depan Today's Market untuk meraikan harijadi anak menantu yang sedang sarat mengandung itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Singapore island view from FSO Bergading | Johor 2017

Jue and aDm | Der Cabin restaurant | Johor 2017

This lamb steak is not mine | Johor 2017

May 21, 2017

WHEN IS IT TIME TO THROW JEANS AWAY BECAUSE NOT ALL DENIM IS SALVAGABLE

I saw this type of ripped and torn but new jeans was sold at Levis store for RM199 only. 

Umur setiap hari akan bertambah, tidak akan berkurang. Saiz pinggang pun semakin bertambah menjadi 34 inci. Tapi saiz pinggang boleh dikurangkan. Kann?

Nota lalat lagi. Bertugas di pagi hari Sabtu seorang diri didalam kabin yang suram. Gaji bulan lepas pun baru dapat, itupun tidak sampai separuh. Aduhai. Merungut sahaja tidak membantu keadaanHidup harus diteruskan.



Pasca nota lalat. Penulis baru balik dari ziarah adinda dikampung yang baru pulih dari terkena angin ahmar. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Payment of wages: Better late than never. Life must go on.

This wifi is not for you. Puiihhhh...
Location: Surau al-Fitrah, MMHE yard, Pasir Gudang.

Nov 24, 2015

NB 410



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah membeli topi yang baharu di bandar koboi itu. Mula-mula penulis nampak topi logo jenama lain yang berharga RM29.90. Ahmoi yang bekerja disitu kata itu harga tetap. Tapi bila penulis belek-belek, penulis rasa berkenan dengan topi jenama New Balance ini kerana ada angka 410 (ehem). Bila penulis hendak membayar, penulis lihat harganya berlainan iaitu RM39.90 pula. Penulis hendak tukar ke topi logo jenama yang mula-mula tadi, tapi nyonya (taukeh) itu kata harga boleh dikurang jadi RM30. Penulis tawar lagi jadi RM25, nyonya kata setuju dan penulis pun terus membayarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 21, 2015

OIL STAIN ON MY JEANS

"Boss, this grease stain cannot be removed anymore!"

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 9/30
Post of the Day: 3/4

MINGGU lepas semasa mengalihkan motorsikal orang lain ditempat parkir motor itu, seluar jeans penulis telah terkena minyak kotor dari motor tersebut. Penulis pun tidak memberitahu pembantu rumah penulis itu untuk membersihkan guna tangan sahaja. Lagipun air di rumah sedang dicatu, sekiranya banyak sangat bebelan menambah tekanan perasaan yang tidak menentu pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PASANG SURUT AIR LAUT ADALAH FENOMENA ALAM YG DIPENGARUHI OLEH GRAVITASI BULAN

  Ahad, 28 April 2024. Sepatutnya wak terbang pulang ke gagang esok (Senin). Tapi banyak kerja lah pula.